Selasa, Februari 19, 2013

Power Dat @ Selongkar Kisah Lama Part 1

Kampung penulis iaitu Kampung Sungai Wangi adalah sebuah kampung tradisonal yang sememangnya secara tradisi adalah kubu kuat UMNO semenjak sekian lama. Sehinggalah pada tahun 1998 sebelum Datuk Sri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selapa itu, PAS semakin meluaskan pengaruhnya di kampung kami. Seingat penulis yang menetap di kampung, ceramah pertama PAS ketika itu dibawa oleh Allahyarham Ustaz Yusof seorang anak tempatan dan guru agama yang begitu tegas dalam menyampaikan ajaran islam. Beliau yang penulis kenal secara peribadi sering di salah anggap oleh masyarakat umum kerana ketegasan tersebut. Apa yang menjadi perhatian penulis ialah beliau tidak pernah menggunakan teks ketika khutbah jumaat. Sememangnya ketika itu lontaran ide beliau sememangnya dinanti-nantikan. Ketika ceramah PAS yang pertama di Kampung penulis yang disampaikan salah seorangnya oleh seorang tokoh PAS iaitu Ustaz Haji Hashim Haji Jasin yang memenangi kerusi DUN Sanglang di Perlis dan merupakan Ahli Majlis Syura PAS Pusat. Oleh kerana tidak pernah terdedah kepada suasana itu, boleh dikatakan hampir sekampung menjadi 'perak' dan pelik. Sehinggakan Ketua Kampung pun turun sekali. Pemerhatian penulis pada malam itu sembanyang isyak diadakan dua kali secara berjemaah yang setiap satunya melebihi sehingga ke Balai Lintang Masjid, hampir menyamai dua kali sembahnyang jumaat. Bermula pada ketika itulah PAS mula menapak di bumi Sungai Wangi.

Sabtu, Februari 02, 2013

Power DAT@Kelahiran Yang Dinanti

Keluar kerja jam 7.00 pagi 3 askar... balik kerja dah jadi 4 orang askar... Alhamdulillah, syukur dengan nikmatNya.