Selasa, Julai 24, 2007

JEJAK GUNUNG BERINCHANG KALI KE II



Kaedah Tepat Senaman di Gimnasium untuk Persediaan PendakianBuat sesiapa yang dah longgar skrew lutut, otot-otot tapi lepas ekspedisi masih jalan macam robot... tak cukup longgarlah tu gitu. Bagi yang rutin pergi gym tapi masih jadi robot ada beberapa panduan / tip untuk dikongsi. sesetengah org mental fitness dah la biasa-biasa...fizikal pon biasa-biasa... ha yg nih kena kerja kuat la skek ... sebelum naik gunung kenalah usaha lebih skek dari org lain supaya tak menyusahkan dan melambatkan org lain gituk.... Pengalaman sayalah, saya kalau tidak exercise... memang minta nyawalah naik gunung... maklumlah... badan pun bukan langsing, nak laju berdesup.... kalau exercise.. walaupon tak power rangers... boley kekal sampai kesudahlah gitu... Balik dari ekspedisi badan tak sakit... tidaklah perlu hendak ambil MC atau ambil cuti extra dan sebagainya. DAN TIADA MASALAH ROBOT! Biasanya kalau buat exercise yang standard untuk persiapan naik gunung; maksudnya dengan berlari atas treadmil yg minima... speed sekadar 1-4 ... 3-4 km ajek... ianya tidak mencukupi... sebab speed yang biasa-biasa ianya tak membantu sangat... naik basikal pun kalau speed sekadar 1-5 tuh pun biasa-biasa saja.. ianya tidak cukup... Biasanya kalay saya nak naik gunung saya amil programe untuk mendaki... berlari atas treadmil tuh biasanya saya buat utk warming up sahaja. (kita bukan nak berlari atau joging naik gunung tak gitu??) Kebiasaannya saya buat Cardio Gym Workouts khas untuk fitness dan mendaki... kalau gym disitu ada instructor senanglah dia tolong selaraskan... kita ikut sahaja arahan dia... separuh nyawalah bersenam... tahap minta nyawalah juga ini. Kalau tidak buat cardio punya programe... saya buat stepper... ala-ala naik gunung begitu.. sebab dia paksa kaki / lutut dan badan kita mendaki... sememang sebijiklah macam mendaki gunung... jangan pula tekan programme 1 sampai ke sudah... Biasanya ramai suka pakai programe 1 tidak kira jenis mesin apa pun... saya pun hairan... programe 1 memanglah ringan dan syiok saja diguna... tapi kalori pun segan-segan hendak terbakar. Sebenarnya tiada apa effect sangat pun. Sebab ramai teman yang pergi gym. Tapi balik gym ada yg tidak payah mandi pun ada. Masuk gym sekadar lari gitu-gitu saja. Peluh ala-ala manja nak keluar. Ianya boley kalau untuk kekal berat badan dan regular pergi gym... tapi untuk fitness yang mantap, payah sedikitlah kalau pergi gym sekadar memanja-manjakan badan. Saya senaman pun untuk diri saya sendiri. Pergi gym kurang sikit penat lelah take 5 pon kurang hahahahhaha.... kurang bersenam akan jadi cepat letih Melonggarkan sendi dan otot-otot yang tegang memakan masa, tetapi ia boleh dicapai sedikit demi sedikit. Orang Perempuan lagi lemah sedikit ototnya berbanding orang lelaki. Apatah lagi dengan peningkatan umur. Usaha kenalah lebih sikit.Jika kurang melakukan aktiviti, badan kita macam hilang kelonggaran dan kelembutan gitu, dalam ertikata lain; SKREW KETAT. Otot akan jadi tegang dan lemah tapi tubuh badan kita jika dilaraskan dengan baik ianya berupaya mengembalikan kelembutannya otot. Program kecergasan itu hendaklah berterusan dan senaman itu. penting.Walau macammana pun latihan ini kenalah bersesuaian dengan keperluan.Latihan ini kenalah secara beransur-ansur, bukannya hari pertama latihan dah henjut lari 10 km. Selepas itu penat seminggu, rehat. Seeloknya berlatih kuat satu hari dan ringan pada hari berikutnya.. dan ulang-ulang.Sentiasa dalam keadaan aktif tapi tidak perlu pula setiap hari berlatih secara giat macam nak masuk sukan asia.Latihan yang sempurna bermakna kita tidak melakukannya melebihi tahap kemampuan sendiri... Sedikit-sedikit.. lama-lama buley laju.Oleh: Eryn

Isnin, Julai 23, 2007

LELAKI SOLEH

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH

Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang

NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua.

Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS...

>>1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
>>2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
>>3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
>>4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
>>5. Ikhlas dalam beramal.
>>6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
>>7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
>>8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
>>9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
>>10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
>>11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
>>12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
>>13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
>>14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
>>15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
>>16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
>>17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

The Lovers Of The Heart


Article 1 :

Statement of Love: The Kiss 1. Kiss on the hand.... I adore you 2. Kiss on the cheek... I just want to be friends 3. Kiss on the neck... I want you 4. Kiss on the lips... I love you 5. Kiss on the ears... I am just playing (i hate that) 6. Kiss anywhere else ... lets not get carried away 7. Look in your eyes ... kiss me 8. Playing with your hair... I can't live without you 9. Hand on your waist... I love you to much to let you go


Article 2:

The Three Steps 1. Girls: If any ! guys gets fresh with you, slap him 2. Guys: If any girl slaps you, her intentions are still good ! ;! ; ! ! 3. Guy and Girls: Close your eyes when kissing, it is rude to stare Article 3: The Commandments 1. Thou shall not squeeze to hard. 2. Thou shall not ask for a kiss, just give one or take one. 3. Thou shall kiss at every opportunity.

