Isnin, Januari 07, 2008

YURAN SEKOLAH

Dalam awal-awal tahun ini isu yang menjadi perdebatan adalah isu yuran sekolah. Bagi agen-agen DAAT yang anak mereka bersekolah mungkin juga boleh memberikan komen, bagi teman yang masih belum mempunyai anak di bangku sekolah hanya mendengar komen dan komentar di dada-dada akhbar, televisyen, radio dan di internet aje.... cuma kita hanya boleh membuat penilaian tetapi semua pihak ada rasional masing-masing, ibubapa kerana masih terbelenggu dengan kekangan kewangan, guru-guru dengan bebanan tugas yang kadangkala melampau (kata sesetengah nyalah), pihak pengurusan (PPD, JPN DAN KPM) dengan tuntutan budaya cemerlang dan pelajar/murid sekolah macam biasa datang sekolah, rehat pegi kantin dan yang untung mak cik kantin, ibubapak berparang dengan cikgu... lapar... dua-dua pergi kantin, pegawai pendidikan datang sekolah melawat suasana panas pun menjamu selera di kantin sekolah... dan wartawan yang datang buat liputan pun tumpang 'semangkuk' kena mee kari semangkuk di kantin sekolah... tapi kemana hala tuju pendidikan negara kita seterusnya? Budaya cemerlang dalam peperiksaan tetapi hancus jatidiri? dan pihak pengurusan DAAT semacam nampak peluang ekonomi dihadapan mata ini.... mungkin kita akan menganjurkan program-program di peringkat sekolah dan PIBG pulak selepas ini.... tetapi agen DAAT yang mempunyai anak bersekolah masih tergaru-garu kepala nampaknya... bukan senang lima orang anak bersekolah sekaligus seperti Agen Nizam, Agen Chor dan Mr CEO jugak bukan senang walaupun nampak macam senang... hayatilah pakej-pakej yuran sekolah di bawah untuk renungan sehingga anak-anak tamat tingkatan lima kahkahkah...



















































Pakej A membabitkan sekolah yang berada dalam kawasan sosioekonomi tinggi dengan majoriti ibu bapanya kumpulan peniaga besar atau kakitangan awam kumpulan profesional.Bagi sekolah rendah dalam kategori ini, paras siling bayaran tambahan yang ditetapkan oleh kementerian ialah sebanyak RM38.50, manakala bagi sekolah menengah pula sebanyak RM55.50.

Pakej B iaitu sekolah yang berada dalam kawasan sosioekonomi sederhana dengan majoriti ibu bapa terdiri daripada kumpulan peniaga sederhana atau kakitangan awam kumpulan sokongan pula menetapkan paras siling pada RM30.50 bagi sekolah rendah dan RM44.50 bagi sekolah menengah.

Sekolah yang dikategorikan Pakej C pula ialah yang berada dalam kawasan sosioekonomi rendah dengan majoriti ibu bapa terdiri daripada kumpulan peniaga kecil, bekerja sendiri, pekerja ladang atau kakitangan awam kumpulan sokongan II, sekolah kawasan pedalaman dan sekolah kurang murid (SKM).
Untuk pakej berkenaan, paras siling bayaran yang ditetapkan ialah RM23.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah. Pihak sekolah diminta memilih salah satu pakej pembayaran tersebut dengan mengambil kira persekitaran sekolah, pandangan guru-guru serta PIBG.

Berdasarkan pekeliling garis panduan tersebut, setiap sekolah perlu menubuhkan Jawatankuasa Khas Penentuan Bayaran Tambahan yang dianggotai oleh wakil guru-guru, ibu bapa dan dipengerusikan oleh pengetua atau guru besar untuk memilih pakej yang sesuai.