Isnin, Ogos 04, 2008

DAAT De PINDAH

Baru-baru ini pengurusan tertinggi DAAT berpindah rumah kerana kenaikan pangkat. Mr CEO paling berpengalaman pindah rumah dan Mr Koordinator mengikut jejak tersebut tapi yang nie paling jauh melangkau ke beberapa buah negeri dan destinasinya di utara tanah air. Di sini diperturunkan tips bagi berpindah rumah untuk makluman semua yang bercadang berpindah juga walau dengan apa jua alasan, kerana tanpa perancangan yang teliti anda akan menghadapi masalah yang tak diduga...


1. Maklumkan tuan rumah lama bila anda akan keluar rumah tersebut
2. Mohon bantuan kengkawan dan kenalan untuk mencari rumah pilihan anda dan kenali beberapa aspek sampingan ;
- jenis rumah idaman anda
- lokasi tempat bertugas & jarak (cth: bilangan traficc light)
- kemudahan setempat (cth :kedai/klinik/petrol pam/sekolah/masjid)
- cuaca setempat (cth : kawasan banjir? tanah runtuh?)
- jiran tetangga
3. Cari kotak kosong untuk mengisi barangan anda, kaca dibalut dengan surat khabar dan ditanda dengan marker pen. Asingkan mengikut keperluan dan jenis barangan.
Contoh: baju, cenderahati, perhiasan, pinggan mangkuk.
Walaupun kotak senang diperolehi anda sebenarnya akan mengalami kesulitan jika hendak mendapatkan kotak-kotak yang boleh dipakai terutama di pasaraya kerana kebanyakkan sudah ada pembekal yang bertanggungjawab jadi anda kena pandai 'kautim'.
4. Pindah rumah pada hujung bulan atau pertengahan bulan bagi memudahkan bayaran akhir rumah lama atau bayaran deposit rumah baru kecuali tuan rumah jenis tak kisah.
5. Cari lori yang bertutup habis jika berpindah jauh dan muatan lebih 3 tan jika anda sudah berkeluarga. Cari juga pemandu yang berpengalaman membawa barangan pindah.
6. Cari tarikh dan masa waktu lori sampah lalu di hadapan rumah anda, ini bagi memudahkan barangan yang tidak dipakai terus dibuang dan tidak dilonggokkan di hadapan rumah lama.
7. Pastikan pemandu lori tahu nombor telefon dan alamat rumah baru anda.
8. Cari kawan-kawan yang dapat menolong mengangkat dan menurunkan barang rumah anda. Buatlah jamuan ringan dan sediakan air minuman. Jika perlu berilah sedikit cenderahati.
9. Apabila tiba ditempat baru, tukar semua alamat dokumen penting anda di rumah baru seperti bil telefon, bil astro, urusan bank dan sebagainya.
10. Berkenalan secepat mungkin dengan jiran paling hampir dan kenali ketua di tempat baru tersebut.
Itulah serba sedikit tentang pindah memindah apa pun semuanya bergantung kepada situasi masing-masing. Namun pindah rumah memang meletihkan tambahan jika anda bekeluarga besar dan mempunyai barangan yang banyak. Kalau perlu jual sahaja barangan tersebut. Namun jika pekerjaan anda beruniform dan berpangkat tinggi tidaklah sesusah mana kerana dah ada orang bawahan yang sanggup membantu, begitu juga jika berpindah ke seberang laut semuanya dikontarakkan. Selamat berpindah !!!.