KELAB LELAKI

betapa beratnya menjadi seorang LELAKI...

lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggong oleh bapanya

Lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anakperempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginyaterutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanyaperlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanyakalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya sepert gunung dengansemut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjangdaripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Freethinker - Gaya Hidup Generasi Baru

Kehidupan manusia sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa dan persekitaran. Setiap perubahan yang berlaku ini akan melahirkan suatu pemikiran baru dalam masyarakat global. Ini kerana perubahan-perubahan dalam segala sudut kehidupan itu akan mencorakkan idea dan pendekatan baru. Ia mungkin akan kekal dalam tempoh tertentu atau berubah kepada yang baru dengan cepatnya. Dan ini bolehlah kita anggap sebagai satu trend.Bagi lelaki, perjalanan hidup mendewasakan dan membuatkan mereka berfikir lebih baik. Pada masa yang sama, segala keindahan yang ada dalam hidup dinikmati sesungguhnya. Bagi sesetengah lelaki, mereka menjalani kehidupan berdasarkan perubahan trend gaya hidup semasa, dan setiap trend gaya hidup yang muncul itu telah menempatkannya pada suatu tahap.Trend lelaki Metroseksual misalnya, membawa perubahan gaya hidup kepada sebilangan lelaki. Perubahan itu boleh kita lihat dari aspek penjagaan diri dan penampilan. Lelaki secara zahirnya dilihat kasar dan tidak mementingkan kesempurnaan penampilan, berubah kepada sikap lebih prihatin/peka terhadap penjagaan diri. Malah, mereka tidak keberatan berbelanja untuk memenuhi keperluan ini agar mendapat lebih perhatian.Tidak lama kemudian muncul pula trend Uberseksual, yang sebelumnya begitu asing tetapi akhirnya diterima sebagai simbol gaya hidup baru yang dilalui sesetengah kaum lelaki. Trend ini melihatkan betapa lelaki mementingkan kualiti diri walaupun penampilan fizikalnya tidak menjadi ukuran utama. Lelaki Uberseksual dilihat sebagai seseorang yang mempunyai rasa percaya diri yang kuat, dinamik, maskulin, cergas, menarik dan bergaya serta memiliki komitmen untuk melakukan perkara yang berkualiti.Trend lelaki Metroseksual dan Uberseksual telah berlalu. Namun, masih ramai lelaki yang menjadi pengikut setia gaya hidup itu, biarpun perubahan gaya hidup semasa yang pelbagai membawa kepada pembentukan trend baru. Kini muncul trend terbaru yang menjelaskan gaya hidup generasi baru di kota hari ini yang dikenali sebagai generasi lelaki "Freethinker" atau bebas berfikir (Awas! bukan ‘berfikiran bebas’, iaitu freethinker yang sinonim dengan tidak mempercayai sebarang agama).Melihat kepada tajuk utama artikel ini, apa yang menjadi persoalan di dalam benak fikiran anda? Adakah anda memikirkan ia ada kaitannya dengan soal keagamaan?

Rabu, Julai 18, 2007

MERDEKA LAGI







MANJUNG PERMAI

Daerah Manjung merupakan salah satu daripada sembilan daerah di Negeri Perak Darul Ridzuan. Ia bersempadan dengan Daerah Larut Matang dan Selama dan Daerah Kuala Kangsar di sebelah utara, bersempadan dengan Daerah Hilir Perak di sebelah selatan dan bersempadan dengan Selat Melaka di sebelah barat.
Jarak dari Ipoh ke Lumut ialah 80 kilometer, dari Kuala Lumpur 200 kilometer dan Pulau Pinang 180 kilometer. Daerah Manjung mempunyai keluasan seluas 1168.9 kilometer persegi. SEJARAH: Daerah Manjung pada sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dindings. Daerah ini pernah menjadi sebahagian dari Negeri - Negeri Selat yang pada ketika itu daerah ini berada dibawah pentadbiran Pulau Pinang. Daerah Dindings telah menjadi sebahagian dari Pulau Pinang sebaik sahaja Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh pihak Britain dengan Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Abdullah.
Perjanjian ini ditandatangani bagi menghentikan pertumpahan darah akibat dari 2 peristiwa utama iaitu perebutan takhta di antara kerabat - kerabat diraja Perak sebaik sahaja kemangkatan Sultan Jaafar dan peperangan diantara Puak Ghee Hin dan Hai San di Larut untuk merebut kawasan perlombongan bijih timah di Jajahan Larut Taiping. Sebagai syarat perjanjian tersebut, Sultan Perak perlu menerima seorang Residen British iaitu Sir JWW Birch, menyerahkan Jajahan Dindings kepada British, Perlantikan Penolong Residen di Taiping iaitu Kapten Speedy di Matang dan Sultan Ismail diturunkan dari takhta Perak. Menurut catatan sejarah, Daerah/Jajahan Dinding merupakan sebuah daerah yang berada di bawah pemerintahan Negeri-negeri Selat.
Istiadat menandatangani perjanjian penyerahan semula Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut. Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada Iskandar District dan Tanah Merah (Lumut) ditukar namanya kepada Port Iskandar. Sultan Perak pada ketika itu juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai orang Besar Jajahan. Bagi memperingati peristiwa tersebut Masjid Al-Adli telah dibina (di Bandar Lumut) melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak. Semasa era penjajahan Inggeris, Jajahan Dindings adalah merangkumi 3 kawasan utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor sahaja.
Walaubagaimanapun pada tahun 1937, setelah hampir 10 tahun Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Alang Iskandar telah merayu kepada British agar Jajahan Dindings dikembalikan ke pangkuan Perak dan British telah menyerahkan kembali pada tahun berkenaan. Alasan utama baginda, Perak tidak mempunyai kawasan berpantai. Setelah penyerahan Jajahan Dindings, Kerajaan Perak telah menyatukan jajahan berkenaan dengan Bruas dan kawasan - kawasan persisiran pantai bahagian selatan. Sehingga tahun 1980an, daerah ini masih dikenali sebagai Daerah Dinding. Pada 1 Januari 1982, jajahan yang dahulunya dikenali dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah Manjung yang merangkumi satu unit pentadbiran yang meliputi mukim Beruas dan Sitiawan dan nama tersebut berkenaan berkekalan sehingga kini.

