Ahad, April 22, 2012

Power DAT@Lelaki 30an

Lelaki berumur 30-an adalah peringkat seorang lelaki yang secara perlahan-lahan meninggalkan zaman darah panas, kelam-kabut, mudah putus asa dan sikap ambil mudah semua perkara. Walaupun 40-an sering di anggap tempoh kematangan seseorang, lelaki berumur 30-an selalunya berada di laluan kejayaan yang sedang cuba dirintis. Walaupun demikian, ini bergantung kepada berapa syarat 'kelayakkan' lelaki mithali yang telah diselesaikan ketika berumur 20-an. Syarat pertama ialah sesorang lelaki itu telah meninggalkan zaman bujangnya ketika berumur 20-an. Jika mengikut sunnah Rasulullah saw sendiri berkahwin ketika berumur 25 tahun. Tapi jika dilihat secara realiti, berkahwin ketika berumur 30-an juga sudah diterima perlahan-lahan di dalam masyarakat. Ini kerana jika sesorang itu menamatkan pendidikan formalnya di universiti ketika berumur 25 tahun, mencuba-cuba kerja sebelum mendapat kerjaya yang sesuai ketika berumur 27 tahun, umur 30-an adalah umur praktikal jika diambil kira faktor ekonomi. Tapi bagaimana jika sehingga 35 tahun lelaki itu belum berkahwin? Walaupun persepsi masyarakat tidak sekejam terhadap wanita pada usia yang sama, seseorang itu telah membazirkan umurnya untuk menumpukan kepada hal-hal lain. Mungkin pembangunan kerjayanya, membina kekayaan, pangkat atau keluarganya sendiri. Ketika orang lain mempunyai anak di bangku sekolah, gaya lelaki ini mungkin sedikit keanak-anakan kerana dia sendiri tidak mempunyai pengalaman tersebut. Membayar yuran sekolah anak bukanlah payah mana, tapi pengalaman dan melaluinya sendiri akan mematangkan banyak perkara lain dalam hidup, ini adalah berkaitan dengan psikologi seseorang.

Tulisan ini tidak bercadang menyalahkan lelaki yang lewat berkahwin ini. Mungkin mereka mempunyai masalah sendiri, mungkin juga belum pernah menemui seorang perempuan, atau hanya ada pengalaman putus cinta dan dikecewakan berkali-kali. Mungkin juga apabila membelek muka belum sehansome Aaron Aziz. Anda masih belum terlambat ! ramai lelaki popular kini juga berkahwin lewat, tapi jika anda berumur 30-an kini adalah masa yang ideal kerana ketika ketika melangkah umur 40-an anda boleh menumpukan kepada persekolahan anak-anak pula bukan lagi masih tertanya-tanya pampers jenama apa yang terbaik.

Untuk menjadi sehansome dan segentle Aaron Aziz anda tidak memerlukan pembedahan muka, cukup dengan sedikit keberanian untuk berterus-terang. Bukan mudah yer... Walaupun semua perempuan normal sukakan lelaki seperti Aaron Aziz tapi tidak semua isteri boleh menahan perasaan cemburu jika melihat suami berpelukan dengan perempuan lain walaupun hanya lakonan. Jadi hanya perlu tahu itu... blog ini akan cuba merungkai pelbagai isu lelaki 30-an ini teruskan membaca dalam entry seterusnya...