Selasa, Ogos 19, 2008

DAAT De BALIK KAMPUNG

Kita sering balik ke kampung jika telah merantau ke tempat lain, mungkin kerana belajar, pindah tempat bekerja, mengikut pasangan masing-masing atau memang saja-saja nak berhijrah. Kadangkala mungkin pada hari raya, cuti sekolah, menziarahi orang tua yang sememangnya merindu dan menanti anak cucunya. Kita pun balik sekali-sekala, meningalkan sekejap kebiasaaan di tempat orang, meninggalkan kebisingan kota jika kita tinggal di metropolitan dan meninggalkan kerja yang tak pernah habis. Namun kadangkala kita jadikan cuti itu rutin, tiada apa yang berbekas di hati dan biasa-biasa sahaja. Macam mana kita hendak menjadikan cuti ini sesuatu yang bermanafaat, yang aku selalu fikirkan dan telah aku laksanakan ;
1. berjumpa ibu bapa, bertanya khabar dan berbual-bual kosong
2. ziarah sedara-mara dan jiran tetangga
3. cari kasut sukan dan join geng-geng kampung (geng kita mungkin dan gantung bot)
4. azan di masjid dan jadi imam/bilal/ siak macam dulu-dulu
5. lepak kedai kopi jumpa geng-geng kampung dan sembang isu semasa di kampung menyelami masalah, senario politik, sosial, pembangunan ekonomi, sakit pening orang kampung dan rupaya dah ada yang kembali kerahmatullah.
6. makan di rumah, masakan mak yang tak sesedap di hotel lima bintang tapi entah kenapa abis seperiuk nasi.
7.bawak anak-anak jalan pusing kampung, bawak ke tepi sungai ; melihat air sungai dan dalam hati emmm.. disinilah aku mengasah bakat menjadi perenang terkemuka dunia ohhh... jauhnya zaman itu ku tinggalkan. dan anak? bolehkan kau jadi seperti babah anakku...?
8. membawa anak masuk ke gelanggang silat yang masih utuh, kuat dan anakku disinilah babahmu menjadi pendekar... aku ketagihkan pertempuran zaman itu.... boleh lagi ke terbang ke atas 10 orang pendekar lain... macam tak percaya dulu dengan badan dah semakin berat niee...
9.buat kenduri sekampung, panggil sedara mara, adik beradik emmm.. bising bangat tapi anak-anak mesra kah seperti aku dengan sepupu-sepupuku dulu.
10. mak mengisi durian, rambutan, sukun, manggis dan segala macam pokok hutan, isteri...bolehkah tekakmu menjamah ini semua...
11. aku memandu, membelok, memotong dan terus laju meninggalkan kampung dan bila-bila aku balik kampung lagi
catatan koordinator