Selasa, Julai 17, 2007


DAAT MENAGED BY DE ANDKA MARKETING


MAJLIS PELANCARAN LOGO KORPORAT, VISI DAN MISI

SERTA PROGRAM TERKINI ;


AKAN DIMAKLUMKAN

MARI MAI SIAM

DI KALANGAN pengembara barat, Thailand dikenali dengan jolokan Krung Thep atau Kota Malaikat. Mungkin ada sesuatu yang harmoni mengenai kota ini apabila menyaksikan pemandangan sebahagian besar Bangkok disimbah cahaya matahari pada lewat petang.Tetapi di satu bahagian lagi, tersembunyi godaan sebenar Bangkok dengan deretan pelbagai jenis premis gelap di daerah merah, Patpong dan ‘plaza hiburan’ di sekitar Sukhumvit.Di celahnya, terletak pasar malam dekat Lumphini, Phatunam dan Chatuchak dengan 1,001 barangan yang terkini dan antik.Ibu negara Thailand ini diasaskan di sepanjang Sungai Chao Phraya oleh Raja Rama 1 pada 1782.

Hari ini, ia menjadi rumah kepada 13 juta penduduk yang tinggal di celah bangunan pencakar langit dan lebih 400 kuil, ada antaranya dibina di atas tanah tebus guna sawah padi atau kawasan paya.Kontra dengan imej antarabangsanya sebagai pusat perdagangan seks, kebanyakan rakyat Thailand masih bersikap konservatif, ‘manis-manis’ dan amat murah dengan senyuman.


Berikut 10 perkara yang perlu anda lakukan jika berkunjung ke Bangkok


1. JEJAKI WARISAN DIRAJARaja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej kini bersemayam di Istana Chitrlada Rohaton. Tetapi sebelum 1901, raja terdahulu menginap di Grand Palace. Istana ini menggabungkan seni bina Thai dan ‘Art Beaux’ abad ke-19. Kuil Buddha Zamrud di halaman istana memiliki galeri dengan 178 lukisan menceritakan riwayat klasik India, epik Ramayana mengikut versi Thai.


2. SUSURI NADI KEHIDUPAN BANGKOKAnda boleh melihat kehidupan perkampungan di beberapa klong (terusan) yang bersambung dengan Sungai Choa Phrya. Labuhkan sauh untuk makan malam romantis sambil menikmati udara malam kota. The Bangkok Noi Canal, umpamanya menyediakan ‘boat cruise’ menjelajahi rumah kayu lama dan kuil.


3. BERBELANJA SAKAN Memetik kata-kata penulis Amerika, Joe Cummings yang sudah 20 tahun bermastautin di sini: “Pasar minggu Chathchak adalah ibu kepada semua bazar di Asia.” Ada benar katanya. Lebih 10,000 kedai di atas tapak seluas 12.5 hektar yang sentiasa dipenuhi pengunjung yang memburu pelbagai barangan. Dari makanan, fabrik, perabot, lukisan sehingga buku terpakai.


4. SINGGAH DI LORONG BACKPACKERPengembara backpacker yang datang dari seluruh dunia menukar kawasan dipenuhi asrama bajet dan warung makan di Khao San menjadi lokasi paling hip di Bangkok. Menjadi tempat bersantai malam minggu oleh remaja Thai. DJ tempatan memutar lagu ‘trance’ di ‘The Club’, sementara golongan ‘expat’ bertumpu ke kelab blues dan R&B ‘Ad Here the 13th.’


5. JELAJAHI SENI SIAMWalaupun namanya tidak kedengaran tradisional, Joe Louis Theater adalah syarikat tunggal di Bangkok yang meneruskan amalan persembahan ‘hun lakorn lek’, patung puppet tradisional yang berusia lebih 100 tahun. Syarikat berusia 22 tahun itu menampilkan puppet setinggi 3 kaki yang dikendalikan pemain yang berpakaian gelap.


6. MAKAN MALAM DI PASAR TERAPUNGPasar Terapung Amphawa, 60 km di barat daya Bangkok, mungkin kurang dikenali berbanding Damnoen Saduak, tetapi menjanjikan pengamalan lebih menarik. Pasar ini dibuka dari 4 petang hingga 8 malam, pastikan anda mencuba paa-thong-koh (donat China) atau aw suan (omelet tiram) dari penjual yang memasak dari dapur di atas perahu.


