Isnin, Ogos 04, 2008

DAAT De PINDAH

Baru-baru ini pengurusan tertinggi DAAT berpindah rumah kerana kenaikan pangkat. Mr CEO paling berpengalaman pindah rumah dan Mr Koordinator mengikut jejak tersebut tapi yang nie paling jauh melangkau ke beberapa buah negeri dan destinasinya di utara tanah air. Di sini diperturunkan tips bagi berpindah rumah untuk makluman semua yang bercadang berpindah juga walau dengan apa jua alasan, kerana tanpa perancangan yang teliti anda akan menghadapi masalah yang tak diduga...


1. Maklumkan tuan rumah lama bila anda akan keluar rumah tersebut
2. Mohon bantuan kengkawan dan kenalan untuk mencari rumah pilihan anda dan kenali beberapa aspek sampingan ;
- jenis rumah idaman anda
- lokasi tempat bertugas & jarak (cth: bilangan traficc light)
- kemudahan setempat (cth :kedai/klinik/petrol pam/sekolah/masjid)
- cuaca setempat (cth : kawasan banjir? tanah runtuh?)
- jiran tetangga
3. Cari kotak kosong untuk mengisi barangan anda, kaca dibalut dengan surat khabar dan ditanda dengan marker pen. Asingkan mengikut keperluan dan jenis barangan.
Contoh: baju, cenderahati, perhiasan, pinggan mangkuk.
Walaupun kotak senang diperolehi anda sebenarnya akan mengalami kesulitan jika hendak mendapatkan kotak-kotak yang boleh dipakai terutama di pasaraya kerana kebanyakkan sudah ada pembekal yang bertanggungjawab jadi anda kena pandai 'kautim'.
4. Pindah rumah pada hujung bulan atau pertengahan bulan bagi memudahkan bayaran akhir rumah lama atau bayaran deposit rumah baru kecuali tuan rumah jenis tak kisah.
5. Cari lori yang bertutup habis jika berpindah jauh dan muatan lebih 3 tan jika anda sudah berkeluarga. Cari juga pemandu yang berpengalaman membawa barangan pindah.
6. Cari tarikh dan masa waktu lori sampah lalu di hadapan rumah anda, ini bagi memudahkan barangan yang tidak dipakai terus dibuang dan tidak dilonggokkan di hadapan rumah lama.
7. Pastikan pemandu lori tahu nombor telefon dan alamat rumah baru anda.
8. Cari kawan-kawan yang dapat menolong mengangkat dan menurunkan barang rumah anda. Buatlah jamuan ringan dan sediakan air minuman. Jika perlu berilah sedikit cenderahati.
9. Apabila tiba ditempat baru, tukar semua alamat dokumen penting anda di rumah baru seperti bil telefon, bil astro, urusan bank dan sebagainya.
10. Berkenalan secepat mungkin dengan jiran paling hampir dan kenali ketua di tempat baru tersebut.
Itulah serba sedikit tentang pindah memindah apa pun semuanya bergantung kepada situasi masing-masing. Namun pindah rumah memang meletihkan tambahan jika anda bekeluarga besar dan mempunyai barangan yang banyak. Kalau perlu jual sahaja barangan tersebut. Namun jika pekerjaan anda beruniform dan berpangkat tinggi tidaklah sesusah mana kerana dah ada orang bawahan yang sanggup membantu, begitu juga jika berpindah ke seberang laut semuanya dikontarakkan. Selamat berpindah !!!.