Khamis, Disember 14, 2006

TAK BOLEH DUDUK DIAM

Petang kelmarin Mr Budi dengan ejen Ram telah ke Tapah kerana bermesyuarat Sukan Tradisional Program Merakyatkan Seni pada 23 hingga 24 di Kuala Woh. Selepas itu, mereka telah bergerak ke Bidor pulak kerana urusan tugas di sana.
Pada semalam hari, Mr Budi dengan Ejen Rem telah lari pula ke Parit Buntar mengambil barang pameran tempoh hari yang ditinggalkan di Pejabat Belia dan Sukan Kerian. Pegawai -pegawai di sana telah menjamu selera dan mata di Libra Coffee House... makan pun sedap!!
Selepas itu, ketika balik melalui jalan Bagan Serai mereka singgah sebentar ke Bandar Taiping kerana mengambil barang di kedai Wak Enterprise. Ketika hendak pulang Mr Budi telah mengajak singgah di rumah 'puak leraknya' di Pokok Asam. Rupa-rupanya semua ahli keluarganya ada di sana kerana menziarahi keluarga tersebut yang sakit.
Dalam perjalanan balik ahli keluarga Mr Budi telah 'mengepau' dengan mengajaknya makan kuetiaw di Jalan Air Kuning. Tapi Mr Budi yang sedang kukuh bursa sahamnya ketika ini telah menjelaskan bil tersebut dengan senyuman serta menyeluk poket seluar sebelah kiri sahaja. Mereka cuba juga mengontact Penasihat Kewangan DAAT Mr Wan Chik tetapi beliau sedang membaiki motorsikalnya di kedai motor. Jadi melepaslah peluangnya untuk menjamu selera bersama pada petang itu.
Pada malam hari, Mr Budi sekeluarga telah datang ke datang ke rumah ejen Rem untuk berbincang strategi baru tetapi ejen Rem hanya membekalkan roti kering sahaja itu pun kepada anak-anak Mr Budi sahaja... untuk makluman biskut kering itupun adalah hamper ejen Chor yang menang pada Majlis LKTF kelmarin. Pasti bursa saham ejen Rem sedang tenat ketika ini.. ataupun sedang mengumpul untuk projek yang seterusnya... siapa yang tahu?