Selasa, Oktober 06, 2015

Catatan Pekerja Masyarakat - Ayah Adalah Mentor

Allahyarham ayah penulis adalah seorang individu yang mendidika aku sebagai mentor sebagai pekerja masyarakat. Teringat kata-kata ayah seorang lelaki semestinya mempunyai beberapa kepakaran dalam keagamaan dan kerja-kerja masyarakat, Imam sebagai pembaca doa dalam pelbagai majlis, ditolak ke tengah mengetuai tahlil atau pun menyembelih lembu kerbau dilapangan. Siapa lagi yang mahu menguasai fardhu kifayah ini kalau bukan kita sendiri. Dari kecil penulis mengikut ayah ke mana sahaja dalam kerja masyarakat. Kalau pada bulan Muharram mengacau bubur asyuara, membeli kekacang, menghidup api dan merebus sehingga siap. Kalau kenduri-kendara riuh dibalai menyiap hidangan. Menyembelih lembu, kambing dan ayam sebagai lauk. Itulah kepakaran Allahyarham Ayah penulis dengan 1001 kerja-kerja masak-memasak yang selalunya dikuasai kaum wanita.Kelebihan ayah jenakanya dan ceritanya sering ditunggu-tunggu oleh pembantu-pembantunya selalunya dari anak-anak buahnya jugak. Menjadi wakil meminang juga Allayraham Ayah. Dari anak-anak saudara sehingga anak sendiri ayahlah juru cakapnya.Aku sendiri pun waktu hendak berkahwin ayahlah wakilnya. Aku meminta ayah datang sahaja ke rumah isteri aku sekarang tetapi ayah merisik terus. Terkejut jugak semua orang. Tetapi ayah hanya selamba dan taklah menjadi orang terasa hati walupun kadangkala mulutnya riuh semacam. Mudah mesra. Aku hanya mengikut ayah dari kecil apa yang mampu dibantu. Tugasan awal seingat penulis ketika berusia kuarang 10 tahun. Membancuh teh atau kopi di surau kampung kami selepas tarawih. Penulis masih ingat ketika selepas rakaat ke 8 air dalam cerek mesti dipanaskan dulu. Kemudian dihandang moreh yang ada, dan ketika jemaah yang lain bertadarus membasuh pingan mangkun dan cawan pulak. Kampung kami kampung kecil sahaja, itu pun semuanya ada pertalian darah. Kadang-kala Alang Noriah menolong mebasuh mebantu. Allahyarham ayah, ayah akak, Tok Ngah Dollah dan Andak Judin bertadarus. Begitulah bertahun-tahun dibesar dalam semangat itu. Pernah sekali aku dan Allahyarham ayah sahaja memasak bubur asyura sampai masak. Itulah kelebihan ayah yang tiada tandinga. Aku bersyukur kerana sedikit kerja sukarelawan tak berbayar itu dapat aku wariskan dari ayah. Cuma parang sembelih ayah saja belum diasah lagi kini.