Rabu, Jun 08, 2016

STOR SUKAN

Secara tradisi di kampung kami akan bersekoloh di Sekolah kebangsaan Sri Selamat Sitiawan, kira-kira 10 kilometer dari kampung kami walaupun ada sekolah Kebangsaan Sungai Wangi kira-kira 3km sahaja. Ini kerana secara tradisinya kampung kami mempunyai ikatan yang kuat dengan Sitiawan dan Kampung Sitiawan. Ini kerana dahulu jalan pengangkutan utama adalah sungai, tamabahn pulak kampung aku juga ditepi sungai yang jika dihubungkan dengan jalan sungai kualanya di Kg Sitiawan, dahulu jika ada kematian dan solat jumaat semuanya di kampung sitiawan. Apabila jalan raya dibina, kampung aku masuk dalam kariah Kampung sungai Wangi jadi sepatutnya semua urusan kene melalui Tok Sidang Kampung Sungai Wangi, tapi tidak di kampung aku yang masih mempunyai hubungan dengan Kampung Sitiawan, tamabahn pula kebanyakknya penduduk mempunyai hubungan kekeluargaan di sana. Apabila masuk ke sekolah rendah kami pun melangkau tidak bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Wangi tetapi mendaftar di Sekolah Kebangsan Sri Selamat ditengah pekan Sitiawan. Aku pun tidak terkecuali. Pagi-pagi kami akan menunggu bas di simpang kampung, tanda simpang ke kampung kami ada sebatang pokok macang yang dikatakan berhantu. Entahlah tetapi itulah kata orang yang jarang masuk ke kampung kami akan rasa seram apabila sampai di pokok itu. Ada yang kata pernah melihat Pontianak. Pengalaman awal sekolah di Dajah 1 aku sudah menaiki bas ke sekolah, pagi-pagi lagi sudah siap, perasaan gementar kurang disebabkan kawan-kawan sekampung pun ramai bersekolah di sekolah yang sama. Lagi pun aku sudah baisa bersekolah jauh dari rumah, ketika Tadika di Pekan Ayer Tawar tempat kerja ayah di Klinik Kesihatan Ayer Tawar. Hanya Man sahaja yang bersekolah di SK Sungai Wangi. SK Seri Selamat seperti sekolah-sekolah awal 80an kurang jumlah pelajar, yang masih aku ingat kelas dibagi dua, kelas A dan B lebih kurang begitulah, aku di kelas B. Piah dilantik sebagai ketua kelas dan aku sebagai Penolongnya. Pada suatu pagi Piah telah memberikan arahan awal bangun sbelum cikgu sampai ke kelas dan kami berdiri lebih lama sebelum cikgu masuk, sejak peristiwa itu aku dinaikkan pangkat sebagai Ketua Darjah pula. Kelas A ketua kelasnya Faizal seorang rakan aku yang dengarnya menjadi Ketua Murid ketika di Darjah Enam, sememangnya dia seorang ketua yang baik, nanti aku kisahkan cerita tentang Faizal ini di bab yang lain. Aku ingat pengalaman menaiki bas dengan Kak Simah Besar, Kak Simah Kecik, Pak Ee dan Aruah Asri tak bertahan lama, sehingga dua bulan sahaja. Aruah ayah aku membuat keputusan untuk menukarkan aku ke Menthodist English School di Ayer Tawar. Pagi-pagi aku akan ikut ayah ke tempat kerjayanya dan selepas itu akan menaiki kereta Pak Cik Zainon atau Pak Cik Nawawi ke sekolah. Pak Cik Zainon ada dua orang anak yang besekolah tetapi lebih tua dari aku. Balik sekolah aku akan menunggu di tempat rehat ayah sehingga dia balik kerja pada pukul 4 petang. Kadang-kadang emak menyiapkan bekal, mangkuk tingkat nasi dan kuah dibahagian atas, ada sambal tumis dan ikan goreng. Itulah aku makan bersama ayah sehingga ke petang. Klinik Ayer Tawar sudah menjadi seperti rumah kedua aku. Sebenarnya ramai kakitangan