Rabu, Ogos 20, 2008

DAAT De LELAKI SEJATI

Di zaman melinium ini pelbagai takrif di bagi bagi menjadi lelaki sejati. Mungkin anda pernah mendengar tentang lelaki yang maskulin dan lelaki metroseksual, yang digambarkan macho oleh majalah-majalah hiburan atau perapian lelaki, majalah Maskulin contohnya. Juga yang selalu digambarkan dalam telemovie telivisyen khususnya di slot Lestari TV3, lelaki spesis ini di gambarkan bekerjaya sebagai seorang model, berkereta mewah paling kurang pun BMW kalau tak Evo, rumah besar di kondomium di luar nampak menara KLCC, minum di star buck, shoping di Suria KLCC atau yang seumpama dengannya dan direbuti oleh ramai gadis yang cantik-cantik yang mungkin model juga... bertuahnya lelaki maskulin... lalu untuk dunia realiti ini satu pertanyaan ; maskulinkah kita sebagai lelaki sekarang ini... bekerja kilang, naik motor kapcai, ada sekeping sijil kemahiran di institusi yang biasa-biasa sahaja, ada awek mak cik jiran sebelah rumah yang bedaknya beli setakat di Watson saje tapi tertelan air liur jugak waktu nak bayar, minum ahhh bisa saja di Tomyam Thai, nasi paprik dan air tembikai kongsi berdua.
Tak maskulinkah kita? walaupun aku pernah menjadi peminat setia majalah maskulin tapi taklah aku terpengarug sangat dengan bayangan lelaki maskulin sebegitu... mungkin dressing agak out to date tapi taklah sampai tak kisah langsung... walaupun beli perfume RM100.00 itu pun dah kira mahal... sejak berkahwin nie tak pernah aku beli rasanya perfume... asyik isteri tercinta saje yang tolong belikan... dan minggu lepas dapat sebotol lagi... kalau harapkan aku agaknya pakai aje jenama untuk wanita jelah... dah tentu isteriku punya hehehe... tak maskulinke aku...???
Ohh... sebenarnya terpulang kepada diri masing-masing.. aku sebenarnya dah tertanam satu prinsip yang terbentuk dari bayangan beberapa lelaki yang menjadi idola aku..., agak tradisional, konservatif dan kekampungan... ayah aku sendiri.. emmm aku jarang makan masakan mak sejak ayah aku pencen.. imam masjid, amil, tukang masak kenduri, tukang sembelih lembu, dan pernah jadi johan tarik tali malaysia, salah seorang bapa sedara aku juga seorang imam, qari yang pandai bertarannum.. tukang kasut dan pemain bola yang handal dizaman mudanya, cikgu silat aku dulu... dan seorang tua yang ku panggil Tok Lang yang aku tak tahu masih hidup atau matinya kini, aku berjumpa lelaki ini pada satu kesempatan ketika aku ada tugas di utara tanahair kira-kira 5 tahun dulu... orangnya sihat, berbini muda dan ada anak yang masih kecil lagi...
Aku bertiga, Aziz kawanku towkey balak dengarnya kini dan Awie sekarang pegawai tentera, aku yang mengajak mereka sebenarnya berkunjung ke rumah orang tua tuu, kira-kira jam 2.00 pagi kami sampai, sembang punya sembang... sampai ke pagi dapatlah kami ilmu kebal 24 jam... tapi betul toreh tak lut dengan pisau belati... tapi tak kuamalkankan pun ilmu tuuu... . Sebelum pulang kami dihadiahkan sebotol tonik yang ku minum waktu naik Gunung Kenderong... macam Power Root. Pesannya nak jadi lelaki mesti ada 7 Tok.
1. Tok Lebai - boleh baca doa selamat, imam sembahyang kalau imam betul uzur.
2. Tok Mudim - fardhu kifayah bang.. walaupun dah ada doktor kini... berani ke kita.
3. Tok Sembelih - lembu, kambing, ayam, itik dan lain-lain binatang yang boleh di makan
4. Tok Bilal - azanlah di surau-surau dan masjid-masjid yang berhampiran
5. Tok bermarhaban-boleh ke berzanji dan bermarhaban kalau ada keperluan di tempat kita.
6. Tok Guru Silat- emm pernahke bergelanggang dulu?
7. Tok bomoh - kot-kot ada yang tersampuk boleh ke buat air penawar /tukang urut silap urat
Alahai jauhnya dari takrif lelaki maskulin... Tepuk dada tanya iman, tengok kelakuan, adake amalan...?. Untuk renungan..
Dengan cinta hidup nampak indah
Dengan ilmu hidup lebih mudah
Dengan iman hidup lebih terarah