Isnin, Januari 28, 2013

POWER DAT@Refresh 2013

Januari 2013 udah semakin jauh meninggalkan kita... sambutan tahun baru jugak semakin pudar, mungkin sudah ada yang mula merangka-rangka strategi bagi mencapai azam masing-masing. Ade yang bergerak laju dengan plan yang di atur rapi, mungkin jugak ada yang tercapai cita-citanya lebih awal. Rezeki awal tahun!Bagi aku awal tahun ini semacam tempoh refresh, mengendurkan apa yang dilalui sepanjang tahun lepas. Yup... tahun lepas memang benar-benar mencengkam jiwa, hampir tida masa rehat langsung sehingga rapat ke hujung tahun. Selalunya bulan oktober kami dah bertenang... memang letih! Tetapi aku rasa berbaloi, hasilnya insya allah berbalas jugak nanti. Perjuangan ini bebaloi atau tidak aku tak pasti tetapi dengan deretan kejayaan membuatkan aku takut untuk mengekalkan prestasi seperti tahun lepas, aku jugak mengorbankan sesuatu yang amat berharga untuk kejayaan tersebut, aku menagguhkan pengajian pada tahun ini, kerana terpaksa memberikan tumpuan pada yang kerja dan keluarga, sedih memang sedih tetapi jika kita faham tanpa pengorbanan kita tidak akan kemana-mana,awal tahun ini aku memberikan tumpuan kepada keluarga dulu, menanti dengan debaran cahayamata keempat... itu pun rezeki jugak. Sambil-sambil itu semboyan pihanraya semakin hampir, jadi tahun ini tak kurang cabarannya pada semua.
(Gambar Hiasan : Mengetuai team KIK Jabatan 2012)

Rabu, Januari 09, 2013

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua... umur meningkat, kematangan pun sepatutnya semakin bertambah. Bagi yang berada di tahun peperiksaan di bangku sekolah khususnya SPM inilah masa yang menentukan ke mana anda selepas ini. Teruskan usaha, jangan mudah putuas asa masih banyak masa lagi. Bagi yang berkerjaya, inilah masa yang sesuai untuk membentuk sesuatu yang lebih bermakna, mungkin ada yang ingin menambah pendapatan dengan berniaga, berumahtangga atau sebagainya. Teruskan anda apsti berjaya nanti.