disitu tinggal di kuarters yang disediakan, ayah sahaja yang tidak mahu. Disebabkan itu hubungan aku dengan mereka sendiri seperti sebuah keluarga. Tambahan pula Mak Cik Aziah isteri Pak Cik Zainon jururawat diklinik itu selalu menempah emak aku membuat ketupat setiap kali musim perayaan. Dia juga slalu ke rumah kami, ayah pon memngail mereka abang dan kakak, walupun Pak Cik Zainon adalah penyelia ayah aku. Selain itu ada Pak Cik Nawawi seorang Driver yang anaknya sebaya dengan aku, kadang-kadang aku akan menumpang naik land rover kesihatan ini, antara peranan ayah akau dalah embuat telaga pump untuk membekalkan air bersih pada masyarakat, ketika itu mungkin penggunaan air paip masih tidak menyeluruh lagi. Juaga ada Uncle Samy seorang kawan ayah berbangsa India, dia juga ada seorang anak yang bersekolah sama dengan aku, dan beberapa jururawat lain, ayah banyak menanam pokok mempelam, ada yang panjang dan pendek di klinik itu, hasilnya memang lumyan, kadang kala kami bawa balik untuk diberi pada jiran tentanga jika kene dengan musimnya. Diklinik itu ada seorang pembantu perubatan bernama Mr Lai, kadang-kadang ayah membantu Mr Lai membaiki luka dan kecederaan ringkas-ringkas. Ketika itu rumah kami memang sedia banyak ubata-ubatan seperti selsema, panadol dan ubat luka-luka yang ringan-ringan. Ketika aku bersunat pun aruah ayah yang mencuci dan membuat rawatan, walaupun aku bersunat dengan mudim di kampung. Kehidupan d klinik aku ketika itu sangat aktif, rasanya aku jarang tidur dipondok ayah tetapi akan keluar amuk ke dalam klinik. Itulah aktiviti aku diseblah petang disebabkan aku akan balik pada sebelah petang, Ayah tetap dengan caranya sepeti di kampung, peramah dan suka memasak. Aku hanya pembantunya yang setia. Sebenarnya ayah juga seorang ahli sukan yang hebat dalam acara tarik tali, setiap kali sukan Jabatan Kesihatan ayah akan mewakili unitnya bersama campuran beberapa klinik di sekitar daerah Manjung, ada kakitangan di Klinik Kesihatan Sitiawan dan Pusat Kesihatannnya juga di Sitiawan, sehingga pernah menjadi johan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Lawan pasukan ayah yang paling hebat aku rasa jika pernah bertemu Polis Hutan di Ulu Kinta. Piala-piala dan medal kejuaraan memang banyak di rumah kami ketika itu, kadang-kala aku sarung medal ke tengkuk dan bawa berjalan merata-rata, satu yang paling aku ingat medal emas berbentuk penyu, ketika pasukan ayah menjadi johan di Terengganu dalam Kejohanan Sukan Kementerian Kesihatan. Kehidupan aku d klinik bertahan sehigga aku mula nak masuk ke Darjah Tiga. Aruah ayah memindahkan aku ke Sekolah Kebangsaan Sungai wangi, sekolah yang berdekatan dengan rumah aku. Alasannya kerana adik aku Allahyarham Mohd Khairul Zaman mula bersekolah masuk darjah satu . Nanti aku ceritakan bagaimana adik aku meninggal dunia Aruah adik aku ni muda dua tahun dari aku, pagi-pagi ayah akan menghantar kami berdua dengan motorsikalnya, dan akan menjemput kami apabila balik di tengahari, selepas itu ayah akan ke tempat kerjanya pula, begitulah ayah berulang-ulang setiap hari. Aku memulakan Darjah Tiga, kelas aku sebelah pejabat, masa itu hanya ada satu blok bangunan kelas lama dan satu blok yang dipasang memanjang. Komputer pun