Khamis, November 25, 2010

Dat@Pembangunan Organisasi

Dalam mendepani isu pembangunan organisasi kita tidak bo0leh lari dari menyebut tentang perancangan strategik, sesuatu yang agak sukar difahami oleh kebanyakkan orang biasa, tetapi dalam menghadapi hentaman globalisasi kita perlu sentiasa perfikiran strategik. Usah kita membuang masa berbincang tentang negara, kementerian, jabatan dan organisasi besar yang lain, mungkin semua perancangan organisasi tersebut melibatkan kita semua rakyat di negara ini dan mencukupi semua bidang kewangan, politik, pentadbiran dan juga sosioekonomi.

Mari kita menjengah sebuah desa yang tersepit di pinggir sebuah bandar yang pesat membangun, atau sebuah perkampungan nelayan yang rata-ratanya dihuni oleh pekerja-pekerja yang pendapatan utamanya dari laut, atau sebuah kampung yang bendangnya sejauh mata memandang. Adakah Pengerusi JKKK atau ketua kampungnya perlu mempunyai perancangan strategik bagi kampungnya?. Sedangkan beliau hanya tamat belajar di Darjah Enam sekolah melayu yang pernah dihantar berkursus komputer sebanyak dua kali oleh Pejabat Daerah.

Jawapannya ialah YA. Bagaimana Ketua Kampung itu hendak memulakannya? Adakah dengan berbincang dengan Penghulu mukim tersebut atau Pegawai Daerah? Kita akan cuba menghalusi situasi ini dengan lebih mendalam lagi...