7. HIDUPAN LAUT DI BUTIK FESYEN TERNAMAKuda laut dan sotong gergasi dipamerkan di celah deretan butik mewah di Siam Paragon, kompleks beli-belah terkini dan paling hip. Siam Ocean World (www.siamoceanworld.co.th) mempamerkan 30,000 hidupan laut yang boleh disaksikan menerusi terowong bawah tanah. Keluar dari akuarium gergasi ini, teruskan aktiviti dengan ‘window shopping.’



8. WARISAN SEJARAH NEGARAMuzium Kebangsaan Bangkok menjadi tuan rumah kepada manifestasi kebudayaan dan jati diri negara dengan mitos gajah putih ini. Paling mencuri perhatian adalah koleksi emas, lukisan, ibu mutiara, alat muzik klasik, ukiran kayu, tekstil, seramik, perabot, senjata lama, bot diraja dan fosil batuan.


9. SAKSIKAN KEGEMILANGAN ISTANABot ekspres dari ‘pier’ Phra Athit menuju ke Terusan Bangkok Noi yang menempatkan Muzium Perahu Diraja Kebangsaan. Saksikan sendiri perahu digunakan untuk majlis rasmi termasuk upacara pertabalan. Perahu terbesar di sini dihiasi dengan ukiran unik pelbagai motif dan digerakkan dengan kudrat 50 pengayuh dewasa.




10. BERSANTAI DI WATRumah kepada ratusan patung Buddha, Wat Po juga menjadi sekolah perubatan dan urut. Di luarnya, tukang tilik nasib menanti di sepanjang jalan menjadi tumpuan kepada pelancong. Boleh cuba untuk suka-suka. Tetapi jangan sesekali percaya.
APA ANDA PERLU TAHU MENGENAI THAILAND

1. Jangan terkejut jika aktiviti di Pasar Chatucak tiba-tiba sunyi sepi ketika lagu kebangsaan mereka dimainkan ketika pasar hendak ditutup. Lagu sama turut diperdengarkan sebelum tayangan filem di panggung wayang. Warga Thai sangat mengagungkan raja mereka.


2. Pilih teksi daripada tuk tuk sekiranya bergerak dalam kumpulan yang besar. Ini kerana tuk tuk hanya boleh membawa tiga penumpang. Kebanyakan warga Thai tidak boleh membaca Bahasa Inggeris, tetapi boleh memahami dan bertutur dalam bahasa berkenaan. Cara terbaik, bawa peta dan hafal nama-nama mercu tanda untuk ke satu-satu tempat untuk mengelak ditipu.


3. Simpan wang untuk membeli-belah di Chatuchak kerana harga di sini jauh lebih murah berbanding pasar malam lain di tengah kota. Bagaimanapun, pekedai di Chatuchak paling mesra pelancong berbanding di Phatunam yang lebih menumpukan kepada pemborong pakaian. Jangan sesuka hatimenawar tetapi tidak membeli di pasar malam di sekitar Silom dan Pat Pong.

SEMANGAT IKAN LUMBA-LUMBA

Berlari merentas hutan sejauh dua kilometer (km), berkayak menentang arus dalam ribut, menyeberang titian tali dalam gerimis, sebelum menahan gayat untuk melakukan terjun bebas dari pelantar kapal dari ketinggian empat meter.


Bunyinya seperti babak dalam filem aksi Hollywood. Tetapi itulah cabaran paling “trill” dan memenatkan yang perlu dihadapi penulis bagi menamatkan dua “check point” pertama Wilderness Langkawi Challenge 2007 (WLC07), di Pulau Tuba, Langkawi baru-baru ini.Semuanya berlaku secara kebetulan. Menggantikan rakan yang mempunyai tugasan lain, penulis ‘dipaksa’ berpasangan dengan wartawan Malay Mail, Musliza Mustafa menyertai acara tahunan ini atas tiket ‘bidan terjun’.Dua kategori yang menguji fizikal dan mental peserta - ‘Slow & Steady’ dan ‘Fast & Furious’.




Pada edisi ini, penganjur, Wilderness Centre Sdn Bhd mewujudkan kategori khas di bawah “Slow & Steady” khusus untuk wakil media.Cabaran kategori ‘Slow & Steady’ bermula dengan larian, berkayak dan berenang sebelum kembali berlari sejauh 1.5 kilometer ke garis penamat.Untuk ‘Fast & Furious’, peserta boleh ke mana-mana destinasi ‘check point’ dengan berbekalkan peta lokasi dan petunjuk arah kompas sebagai rujukan. Setiap laluan dan ‘check point’ memberikan mata berbeza.




Cabarannya ialah peserta perlu bijak menyusun strategi, memilih cabaran dan laluan yang betul untuk mengumpulkan mata tertinggi bagi memastikan kemenangan selain faktor masa.Seperti kategori ‘Slow & Steady’, peserta kategori ‘Fast & Furious’ juga perlu melakukan pelbagai rutin seperti berlari, mendaki, berkayak dan merentasi hutan.Bezanya, cabaran mereka lebih getir apabila perlu berbasikal di kawasan berbukit-bukau hingga ke puncak tertinggi pada kedudukan 256 meter dari paras laut jika mahu mengutip lebih banyak mata.Keseluruhan jarak perlumbaan ekstrim Fast & Furious sejauh lebih 35 km. Bayangkan, stamina yang perlu mereka lalui berbanding peserta amatur dalam kategori kami sertai.Ketika badan masih letih akibat mengejar ‘deadline’ sebelum bergegas ke lapangan terbang, saya gagahkan diri untuk menyertai cabaran ini.