baru dibekalkan dan kami sangat seronok main permintaan tembak-tembak huruf di skrin computer. Kelas aku dibagi dua, sebelahnya Darjah Empat. Pembahaginya ada penghadang yang beroda, pagi-pagi akami akan menyapu sampah dan membetulkan pembahgi tersebut, kononnya jangan melanggar sempadan kelas sebelah. Kerusi dan meja kayu, selepas blok baru disiapkan barulah kami merasa kerusi dan meja baru, seronok rupannya bila dapat menggunakan perlatan baru ini. Pembelajaran pun menjadi rancak. Rakan aku yang paling rapat adalah Man, sebab dia memang bersekolah dari Darjah Satu. Piah masih kekal di Sek Keb Sri Selamat, sedangkan aku sudah bertukar tiga kali sekolah. Selepas itu aku berkenalan dengan Mahadhir, yang sangat pandai melukis serta Syukur Anak Tok Sidang Malek Ketua Kampung kami. Rakan perempuan pula Hasrina, Shahrina dan Azirah. Murid kelas kami pun tak ramai belas-belas sahaja. Cikgu kelas yang paling aku ingat ialah cikgu Lim Khan San yang mengajar matematik dan English. Cikgu Lim memang baik dengan aku sehingga selepas tamat sekolah menengah pun dia masih mengenali aku ketika berjumpa, rasanya dia sudah pencen sekarang. Apabila masuk Drjah Empat aku mendapat guru kelas yang bernama Cikgu Mat Ayus, dan kelas kami berkongsi dengan tahun lima pula. Sekitar sekolah pula sudah membangun dua taman Perumahan Taman Bestari dan Taman Manikavasasgam. Kebanyakkan penduduk Taman ini adalah anggota TLDM dan ramai dari mereka orang Johor, rakan-rakan sekelas aku semakin ramai yang rapat dengan Aku Anal dan Zuraimy. Aku juga ada seorang rakan bernama Hasrol yang bapanya bertugas di SK TLDM yangd dekat dengan kampung aku. Ketika Tahun Empat murid-murid lelaki mula memakai seluar panjang, ayah membelikan dua helai seluar panjang pada aku dan sebuah basikal. Piah pun sudah bertukar sekolah. Jadi pada Darjah empat aku menaiki basikal ke sekolah, adik aku masih dihantar dan diambil oleh ayah. Jarak rumah ke sekolah aku cuma 3km, kadang-kadang sebelum balik kami akan singgah Kedai runcit Ah Cai untuk membeli Jajan. Tapak kedai Ah Cai yang asal di simpang masuk ke Sungai Wangi sebelum berpindah ke Taman Manikavasagam, sebelah kedai Ah Cai ada kedai runcit Kekak dan sebuah kedai makan Ranjan, seorang india yang berniaga mee rebus dan kueh pak kocok, walaupun seorang india tetapi Kedai Ranjan memang setiap masa penuh dengan penduduk kampung. Siapa yang tak pernah merasa mee ranjan bukanlah orang kampung aku yang sejati, kadang-kadang pada hari raya pun mee Ranjan masih menjadi pilihan, betapa hebatnya mee Ranjan ketika itu. Ranjan juga pandai membuat ubat asma pada kanak-kanak, aruah opah aku kata aku pun pernah dibawa berubat dengan Ranjan ini. Dalam aktiviti kokorikulum aku mendaftar menjadi Ahli Bulan Sabit Merah dan permainan bola sepak, jadi setiap petang rabu ada latihan bola sepak, tetapi ketika Darjah empat aku belum terpilih lagi mewakili sekolah, sekolah kami bukanlah lawan yang hebat di peringkat daerah, almaklumlah sekolah luar Bandar yang kekurangan murid. Apabila naik Darjah Lima, Cikgu Lim menjadi guru kelas aku, aku pun sudah dianggap senior disekolah ini, tambahan pula aku telah dilantik sebagai seorang pegawas, Anas dan Azri pun pengawas, Syukur menjadi Ketua Kelas