Rabu, Jun 09, 2010

DAAT@Pekerja Belia

Ketika ini dua peristiwa penting sedang berlangsung dalam dunia pekerja belia, pertamanya mesyuarat agung Majlis Belia Malaysia dan keduanya Program Pemimpin Belia Berkaliber yang wajib disertai oleh semua pimpinan Persatuan Belia Belia di semua peringkat. Siapakah pekerja belia?. Pekerja Belia adalah seseorang individu yang terlibat dengan kerja-kerja kebeliaan, termasuk dalam golongan ini ialah Pegawai Belia dan Sukan dari Gred S17 sehingga JUSA B. Golongan kedua ialah semua yang terlibat dengan Persatuan Belia dari ahli biasa sehinggalah Presiden Majlis Belia Malaysia. Beza antara keduanya ialah Pegawai Belia dan Sukan adalah pegawai kerajaan manakala manakala ahli persatuan belia ialah mereka pekerja sukarela yang tidak dibayar gaji dan bergerak atas nama NGO. Mereka juga mungkin pegawai kerajaan, guru, usahawan, pekebun, nelayan, pekerja sektor swasta, bekerja sendiri, pelajar atau mungkin penggangur. Hanya Pegawai Belia dan Sukan sahaja yang tidak boleh memegang jawatan dalam persatuan belia, ini kerana ia melibatkan implikasi kewangan, intergriti dan kepercayaan.

Keduanya saling melengkapi walaupun sesekali ada konflik timbul, tetapi itu mungkin kes-kes terpencil yang melibatkan personaliti dan bukannya dasar. Dalam memajukan pembangunan belia sewajarnya kedua pihak ini saling bekerjasama dan meninggalkan masalah remeh-temeh yang mungkin boleh diselesaikan dengan saling mengerti antara satu sama lain... namun demikian, adakalanya permaslahan yang wujud di antara kedua pihak ini berlanjutan sehingga melibatkan campurtangan dan tekanan dari 'orang-orang politik'... apabila ini terjadi yang rugi adalah golongan belia setempat... mereka mungkin agak terkeliru atau mungkin juga berpuak-puak...
Kini apabila Akta Belia dikuatkuasakan nampaknya golongan belia sendiri yang memimpin persatuan mereka, mungkin dari segi pengalaman, sumber kewangan dan kemahiran berkomunikasi mereka agak lemah tetapi dengan usaha berterusan yang dijalankan oleh pihak kerajaan terutama melalui Program Pemimpin Belia Berkaliber pada tahun ini dapat melahirkan sesuatu yang memberi kesan pada masa akan datang... sama-samalah kita tunggu...

Rabu, Jun 02, 2010

DAAT@Hari Belia Untuk Belia Yang 'Skema' Sahaja?

Hari Belia hampir melabuhkan tirainya, selepas sambutan yang penuh warna-warni di Wilayah Persekutuan Putrajaya mulai 14-16 Mei yang lalu sambutan seterusnya adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan setiap Negeri beserta Majlis Belia Negeri pulak... bagi kami di utara ini sambutan juga agak meriah juga dengan pelbagai aktiviti... antaranya Seminar Pemantapan Aqidah Generasi Muda, Forum Perdana Ehwal Islam, Karnival Sukan permotoran, Karnival Sukan, Larian Rakyat dan kemuncaknya sudah tentulah Malam Anugerah Belia Peringkat Negeri. Pada tahun ini malam tersebut dihadiri oleh Dato' Ketua Pengarah mewakili Menteri Belia dan Sukan... Bagi negeri-negeri lain masih ada yang meneruskan sambutan pada bulan Jun ini...
Bagi seseorang individu yang menghabiskan masa dengan aktiviti berpersatuan... menghadiri Malam Kemuncak Anugerah Belia adalah salah satu aktiviti yang wajib dihadiri dalam kalendar seorang pekerja belia tegar... namun bagaimana pula bagi belia yang terkeluar dari 'arus perdana' ? masih ramai belia di luar sana yang menganggap sambutan Hari Belia hanyalah sambutan biasa yang tidak membawa makna apa-apa... inilah kesan daripada putusnya aktiviti berpersatuan apabila seseorang itu tamat zaman persekolahan... kadangkala mereka ini tidak didedahkan dengan aktiviti bepersatuan lagi selepas itu... di sinilah peranan pekerja belia untuk terus mendekati belia-belia yang sebegini... mungkin mereka tiada pendedahan atau kurang maklumat... ataupun tak berminat atau merasakan aktiviti begini kurang sesuai... kelompok yang berpersatuan dengan yang tidak berpersatuan juga bercampur... kita tidak boleh mengatakan belia bandar tidak berminat berpersatuan kerana ada juga belia bandar yang minat berpersatuan... begitu juga belia di luar bandar... bagi yang berada di IPT juga ada yang aktif berpersatuan tetapi dalam masa yang sama juga ramai yang tidak pernah terlibat pun... belia yang bekerja dan berumahtangga juga begitu... mungkin pihak kerajaan boleh mencari makanisme terbaik bagi mengatasi masalah ini...