Bermula dengan larian sejauh dua kilometer menuju ‘check point’ pertama, kami mula berkayak melawan arus ombak dari pantai menuju kapal untuk ‘check point’ kedua yang berada empat km di tengah laut.Tidak sempat berehat, ujian menaiki titian tali sepanjang 50 meter dalam keadaan hujan renyai perlu dilalui.Sekali lagi keberanian kami diuji apabila diarah terjun ke laut dari pelantar setinggi 20 kaki. Cara terbaik, kami menjerit sekuat-kuatnya ketika terjun dari hujung pelantar yang lazimnya digunakan dalam sukan terjun bebas. Rasa gayat bertukar cemas apabila kembali timbul di permukaan air. Tugas berikutnya - kembali ke kenu dan berkayak menuju ke arah tanjung pantai. Dalam hujan diselang-seli guruh, kudrat seakan habis dikerah sepanjang perjalanan lima kilometer itu. Cuaca buruk menyukarkan lagi perjalanan.Hujan di tengah perjalanan.




Ombak pula semakin bergelora membuatkan sukar untuk mengawal kenu. Ada ketika, beberapa kenu kumpulan lain nyaris bertembung. Mengintai ke belakang, masih ada dua kumpulan ketinggalan.Percaya atau tidak, di tengah kekalutan ini sekumpulan ikan lumba-lumba mengiringi perlumbaan kenu kami. Kumpulan ikan seolah-olah meniup semangat kami yang mula luntur. Mahu atau tidak, kami perlu sampai ke pantai.Sampai ke ‘check point’ ketiga, kami perlu mencari kelapa tua sebelum menyelesaikan teka-teki untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Laluan denai berliku menjadi halangan seterusnya untuk ke ‘check point’ keempat. Sampai di sini, tanpa disedari kaki sudah calar-balar akibat meredah duri. Hujan yang reda seketika kembali lebat membuatkan badan semakin penat. Semuanya sudah tidak dihiraukan, apatah lagi mengenangkan perlumbaan tidak sampai suku lagi untuk ditamatkan. Kami diminta menuju ke Gua Wang Buluh yang terletak hanya beberapa ratus meter dari ‘check point’ keempat.




Ada sesetengah peserta yang kelihatan sudah ‘nyawa-nyawa ikan’, tiba-tiba ‘tunjuk taring’ apabila tiba-tiba berlari untuk ke garisan penamat.Rupa-rupanya, ia hanyalah gimik penganjur apabila gua itu menjadi ‘check point’ kelima. Mahu tersembul biji mata menahan geram memandangkan ratusan anak tangga sudah didaki untuk menamatkan peringkat ini.Hanya tiga km lagi, kata petugas yang mengawasi perlumbaan. Dengan saki baki kudrat yang ada, kami berlari sekuat hati merentas bukit bukau. Di kiri kanan, penduduk kampung yang menjadi penyokong setia beria-ia bersorak.Nampak saja kain rentang “TAMAT”, kami semakin yakin dapat menamatkan cabaran ini. Dari jauh, tepukan penduduk kampung semakin hangat. Terasa seakan-akan menamatkan acara dalam Sukan Olimpik.




Menjejakkan kaki ke garisan penamat terasa beban besar yang digalas sepanjang perlumbaan hilang sekelip mata. Biarlah hanya menang sorak, sekurang-kurangnya saya berjaya menamatkan cabaran. Sedar tak sedar, kami mengambil enam jam atau hampir setengah jam kami berlari tanpa henti bagi menamatkan WLC edisi tahun ini.INFO1. WLC07 yang dianjurkan kali ketiga ini menarik penyertaan 93 pasukan termasuk dari Eropah, Afrika, Australia dan Amerika. Turut sama, wakil Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing (LUCT).2. Kategori Fast and Furious (Lelaki) dimenangi juara Ironman 2002 yang mengungguli kategori sama tahun lalu iaitu Zulkifli Shamsuddin, 43, dari Perak. Dia menewaskan peserta pilihan dari Perancis dan United Kingdom.3. Selain Harian Metro, pasukan media lain adalah Berita Minggu, New Straits Times (NST), Malay Mail, Kosmo, ntv7 dan The Star. Kosmo dan The Star turut menyertai kejohanan ini pada tahun lalu.4. Berdasarkan penyertaan menggalakkan tahun ini, Pengerusi Eksekutif Wilderness Centre Sdn Bhd dan Kumpulan Halim Mazmin, Tan Sri Halim Mohammad, berkata pihaknya mengkaji untuk mengadakan kategori khas untuk pelajar pada edisi berikutnya. MENGENAI WILDERNESS Wilderness Centre Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Halim Mazmin ditubuhkan pada akhir 2002 di Pulau Tuba.




