Khamis, Mac 10, 2011

PowerDAT@Kompentensi Diri

Selepas bertahun-tahun kita hidup akhirnya satu pemerhatian yang boleh kita lihat ialah kita banyak membazir masa sebenarnya, benarlah firman Allah swt dalam Surah Al Asr bahawa "Demi masa, Sesungguhnya manusia itu berada kerugian.... "
Bagi kita yang belajar sedikit sebanyak ilmu pengurusan masa, sudah tentu kita sedia maklum bahawa masa kita selama 24 jam kena dibahagi kepada 3 bahagian, iaitu 8 jam bekerja, 8 jam rehat/tidur dan 8 jam beribadat. Dalam pelaksanaan adakah kita mematuhi peraturan ini? Sudah tentu tidak... mana ada orang yang mengadap meja makan dan mengunyah tidak berenti selama 8 jam, waktu tidur juga begitu, hanya kanak-kanak yang perlu mematuhi aturan tidur 8 jam ini rasanya. Beribadat 8 jam...? Tepuk dada tanya selera. Jadi kemana masa-masa kita dihabiskan, jangan kita teruja dengan kajian mengeluarkan statistik kerana angka-angka yang dikeluarkan juga tidak dapat membantu apa-apa. Apa yang boleh disimpulkan masa kita banyak terbuang di perjalanan, kesesakan jalanraya pergi dan balik kerja.... Apa lagi yang boleh kita buat selain dari menjamu telinga dengan mendengar lagu pilihan terkini dan labun penyampai-penyampai radio.
Mungkin kerana itu banyak perniagaan kini bejalan secara online... kalau kita berminat mungkin kita boleh memilih satu dan memulakannya. Abaikan tentang produk... kini apa sahaja yang mempunyai khasiat adalah berpontensi untuk dijual, kalau kita bukan pencipta mungkin kita boleh menjadi pengguna dan akhirnya penjual.
Bagi yang mempunyai semangat untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi inilah masanya untuk mengisi kekosongan masa yang dibazirkan, jangan persoal soal tua, tak cukup masa, malas dan kemampuan kewangan. Anda akan kagum dengan semangat orang lain yang lebih tidak berkemampuan dari kita, percayalah ! Kenapa mereka ini belajar apatah lagi warga emas yang sudah dihujung usia ?, mungkin ada sesuatu dalam jiwa mereka yang perlu kita terokai...
Aktiviti keluarga juga boleh dijadikan satu rutin aktiviti yang menyeronokkan, berapa lama kita sudah tidak menjengok bapa dan ibu saudar kita ? Sepupu atau 2 pupu juga semakin jauh, apakata kita kumpulkan semua dalam perhimpunan yang besar, mungkin ada yang berani menubuhkan koperasi atau Yayasan keluarga, saya pernah berjumpa keluarga yang berinovasi ini...
Cukup sekadar itu mungkin anda ada idea yang lebih hebat lagi. bukan begitu?