Khamis, Jun 19, 2008

DAAT De KURSUS

Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu kenapa DAAT membisu sejak kebelakangan ini... sebenarnya semua agen DAAT tersangat sibuk kebelakangan ini... berkursus, berpindah kerana kenaikan pangkat, mengurus projek ekonomi, menyertai program di luar negara, menjalani pembedahan serta pelbagai lagi urusan peribadi. Namun agen DAAT tetap seperti dahulu... sekiranya ada pihak yang masih berminat boleh hubungi DAAT di daat3036@yahoo.com atau melalui blog ini... okey kita jumpa bulan hadapan... banyak yang boleh kita perkatakan kembali... jika kami diam jer boleh ziarah ke

Sabtu, Mei 10, 2008

DAAT De PUJI

Minggu lepas MR CEO dan Mr Koordinator yang kembali bersama semenjak perang dunia pertama lagi telah menjalankan misi mustahil yang biasa mereka lakukan ketika berada di bandaraya bourgunvilla dahulu. Hikmat melarikan diri ketika bertugas dirancang dengan sebegitu rapi sehingga tidak menimbulkan syak wasangka kepada semua orang. Setelah menyelesaikan tugasan wajib di pejabat pagi itu, Mr Koordinator dengan bodohnya telah keluar siap siaga di pintu luar, tidak lama kemuadian Mr CEO telah menyusul dengan bantuan tenaga bantuan dari luar yang kebetulah memberi line clear. Perajalanan pagi itu iteruskan sehingga ke pekan Simpang tiga Seleboh untuk mengambil seorang lagi tenaga untuk bertugas tetapi oleh kerana beliau masih membuta pagi tersebut akhirnya hanya diisi dengan permainan ping pong sahaja. Setelah pekena nasi lemak paling kecil di dunia sebungkus seorang akhirnya bertukar jentera yang lebih laju mereka berdua telah melajakkan diri ke satu resort yang amat terkenal berhampiran sebuah empangan di pinggir sungai yang terbesar di negeri ini. Ketibaan tersebut telah disambut oleh tuan punya resort yang menjamu dengan kuih muih dan buah durian yang enak rasanya. Mr Koordinator yang baru bangun dari demam hanya memerhati dengan lelehan air liur sahaja memerhatikan Mr CEO mengopek sebiji demi sebiji sehingga habis semuanya.
Pertemuan tersebut juga disertai oleh rombongan pelanggan DAAT yang kembali mendapatkan khidmat agen-agen DAAT untuk team bulding organisasi mereka. Pujian demi pujian yang diberikan menyebabkan DAAT kembali akan memberikan hasil yang terbaik. Mr Koordinator pula telah bersms dengan semua agen DAAT yang lain dan mereka semua terus memberikan persetujuan yang diperlukan. Sehingga tamat perbincangan MR CEO dan Mr Koordninator telah pulang ke destinasi masing-masing... bersambung

Isnin, Mei 05, 2008

DAAT De KEBULUR

Dunia kini sedang berhadapan dengan polemik krisis makanan global. Fenomena senyap yang telah lama memberikan isyarat ini dipandang sepi dan dianggap tidak penting ekoran sektor pengeluaran makanan dianggap sebagai bidang yang primitif dan tidak popular.

Kekayaan dan kemakmuran negara maju dan membangun membolehkan mereka mengimport terus sumber makanan asasi dari negara luar tanpa perlu bergantung kepada stok domestik, namun apabila berlaku krisis makanan global ketika ini, banyak negara sedang berhadapan dengan masalah besar kekurangan makanan.

Pertanian bagi sesetengah negara diabaikan sejak sekian lama memandangkan tumpuan yang lebih diberikan kepada ledakan teknologi maklumat dan komunikasi, industri pelancongan serta kepesatan pembangunan sektor perkilangan. Akibatnya kini dunia berdepan dengan kekurangan sumber makanan asasi.


Pertubuhan Makanan dan Pertanian Amerika Syarikat menjangkakan 37 negara akan berdepan dengan krisis bekalan makanan terburuk pada abad ini. Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pula dalam satu laporannya menyatakan harga beras dunia sejak lima tahun lalu meningkat sehingga tiga kali ganda. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat pula dalam kenyataannya memberitahu kenaikan itu adalah tertinggi sejak dua dekad lalu, sedangkan produktivitinya semakin menurun sejak 1980-an.

