Ahad, Disember 10, 2006

MISTERI DI BELANTARA


Dua orang Ejen DAAT yang menyimpan pelbagai kisah misteri belantara


Kisah Sang KelembaiSang Kelembai (SK) begitu sinonim dengan masyarakat kampung dan orang asli suku kaum Batek dan Semelai di Kuala Tahan. Sejak berdekad, kisah Sang Kelembai (seorang manusia berbadan besar dan tinggi dipercayai boleh sampai ke Terengganu dari Pahang dengan hanya beberapa langkah sahaja) menjadi santapan kisah hiburan dongeng di Kuala Tahan. Sama ada kisah ini benar atau hanya dongengan semata, ianya terus menjadi misteri.Terdapat beberapa versi kisah SK di Kuala Tahan.

Ejen GI Chor tengah melabun bebudak... (gambar hiasan)



Menurut cerita orang-orang tua di sana (seperti yg diceritakan kepada saya sendiri), SK gemar naik turun Gunung Tahan. Tempat yang paling digemari beliau ialah kawasan Air Terjun 4 Tingkat (4 step waterfall) dan sebuah taman yang kini digelar sebagai 'Wray's Camp'. Ini kerana, SK menganggap bahawa kedua-dua tempat itu adalah yg paling indah di Rangkaian G. Tahan (benar, bukan?). Malah, beliau pernah menanam jasad anak lelakinya yang meninggal dunia di kawasan air terjun 4 tingkat itu (kisah kematian anak SK ini akan saya ceritakan di bawah).Di puncak G.Tahan, terdapat satu batu yang terdapatnya kesan tapak kaki sebelah kanan dipercayai kaki SK. menurut orang tua-tua, tapak kaki sebelah kirinya pula ada di negeri Terengganu. Saya sebagai seorang pelajar litologi berpendapat, jika benar kesan tapak kaki itu adalah tapak kaki SK, maka ia bukanlah disebabkan oleh tubuh SK yg berat, maka apabila beliau pijak ke atas batu itu, terhasil tapak kakinya, sebaliknya ia disebabkan oleh hasil tekanan kakinya ke atas tanah biasa dan hasil daripada proses alam, tanah tersebut berubah menjadi batuan, sekaligus menjadi seperti acuan kaki SK.

Ketakutan ada di mana-mana... (gambar hiasan)



SK juga dikatakan berinteraksi dengan orang kampung, tetapi hal ini sangat jarang berlaku. Ada satu kisah dongeng lagi yg mengatakan bahawa jika SK menyapa seseorang, maka orang itu akan berubah menjadi batu.tetapi hal ini sangat jarang berlaku kerana SK dan masyarakat org kampung mempunyai pertalian yg sangat istimewa, iaitu mereka saling hormat-menghormati dan tidak mengganggu antara satu sama lain. namun begitu, jika ada urusan yg melibatkan SK dengan orang kampung, maka orang-orang alim di kampung akan dihantar bagi mewakili penduduk kampung.

Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri..... (gambar hiasan)


Ini bermakna, bukan calang-calang orang boleh berjumpa dengan SK ini.Apa yang sangat menarik tentang cerita SK ini ialah beliau mempunyai keluarganya sendiri. Tidak pernah diceritakan tentang isteri SK tetapi penduduk kampung pernah menyebut kisah anak lelaki SK. Menurut orang kampung, SK mempunyai seorang anak lelaki. Malangnya usia anak lelaki SK ini tidak panjang, meninggal semasa usia kanak-kanak kerana tercekik buah perah yang banyak terdapat di sepanjang tebing Sungai Tembeling. Kerana terlalu sedih dan marah dengan kematian anak lelaki kesayangannya, maka SK telah dikatakan mengamuk dan telah mencabut semua pokok buah perah di sepanjang Sungai Tembeling.



Maka sebab itulah konon-kononnya, di sepanjang tebing Sungai Tembeling tidak ada sepohon pun pokok buah perah seperti dulukala.Kematian anak lelaki kesayangan SK ini rupanya memberikan kesan yang sangat mendalam di hati SK. kejadian ini begitu terkesan di hatinya. selepas menanam jasad anaknya di kawasan air terjun 4 tingkat, SK yang benar-benar terasa dengan kehilangan anaknya telah melarikan diri dari kawasan G.Tahan itu, dan seperti yg diketahui telah menyembunyikan diri dan tidak muncul-muncul hingga kini. sama ada beliau masih hidup (jika kisah ini benar), tiada siapa yg tahu.Hemm...menarik bukan cerita SK ini. tidak diketahui jika ianya kisah benar atau tidak, terpulang kepada anda untuk menilainya. Mungkinkah SK sama seperti Big Foot seperti yg dihebohkan kini? Apa pun, kisah SK ini masih relevan untuk diceritakan kepada generasi akan datang sebagai kisah dongeng masyarakat kampung. Kesemua cerita di atas telah diceritakan sendiri kepada saya oleh seorang warga emas penduduk kampung Kuala Tahan.Wallahualam.


GREENPEACE.....................NURUL FATANAH ZAHARIschool of environmental sciences and natural resources,faculty of science and technology,national university of malaysiabangi