Sejak diberi kepercayaan oleh Kementerian Pendidikan menyelia program cabaran rimba untuk pelajar dan guru seluruh Malaysia, WCSB sudah melatih 15,000 peserta.WLC07 pula adalah projek tahunan antarabangsa bagi mempromosikan Pulau Tuba sebagai destinasi sukan ekstrim antarabangsa. Ia adalah salah satu usaha untuk merealisasikan tanggungjawab sosial syarikatnya.Bagi anda yang berminat untuk mengetahui aktiviti lasak yang dianjurkan oleh syarikat ini, boleh melayari www.wildernessmalaysia.com atau hubungi 04-966 8000 (Langkawi) atau 03- 2730 5000 (Kuala Lumpur).

PERGERAKKAN TERKINI

MR CEO KURSUS KAPAL LAYAR DI TLDM LUMUT
MR KOORDINATOR DOK OPIS JER
MR PENASIHAT KEWANGAN HOSPITAL TAIPING
MR PENASIHAT IT REKREASI TAHAP III DI JOHOR
EJEN NIZAM TEAM BULDING LANGKAWI
EJEN ZAHARI KUTIP DURIAN DI DUSUN SENDIRI
EJEN CHOR MAKAN DURIAN DI DUSUN KENGKAWAN
EJEN LAN 'HONEYMOON' LAGI

PEMIMPIN DILAHIRKAN?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata satu perkara penting yang dipelajarinya sejak beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia kelima ialah manusia tidak semestinya dilahirkan sebagai pemimpin tetapi boleh diasuh menjadi pemimpin."Daripada laluan saya sendiri untuk menjadi Perdana Menteri, saya belajar banyak perkara."Satu perkara yang saya pelajari selama beberapa tahun ini ialah manusia tidak semestinya dilahirkan sebagai pemimpin tetapi boleh diasuh menjadi pemimpin," kata beliau.Belajar sendiri, pendidikan, latihan dan pengalaman adalah faktor penting bagi membentuk imej yang teguh dan personaliti seorang perdana menteri, katanya ketika melancarkan Yayasan Kepimpinan Perdana, pusat pembelajaran kepimpinan terkemuka negara, di sini Selasa.
Abdullah berkata beliau bertuah kerana mendapat peluang berkhidmat untuk kesemua empat Perdana Menteri Malaysia sebelum ini."Dengan rendah hati saya mempelajari kualiti kepimpinan yang baik, terutamanya nilai-nilai amanah, kebertanggungjawaban, keadilan, integriti, kesabaran dan keberanian dalam menghadapi kesusahan."Kebijaksanaan dan pengalaman yang saya peroleh daripada kepakaran mereka menunjuk ajar dan membimbing, telah menjadi sumber inspirasi yang kuat dan sumber yang membantu saya dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri," katanya.Rakyat Malaysia, katanya, beruntung kerana wawasan dan dasar-dasar perdana menteri negara ini yang terdahulu memenuhi kehendak masa dan membentuk keutamaan-keutamaan negara.Abdullah berkata perdana menteri terdahulu juga telah menunjukkan menerusi wawasan, strategi dan pelaksanaan mereka, bagaimana "cabaran-cabaran luar biasa" -- cabaran-cabaran yang unik bagi Malaysia dan biasanya bukan satu kelaziman -- seharusnya diatasi dan ditangani."Bermula dengan (Perdana Menteri Malaysia pertama) Tunku Abdul Rahman yang mungkin telah mengambil jalan yang telah dilalui oleh India untuk berpisah secara damai daripada penjajah kita (Inggeris dan Belanda), tetapi Malaysia adalah unik kerana ia membentuk kerajaan pelbagai kaum," katanya.
Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, katanya, telah menubuhkan bilik gerakan negara untuk memantau pembangunan di seluruh negara manakala pelan pembangunan luar bandarnya mendapat sanjungan ramai dan telah dicontohi di banyak negara sedang membangun lain.Ini diikuti oleh Tun Hussein Onn yang telah mewujudkan Amanah Saham yang masih kekal sehingga hari ini dan berjaya menggalakkan rakyat Malaysia daripada semua tahap pendapatan dan kaum untuk menabung, tambahnya.Beliau berkata Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad pula telah memberikan negara ini, antara lain, kereta nasionalnya yang pertama, sebuah lapangan terbang bertaraf dunia dan menara berkembar tertinggi di dunia dan telah menetapkan arah Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.Mengenai Yayasan Kepimpinan Perdana yang telah beroperasi sejak Oktober 2003, Abdullah berharap warisan para cendekiawan negara ini bukan sahaja dipulihara tetapi dikaji, dikembang dan dipersembahkan kepada rakyat Malaysia untuk menggalakkan perkembangan pemikiran dan perbahasan.Katanya beliau percaya yayasan itu telah membina asas yang kukuh ke arah ini dengan mengadakan kerjasama dengan institusi sedia ada bagi mengumpul dan mengarkibkan ke dalam bentuk digital bahan-bahan yang penting kepada negara yang boleh diperolehi orang ramai menerusi Internet.
"Barangkali masih banyak yang perlu dilakukan oleh yayasan ini sebelum ia dapat mencapai objektifnya menjadi sebuah institusi penyelidikan dan pembelajaran yang terunggul mengenai kepimpinan Malaysia," katanya.Beliau juga menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia supaya tampil menyatakan ikrar memberikan sokongan kepada yayasan itu."Saya juga menggalakkan institusi antarabangsa membentuk kerjasama untuk berkongsi sumber dengan yayasan ini," katanya.Abdullah juga mengulangi sokongan kerajaan kepada wawasan, objektif dan program yayasan itu dan menyatakan sokongan penuh kerajaan terhadap program-program dan kegiatannya."Saya percaya bahawa perjuangan yayasan ini adalah perjuangan yang amat berharga dan ia mahu menawarkan khidmat sebagai penghubung penting antara masa lalu dan masa depan negara," katanya.
Yayasan itu, yang dipimpin Dr Mahathir sebagai Pengerusi Kehormatnya, ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh pengerusi Kumpulan Bank Arab-Malaysian Tan Sri Azman Hashim.-- BERNAMA

INSTITUT PEMIKIRAN TUN DR MAHATHIR



UUM telah diberi penghormatan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) pada 19 Ogos 2003.