Kenyataan rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini bahawa krisis makanan dunia berada pada tahap serius dan boleh mengancam kempen membasmi kemiskinan sejagat untuk jangka masa panjang. Pertubuhan itu turut menyeru agar masyarakat dunia bersatu bertindak secara bersepadu bagi mengelak implikasi politik dan keselamatan yang lebih besar daripada krisis ini. Situasi ini jika tidak dikawal akan mewujudkan ketegangan dan kekacauan dalam negara yang boleh membawa kepada masalah kebuluran kronik, demonstrasi, protes dan keganasan di serata dunia.

Tindakan Thailand, Vietnam dan Myanmar yang menjadi periuk nasi utama dunia menghentikan eksport beras ke luar negara sehingga 50 peratus akan memburukkan lagi krisis yang sedang dihadapi ini. Walaupun tindakan mereka adalah bagi menjamin dasar makanan dan pertanian negara masing-masing akibatnya akan dihadapi oleh negara lain yang bergantung sepenuhnya kepada import beras seperti Singapura, beberapa negara Arab, Eropah dan sebagainya. Dalam isu yang sama, Bank Dunia dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Antarabangsa (FAO) baru-baru ini turut memberi amaran krisis pemakanan global akan berlanjutan terutama di Asia, Afrika dan Amerika Selatan, berikutan kekurangan bekalan dan kenaikan harga komoditi itu.

Lebih menakutkan apabila Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran harga makanan yang melambung tinggi boleh membawa kepada kejatuhan kerajaan dan mencetus peperangan yang mana setakat ini telah berlaku rusuhan besar-besaran di Haiti, Mesir dan beberapa negara lain akibat krisis ini. Peperangan dan penjajahan dalam bentuk baru tidak mustahil berlaku sekiranya stok makanan dunia semakin berkurangan dan susah diperoleh.

Dalam hal ini negara miskin dan membangun akan menjadi mangsa keadaan krisis terbaru ini yang boleh membawa kepada kancah peperangan. Demokrasi juga boleh tergugat dan disalah guna oleh pihak tertentu bagi memburukkan lagi keadaan di mana boleh mengancam sistem pemerintahan negara jika fenomena terbaru ini gagal ditangani segera.

Peralihan kuasa secara drastik dan tidak terkawal yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah yang sedang dialami boleh berlaku pada bila-bila masa di kebanyakan negara apabila rakyat bangkit bertindak mengikut emosi dan ketika `perut lapar', apa saja sanggup dilakukan sebagai tanda protes dan balas dendam. Apabila politik tidak stabil dan tidak terurus, struktur ekonomi dan sosial juga akan terjejas yang mampu memberi impak negatif kepada landskap pembangunan negara.

Keadaan ini juga boleh membuka peluang dan ruang kepada pihak luar atau orang asing mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku di dalam negara. Kejadian yang berlaku di luar negara perlu dihentikan segera dan telah menyedarkan banyak pihak bagi membendung krisis ini daripada terus membarah, mengganas dan mengancam penduduk dunia.

Langkah kerajaan baru-baru ini mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM4 bilion untuk pelaksanaan Dasar Jaminan Makanan Negara (DJMN) bagi menjamin bekalan makanan mencukupi untuk rakyat Malaysia adalah langkah proaktif dan tepat.

Peruntukan itu sebagai jaminan stok penimbal makanan negara, pembukaan kawasan baru pertanian terutama di Sarawak dan di Semenanjung serta subsidi bagi pengeluaran makanan racun, teknologi penanaman, peralatan mesin dan sebagainya ke arah kemajuan dan kebaikan dasar pertanian di negara kita. Ini selaras polisi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak awal pemerintahan beliau yang tekad memperkasa dan menjenamakan semula sektor pertanian negara seiring dengan industri penjana utama ekonomi lain.

Dasar yang diperkenalkan diharapkan mampu memastikan bekalan makanan negara mencukupi pada bila-bila masa, terutama ketika menghadapi kesan krisis makanan dunia yang mulai dirasai rakyat.