kami. Sekolah kami pun sudah siap satu blok bangunan baru, Pejabat Guru Besar sudah berpindah ke blok baru, Guru Besar kami yang baru bernama Cikgu Jauhari. Dia tinggal di Sitiawan, aku juga menjadi ahli pasukan bola sepak sekolah, disebabkan kami masih kekurangan cikgu sekolah, seorang jurulatih luar dilantilk melatih akmi iaitu Abang Zaman seorang pemuda yang sangat aktif di kampung kami, sehingga kini abang Zaman masih sangat aktif di kampung dan di daerah Manjung sekarang, kini dia seorang ahli perniagaan yang berjaya, aku selalu menggangap Abang Zaman sebagai mentor. Kami berlatih setiap hari, pada perlawanan pertama kami menang ketika bermain di padang SK Gandhi di Sitiawan, kami berkongsi kereta dengan beberapa orang guru untuk ke sekolah tersebut yang terletak di sebelah Panggung wayang Arasu di Pekan Sitiawan, panggung wayang itu bukanlah asing pada aku kerana pernah menonton wayang bersama keluarga filem Abang lakonan Rahim Razali. Aku bermain di posisi pertahanan, penjaga gol kami Abang Anal iaitu Azim yang juga ketua Pengawas sekolah kami, seronok sungguh memenangi perlawanan tersebut sehingga kini aku masih ingat detik-detik itu, apatah lagi ada yang menyumbang jersi berwarna kuning pada kami. Selepas tamat perlawanan Cikgu Jauhari menjemput kami ke rumahnya untuk menikmati hidangan minum petang. Sungguh hebat layanan rasa seperti memenangi Piala Dunia sahaja rasanya. Ketika hujung tahun di Darjah Lima aku menduduki penilaian Darjah Lima seperti penilaian UPSR sekarang, kami adalah generasi terakhir yang menduduki penilaian ini seblum digantikan dengan UPSR di bawah KBSM. Aku bukanlah cemerlang sangat ketika di sekolah rendah, dalam kelas aku dalam kedudukan nombor 7 sehingga 11, kelas kami pun dah semakin ramai dis ebabkan sudah siap lagi satu Taman Perumahan Taman Sri Wangi, adalah kira-kira 30 orang dan bagi aku nombor 8 bolehlah dikira bijak jugak kan. Aku pun melangkah ke Darjah Enam, adik aku Khairul darjah empat dan seorang adik perempuan aku Pizah Darjah Dua. Aku pun sudah menjadi pengawas yang dihormati, aku akan keluar awal ke sekolah dengan Man dan Piah, membeli nasi lemak sotong kegemaran aku, aku akan menghabiskannya dulu sebelum bertugas dan berhenti ketika sebelum loceng dibunyikan, aku akan menulis nama kesalahan-kesalahna kecil murid-murid seperti tidak memakai stoking dan lencana sekolah, kadang-kadang rasa seperti gila kuasa pun ada juga. Sewaktu perhimpunan aku mengetuai bacaan nyanyian lagu dan sekolah pada perhimpunan mingguan, tugas aku setiap pagi menaikkan bendera sekolah. Ketua Murid ketika itu Azri seorang rakan aku yang juga seorang atlit sekolah, dia selalu memenangi banyak kejohaan dalam sukan sekolah dan mewakili sekolah. Sukur pula menjadi ketua Kelas, tetapi pelajar bijak kami adalah Hasrina, setiap tahun dialah yang dapat nombor satu di kelas aku. Masa aku juga banyak dihabiskan di sekolah, kadang-kadang selepas balik sekolah, makan dan solat zohor aku akan kembali ke sekolah atau menjalani latihan sukan. Ketika itu Tukang kebun merangkap penjaga kunci-kunci sekolah kami Pak Cik Judin yang sekampung dengan aku, dia balik bertugas di sekolah pada jam 2.00 petang, jadi di sebelah petang dia tidak datang lagi ke sekolah, kunci