Idea untuk menubuhkan institut ini telah dicetuskan oleh para perwakilan semasa Persidangan Agung UMNO
yang ke-54 pada 19 Jun 2003. Lanjutan daripada itu, satu badan perundingan (think tank) telah dibentuk yang ahli-ahlinya terdiri daripada tokoh-tokoh kenamaan dan pelbagai idea telah dicetus oleh badan ini melalui sumbang saran pada 28 Ogos 2003.

Fungsi utama IPDM adalah menjadi pusat rujukan utama terhadap idea, wawasan dan pemikiran
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. IPDM juga bertanggungjawab untuk meneliti dan menganalisis struktur percambahan idea yang boleh diguna pakai oleh generasi kini dan masa depan. Di samping itu, penubuhan institut ini juga adalah satu usaha untuk menghargai sumbangan dan kepimpinan tokoh-tokoh negara.

Selain itu, institut ini juga bakal menjadi medan penyelidikan dan pengendalian seminar, simposium, persidangan dan kolokium dalam pelbagai aspek pemikiran
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Antara bidang-bidang utama yang diberi tumpuan ialah pendidikan, kepimpinan belia/beliawanis, keselamatan, politik, pengurusan, perundangan, ekonomi, kewangan Islam, hubungan antara agama, dasar luar dan isu-isu globalisasi, sains dan teknologi termasuk ICT dan pembangunan sumber manusia.

Visi:
Menjadi pusat rujukan utama pemikiran
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Misi:
Mewacanakan pemikiran
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad

Objektif:

Menjadi pusat penyelidikan, pengumpulan dan rujukan utama tentang pemikiran
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad;

Meneliti dan menganalisis struktur percambahan pemikiran
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad yang boleh diguna pakai oleh generasi kini dan masa depan, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

Menjadi pusat wacana intelektual tentang pemikiran dan kepimpinan tokoh-tokoh negara dan antarabangsa;

Menterjemah pemikiran
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad ke dalam program dan aktiviti yang berbentuk akademik dan profesional;

Memberi input kepada pihak kerajaan bagi menggubal dan melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan dengan ketahanan nasional.


Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah
Tel: 04-9284010 Faks: 04-9284005

(adaptasi dari ipdm.uum.edu.my)

Isnin, Julai 16, 2007

BOLASEPAK BUNGKUS LAGI...!!!

Bila melihat pasukan bola sepak Malaysia dikeji setiap hari kerana persembahan yang teruk pada perlawanan pembukaan Piala Asia Selasa lalu, timbul rasa sedih dan kasihan. Bukan saja pemain, malah keluarga juga turut rasa tempiasnya. Jika pemain membaca dan mendengar komen dalam akhbar, radio dan televisyen yang mengutuk mereka habis-habisan, pasti mereka
Rasanya pemain pun sudah lali, kalau menang mereka tahu akan dipuji melambung tinggi, dan kalau kalah akan ‘dikeji’.Sebenarnya saya bukan nak menulis mengenai kisah duka sukan bola sepak Malaysia ini tetapi kisah sedih remaja dan anak muda yang sukar mencari tempat menunjuk bakat bermain bola sepak.Masalah ini bukan baru dan mungkin tidak dihadapi anak yang berada di kampung atau pedalaman yang masih banyak tanah lapang untuk mereka bermain bola atau apa saja aktiviti sukan lain. Kalau berada di Kuala Lumpur atau bandar dan kawasan pinggir bandar, kawasan lapang seperti ini memang sukar untuk dicari. Padang golf memang banyak... tapi rasanya hanya untuk kelompok tertentu.Bagi remaja dan anak muda usia belasan, aktiviti mereka amat terhad. Jika di sekolah, mereka boleh bermain bola sepak pada waktu senaman atau kegiatan kokurikulum. Tapi jika luar waktu sekolah, pagar sekolah dikunci dan mereka tidak ada tempat untuk bermain.Kita tidak boleh salahkan pihak sekolah kerana mengunci pagar kerana ini bagi mengelakkan perompak dan penyamun. Banyak barang sekolah seperti komputer dan pelbagai barang berharga yang perlu dijaga. Selain itu, ada juga padang bola diambil untuk didirikan bangunan sekolah yang baru dan yang tinggal hanya kawasan sekangkang kera untuk mereka melakukan aktiviti senaman dan aktiviti sukan yang terhad.Disebabkan itu, anak muda ini tidak mempunyai tempat untuk bermain atau terpaksa bermain bola di kawasan padang tidak sesuai. Bagaimana mereka boleh mengasah bakat jika tempat nak bermain dan belajar teknik bermain bola pun tak ada. Akhirnya jadilah mereka ‘mat lepak’.
Ini sebenarnya perlu mendapat perhatian pelbagai pihak kerana bukankah melentur buluh adalah daripada rebung. Kalau asasnya pun tak betul bagaimana boleh kita dapat hasil yang baik. Kalau di sekolah pun tak ada padang nak main bola, ditambah dengan ketiadaan guru untuk melatih, bagaimana kita dapat melahirkan jaguh bola sepak negara. Selalunya, sekolah yang ada padang dan guru untuk melatih mampu membentuk pasukan bola sepak yang bagus.Saya tinggal di kawasan pinggir bandar yang penempatannya agak padat dan memang tidak ada kawasan padang untuk anak bermain bola sepak antara sukan yang diminatinya. Suatu petang, dia balik ke rumah dengan rasa amat kecewa kerana padang tempat dia bermain bola sepak bersama kawannya ditutup untuk memberi ruang kepada pembinaan sebuah lagi bangunan, manakala sebahagian lagi ditutup daripada orang luar untuk mengelak daripada kejadian tidak diingini. Akhirnya selepas mencari pelbagai tempat, dia bersama rakan mengambil keputusan bermain di padang gondol yang memang tidak sesuai langsung untuk bermain bola sepak.Disebabkan ketika ini, institusi pengajian tinggi (IPT) turut mengambil kira kegiatan kokurikulum termasuk sukan sebagai merit untuk kemasukan ke IPT sewajarnya perkara ini turut diberi perhatian.
Memang bukan semua orang boleh menjadi jaguh. Jika mahu menjadi jaguh, bakat adalah amat penting, tapi jika kemudahan tak ada bagaimana kita dapat menggilap bakat. Mungkin kini ada pelbagai jenis kegiatan sukan baru yang diperkenalkan tetapi bola sepak adalah sukan rakyat yang amat dekat di hati mereka. Itu sebabnya orang tidak bising jika Malaysia kalah di padang golf tetapi akan terus bersuara jika kalah di padang bola. – yatisaid@baharian.com.my