Peruntukan itu juga bagi membolehkan negara bersedia dalam menghadapi inflasi makanan global yang berlaku sekarang dan kerajaan akan memastikan bahawa Malaysia mampu untuk memenuhi keperluan makanan sendiri sebanyak 100 peratus berbanding antara 65 peratus hingga 70 peratus sebelum ini.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan juga menetapkan sasaran untuk mengurangkan duti import beras dengan meningkatkan pengeluaran beras tempatan bagi memenuhi 90 peratus kadar sara diri berbanding 72.2 peratus pada masa sekarang. Jika kerajaan berjaya merealisasikan sasaran ini, maka kita tidak perlu lagi mengimport bekalan makanan ini dan boleh menjimatkan kos import yang boleh digunakan untuk memajukan lagi teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertanian negara seperti menggunakan nanoteknologi dan sebagainya.

Biarpun begitu, Pengarah Pusat Kajian Kemiskinan Pembangunan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Sulochana Nair, berpendapat sebagai negara sedang membangun, kedudukan Malaysia dari segi kekayaan bukan berada pada tahap kritikal. Rakyat negara ini tidak perlu memberi reaksi melampau terhadap isu kenaikan harga beras dunia kerana Malaysia memiliki banyak pilihan bagi mengelakkan rakyatnya kelaparan dan kebuluran.

Krisis makanan adalah fenomena global yang sedang berlaku di seluruh dunia sama ada di negara maju atau miskin di mana negara kita tidak terkecuali. Bagi Malaysia, walaupun tiada beras atau harga beras meningkat sekali pun disebabkan krisis berkenaan, dengan dasar dan pelan jangka panjang yang ada, kita mempunyai pilihan lain untuk menampung keperluan makanan pada tahap maksimum. Negara juga bukannya pengimport makanan bersih saja, sebaliknya kita juga pengeksport makanan dunia. Kewujudan Stok Penimbal Kebangsaan di bawah Majlis Harga Negara (MHN) iaitu inisiatif baru untuk memperkukuh strategi bagi memastikan harga barang keperluan terus stabil dan bekalannya sentiasa mencukupi di dalam negara hendaklah dimantapkan lagi bagi mendepani krisis ini pada masa depan. Stok penimbal itu akan berfungsi menyimpan barangan komoditi tertentu yang boleh diagihkan untuk kegunaan rakyat sekiranya berlaku masalah kekurangan bekalan di pasaran.

Penubuhan majlis seperti ini telah dibuat oleh Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom ketika krisis kenaikan harga minyak dunia pada 1974 dan 1979 apabila kos bahan itu meningkat daripada AS$2.50 setong kepada AS$30 setong. India juga melaksanakan langkah sama sejak 1950-an khususnya bagi mengawal harga barang pertanian.

Bagaimanapun, melihat kepada senario semasa, rakyat negara ini wajar bijak mengawal perbelanjaan dan mengatur tabiat pemakanan harian agar tidak menjadi penyumbang kepada krisis yang sedang berlaku ini. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), dilaporkan pada 2006, makanan yang terbuang adalah menyamai hampir sebahagian daripada pembuangan sisa kumbahan negara.

Dalam erti lain, hampir 20,000 tan sisa kumbahan yang dijana setiap hari, 45 peratus daripadanya adalah makanan terbuang. Situasi seperti ini perlu dihentikan segera dan tidak sepatutnya dibiarkan terus berlaku di negara kita, lebih-lebih lagi ketika dunia sedang berhadapan krisis kekurangan makanan ini biarpun rakyat di negara ini hidup dalam keadaan yang cukup mewah dan belum diuji dengan kekurangan makanan serius.

Pihak kerajaan juga perlu memantau sebarang bentuk kenaikan harga barang komoditi ini agar rakyat tidak menjadi mangsa keadaan biarpun beras dikategorikan sebagai barangan kawalan di negara kita. Penguatkuasaan undang-undang yang komited, pelaksanaan dasar yang kompeten dan sikap masyarakat itu sendiri terhadap masalah ini menjadi penentu kepada kejayaan kerajaan mengatasi krisis serius ini.