sekolah diberi pada aku, aku mempunyai kuasa penuh untuk memegang kunci tersebut. Hanya kunci pejabat sahaja yang tidak ada. Bilik Guru Besar lama dijadikan stor sukan, guru-guru penasihat persatuan akan meminta aku membuka kelas yang hendak digunakan. Walaupun aku masih ahli Persatuan Bulan Sabit Merah tetapi jadual perjumpaan aku kerap diganggu murid-murid lain disebabkan mereka memerlukan peralatan sukan, ada yang meminta bola, kayu rondas dan pelbagai lagi, pendek kata aku sudah sangat sibuk. Itu eblum dikira lagi latihan sukan, aku rumah hijau da nada rumah kuning, merah dan biru. Aku pun hanya sempat belajar ikatan anduh sekali dua sahaja selebihnya banyak masa di stor sukan. Selepas tamat aktiviti kokurikulum dan latihan sukan, aku akan memastikan semua peralatan disimpan ditempatnya dan semua pintu kelas dikunci, kadang-kadang emmang terdapat lampu dan kipas terpasang jadi akulah yang akan menutupnya. Akhir sekali aku akan menutup pagar hadapan pintu sekolah. Walaupun begitu pintu belakang masih boleh dibuka disebabkan ramai pemuda akan bermain bola sepak di padang sekolahdisebabkan itulah satu-satunya padang sekolah yang ada di kampung kami. Kadang-kadang aku turut bermain dan akan balik sebelum maghrib untuk ke surau pula. Kunci sekolah akan diserahkan pada Pak Cik Judin dulu sebelum balik ke sekolah, kerana dia akan ke sekolah awal apgi esok. Begitulah kehidupan aku ketika di Darjah Enam. Pada hujung tahun satu majlis penyampaian hadiah diadakan dan aku akan meninggalkan sekolah ini. Kelas kami yang boleh ditolak diibuka untuk dijadikan dewanbear, meja-meja pula disusn sebagai pentas, bunga-bunga diletakkan disekeliling pentas, cikgu wanita yang mempunyai kemahiran melukis akan membuat tulisan di papan hitam sekolah, muris-murid pun semuanya hadir. Kelas kami membuat persembahan pintomin, hari-hari aku dan rakan-rakan berlatih. Setiap kelas akan embuat persembahandan ibubapa akan penuh, dikampung aku yang jarang-jarang ada aktiviti kehadiran ketika majlis penyamoaian hadiah ini sudah semsti satu kemestian. Sebagai Guru Besar Cikgu Jauhari akan berucap bagi pihak sekolah, macam-macam diucapkannya. Tiba-tiba aku emnagkap dia menyebut nama aku, dan memuji aku kerana memberikan sumbangan kepada sekolah, dia menjemput aku ketika itu juga dan menyerahkan bungkusan hadiah. Bila balik ke rumah aku membukanya rupanya sebuah kamus yang aku gunakan sehingga aku tamat sehingga ke tingkatan 5. Sungguh terharu rasanya bila dihargai begitu, Cikgu Jauhari berkata sumbangan aku amat besar dan perlu dijadikan contoh, aku rasa terawang-awangan pula dipuji sebegitu dan mendapat tepukan dari orang ramai. Kemudian Cikgu Jauhari menjemput seorang murid perempuan Noridah Ibrahim untuk menerima hadiah seperti aku bagi pihak murid perempuan pula, Noridah juga adalah pengawas, rumahnya di Taman Bestari. Apabila tamat ucapan perasmian wakil Pegawai Pelajaran daerah barulah peenrima hadiah akademik dijemput, Tahun Enam sudah tentulah Hasrina, dia sememangnya murid yang pandai. Aku pun meninggalkan bangku sekolah rendah. CATATAN DIBANGKU SEKOLAH Ketika di sekolah cubalah terlibat dengan aktiviti kokurikulum, sertailah aktiviti sekolah dan mencuba pelbagai jenis permainan mengikut minat anda.