Rabu, Julai 11, 2007

PENGUMUMAN KHAS

MR PENASIHAT KEWANGAN DAAT AKAN MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT PADA TARIKH YANG BELUM DITETAPKAN, PENGURUSAN DAAT AKAN MEMAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA. KUTIPAN DERMA KILAT AKAN DIADAKAN SECEPAT MUNGKIN BAGI MENAMPUNG KOS PERBELANJAAN PEMBEDAHAN TERSEBUT. KEPADA SEMUA EJEN DIMINTA TIDAK MENGHEBAHKANNYA DAN MAKLUMAN LANJUT AKAN DIMAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA.

KENALI LOGO HARI KEBANGSAAN KE 50 - MALAYSIAKU GEMILANG

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebangsaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’ ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan. Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat. Manakala kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.

Selasa, Julai 03, 2007

LOGO BARU RAKAN MUDA FASA II

















LOGO BARU RAKAN MUDA FASA DUA YANG DILANCARKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DI BUKIT KIARA PADA 29 MEI 2007 YANG LALU. ADA 7 GAYA HIDUP, 3 PROGRAM UTAMA DI BAHAGIAN RAKAN MUDA...


JULAI YANG MENDATANG

Sejak berpindah dari bandaraya Ipoh, Pengurusan kanan DAAT Mr Budi dan Mr Rem banyak menghabiskan masa di daerah masing-masing, dengan azam baru dan suasana baru kadangkala hubungan dan perjumpaan tidak seakrab dan sekerap dahulu. Namun begitu kadangkala telefon dan sms banyak membantu.Mr Penasihat Kewangan sakit lagi... kali ini bahana puyuh goreng... ke hospital lah ke mana lagi. Kesian memang kesian tapi apa boleh buat.. kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mr Lan akan menamatkan zaman bujangnya minggu ini selamat Pengantin Baru dari DAAT, umur pun dah lanjut tapi usia bukan penghalang bagi membina keluarga bahagia, kemungkinan semua Team DAAT akan ke kenduri beliau.. di Ipoh lagi!!!. Mr Nizam dan Mr Zahari nampaknya semakin murah rezeki selepas PJKN Selama tempoh hari Pbsd Taiping pulak menggunakan khidmat mereka. Mr Nizam siap jadi Kem Kom lagi. Banyak jugak cerita-cerita menarik di Taiping tapi yang mengancam T-shirt biru PJKN tulah tak dak lebih ke? Ramai yang jelous tau... Mr Chor nampaknya keseorangan di Bandaraya Ipoh, nak datang JBS pun tak dak nak jumpa sapa katanya.. emmm Ina kan ada kah!kah!kah!, tak pun jumpa lah Colnsultan seumur hidup JBS Pawi mesti banyak projek, tambahan KSK dah nak bermula nie...Mr Fahmi pula fuyooo!! semakin hebat sejak balik dari Kursus Rekreasi Modul Consultan dari Austaralia nie, bolehlah turun-turunkan ilmu pada ejen-ejen yang lain.
Emmm... Julai dah menampakkan dirinya, yang menarik bulan nie 7hb Julai 2007 lah nombor JAMES BOND 007.... tapi apalah yang menarik tentang nombor-nombor & angka-angka yang tak bernyawa. Cuma doa dan harapan kita panjatkan ke hadrat ilahi moga penggal ke dua tahun 2007 ini dapat meningkatkat ketaqwaan kita kepada ilahi dan semoga cita-cita serta azam tahun baru hari itu dapat tercapai. Insya allah dengan komitmen dan usaha sedatya upaya dapat membantu.