Kementerian terbabit juga perlu membuat kajian mengenai dasar jaminan makanan serta mencari jalan bagi menstabilkan harga barangan kritikal dan komoditi di samping meneliti secara terperinci mengenai jumlah stok penimbal yang perlu disediakan termasuk mengadakan perjanjian jangka panjang dengan negara lain bagi membekalkan komoditi utama seperti beras.

copy at berita harian

DAAT De IMEJ BARU

Ramai yang menelefon, ramai juga yang menghantar e-mel sehingga memenuhi kotak-kotak e-mel bahkan ramai juga yang bersemuka kenapa DAAT kini diam membisu... dah tak ada isu yang menarik ker...? atau dah kehabisan idea... atau dah jemu memerah keringat... sebenarnya tidak !! masih seperti dulu... cuma DAAT kini dalam proses mengemaskini 'pejabat'... merekrut agen-agen baru... mengurusakan perpindahan beberapa orang agen dan yang lebih utama proses penjenamaan semula... rebranding.

Sebenarnya banyak hasil yang diperolehi ketika persembunyian kami ini... port-port utama kini bukan lagi sahaja di Era tetapi di Ceria, Mac D dan Seefood terkenal di pantai peranginan di Daerah ini. Program tebaru akan menyusul dan yang terkini sebuah Universiti Awam terkenal seperti biasa akan mendapatkan kepakaran DAAT kembali. Mungkin kerana kemelesetan ekonomi DAAT kini perlu kembali mencari projek dikalangan korporat tetapi dengan krisis makanan yang mula menghantui penduduk dunia kini agen-agen DAAT juga perlu memikirkan strategi pernigaan yang betul sekurang-kurangnya untuk dua tahun ke hadapan ini.

Khamis, April 17, 2008

DAAT De ORIENTEERING

Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.
Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkangabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
Jenis-jenis orienteering

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering
Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O
yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-

􀂉 Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
􀂉 Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
􀂉 Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
􀂉 Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
􀂉 Orienteering Malam (Night Orienteering)
􀂉 Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
􀂉 Norwegian Event

TERMINOLOGI DAN ALATAN

􀂉 Titik kawalan (Control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh
peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.

􀂉 Penanda kawalan (Control marker)
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai
tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
• Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod
Kawalan.

􀂉 Kad kawalan (Control card)
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan
masa penamat.

􀂉 Peta utama (Master map)
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.

􀂉 Keterangan kawalan (Control description)
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan
keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam
bentuk kod/gambarajah.

􀂉 Landasan (Course)
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke
titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta
utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah :-
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

􀂉 Kompas (Compass)
• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

Khamis, April 10, 2008

DAAT De BULETIN

Ketika entry ini dicatat kepimpinan kerajaan di semua negeri hampir selesai dengan perlantikkan exco. Kini masanya untuk bekerja dan memenuhi harapan rakyat yang memilih mereka. Kini bukan lagi masa untuk mengukuhkan kedudukan politik sehingga mengkambing hitamkan orang lain. Kini rakyat telah memilih dan pilihan itu harus dipatuhi dengan memberikan hasil kerja yang terbaik.
Bagi DAAT perubahan nampaknya juga melanda dengan agak drastik dan sesuatu yang pasti bilik gerakan kini pasti beralih tangan. Mr Koordinator yang agak lama mengatur srategi akhirnya mendapatkan kepakaran secara langsung dari MR CEO yang mula menjalankan tugas di daerah yang sama dengan agen-agen yang lain. GI Lan yang bersara dari tugas lamanya di bandar Diraja akan kembali ke daerah ini dan menumpukan sepenuhnya tugas sebagai GI DAAT yang berkepakaran di dunia rekreasi darat dan air. Mr Nizam yang secara solo bergerak sebagai GI rasmi DAAT yang 100% bergerak bersama Mr Koordinator pasti dapat rakan tugas lama ketika perang dunia pertama lagi. GI Zahari yang sentiasa sibuk dengan projek pertanian dan penternakkannya kini beralih arah ke penternakkan ikan keli di dalam kanvas yang menarik minat pengurusan DAAT untuk melabur, massyukkk... Agen Chor pula telah menerobos ke Institut Pengajian Tinggi Awam yang agak terkenal dan ketika ini rundingan sulit bawah tanah berjalan lancar dengan dipantau oleh Mr Koordinator. Mr Penasihat IT Mr Fahmi pula telah mendapat perkhabaran yang menggembirakan apabila dipilih sebagai salah seorang pekerja cemerlang di organisasi tempat beliau bertugas, beliau yang kini dalam latihan untuk mengfitkan fizikal dan mental untuk pemilihan ke Kalapatar iaitu Base camp Gunung Everest mungkin tersenyum lebar dan mungkin akan menopentable untuk semua agen-agen DAAT. Mr Penasihat Kewangan yang kini kembali kukuh telah menunjukkan strategi beliau bagi mendapatkan dana yang diperlukan, kini projek DAAT tidak akan mengalami masalah kewangan lagi apabila beliau dengan kacangnya telah membeli hampir semua kepentingan saham dan ekuiti di organisasi tempat beliau bertugas.
Namun di dalam perubahan semasa itu juga nampaknya perubahan yang paling drastik berlaku juga kepada Mr Koordinator yang akan memasuki Unit Komando Elit di organisasi beliau bertugas dan akan melapor pula di unit lain dan kemungkinan besar bertukar negeri. Apa perancangan selepas ini tidak dapat diputuskan lagi dan mungkin DAAT dibubarkan....? Hanya masa yang menentukan....

Selasa, April 08, 2008

DAAT De CINTA


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.


Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.


Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.


Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.


Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.


Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.



Adakah kisah cinta kita juga seperti itu..? (gambar hiasan)

Isnin, April 07, 2008

DAAT De KEPIMPINAN

Ramai orang berangan-angan ingin menjadi pemimpin. Mereka membayangkan apabila mereka menjadi pemimpin mereka dapat memimpin ramai orang lain. Mereka juga membayangkan mereka akan menjadi orang yang dihormati, disanjung dan dikagumi oleh ramai orang. Tidak kurang juga yang membayangkan dengan menjadi pemimpin mereka berpeluang menikmati kehidupan yang mewah daripada segi kebendaan.
Walaupun ramai orang yang ingin menjadi pemimpin, tetapi jumlah mereka yang berjaya menjadi pemimpin yang berkesan adalah sangat kecil. Kenyataan ini mendorong kita tertanya-tanya apakah faktor-faktor yang menyebabkan hanya segelintir orang sahaja yang berjaya menjadi pemimpin yang berkesan manakala kebanyakan orang gagal menjadi pemimpin yang berkesan.
Lazimnya orang mengatakan para pemimpin adalah mereka yang bergiat di dalam aktiviti politik. Memang ramai ahli politik yang mempunyai ciri-ciri pemimpin tetapi ramai juga orang-orang yang tidak bergiat di dalam bidang politik yang juga mempunyai bakat pemimpin sebagai contoh ramai tokoh usahawan dan tokoh-tokoh korporat yang mempunyai bakat-bakat kepimpinan yang amat tinggi. Malah bakat kepimpinan juga boleh didapati di kalangan ahli-ahli sukan.
Banyak kajian telah dijalankan oleh pakar-pakar psikologi untuk mengenal dengan pasti ciri-ciri yang dimiliki oleh mereka yang menjadi pemimpin-pemimpin yang berkesan. Kajian-kajian terbaru mendapati ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat aspek-aspek yang berbeza antara ciri-ciri pemimpin dan mereka yang dipimpin. Perbezaan-perbezaan itu juga boleh diukur. Para pengkaji menyimpulkan bahawa ciri-ciri peribadi tertentu bersama-sama dengan faktor-faktor lain mempengaruhi keber-kesanan seseorang pemimpin, terutama di dalam dunia perniagaan. Jadi lihat dalam diri kita terlebih dahulu pemimpinkah kita ini?

Khamis, April 03, 2008

DAAT De PERDANA LEADERSHIP FOUNDATION

Perdana Leadership Foundation was set up in 2003 with the aim of preserving, developing and disseminating materials by and on Malaysia’s past Prime Ministers. Believing that past leadership can yield valuable insights for future development, the Foundation’s objective is to increase awareness and appreciation of Malaysia’s rich intellectual heritage.Objectives of Perdana Leadership Foundation are:

To research, document, disseminate and publicise the intellectual legacies of Malaysia’s past prime ministers.

To elucidate and illuminate the contribution of Malaysia’s past Prime Ministers in the social, economic and political development of the nation.

To create awareness of the development process of the nation and serve as a platform for future development.

To be a resource centre of policies, strategies and initiatives that were adopted under Malaysia’s various prime ministers which may be used and adapted as models for the development of other nations.

The Foundation’s broader objective is to promote global understanding by providing a channel for scholars and thinkers to undertake research and idea-sharing for lasting, peaceful resolutions.The Foundation operates a physical and electronic library, the Perdana Library which provides direct access to a wealth of information on Malaysia’s past Prime Ministers. The library collects, organizes preserves and disseminates materials by and about Malaysia’s national leaders and events connected to them, and outlines the policies, strategies and initiatives they adopted. In line with the Foundation’s objective of disseminating information on Malaysian leadership, these materials are digitised and are made available to the public through the website.

Rabu, April 02, 2008

DAAT De HANTU?








Misteri... DAAT mendapat projek menguruskan Malam Mesra Hantu... benar !!! bukan citer tipu atau lawak bodoh kebenarannnya anda saksikan sendiri aksi-aksi yang sempat diambil menggunakan teknologi 6G iaitu teknologi terkini untuk mengambil gambar-gambar hantu... Walaupun agak terkebelakang dalam arus dunia realiti hantu-hantu juga sering mengadakan program belia seumpama ini rupanya, jadi kepada manusia biasa yang malas nak join mana-mana aktiviti luar rupanya lebih teruk dari hantu-hantu.... Jadi apa lagi jangan buang masa sertai sekarang mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh banyak agensi kerajaan, pihak sekolah, pihak swasta atau persatuan-persatuan belia !!!

Selasa, April 01, 2008

DAAT De AF6

Akademi Fantasia Musim 6 adalah suatu rancangan realiti televisyen yang diadakan pada tahun 2008 Berbeza dengan tahun-tahun sudah, kali ini Akademi Fantasia terbuka kepada warganegara Malaysia 18 – 45 tahun berbeza dengan dahulu yang terbuka kepada peserta yang belum berkahwin berumur 18 – 29. Ujibakat telah diadakan di 5 buah bandar utama di seluruh Malaysia dan juri-juri memilih 25 daripada mereka yang paling terserlah dan sesuai untuk diambil sebagai calon pelajar Akademi Fantasia. Kemudian, terdapat satu kursus bina diri yang dianjurkan untuk mendidik dan menonjolkan disiplin calon sebelum pemilihan 14 orang daripada mereka untuk diserap sebagai pelajar Akademi Fantasia musim ke-6. Seperti tahun sebelum ini, Akademi Fantasia diadakan pada bulan Mac hingga Mei berbanding Mei hingga Ogos pada awal-awal penerbitan rancangan hiburan realiti ini.



Isnin, Mac 31, 2008

DAAT De BUNGA

Mandi bunga memang merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang sudah tersinkretis antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan ‘Popular Islam’.
Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, dalam tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya (O.K Rahmant S.H,1983:8). Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’ dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’(kesaktian) oleh orang Jawa. Untuk orang Melayu, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ (rujuk konsep ‘lemah semangat’ dan ‘kus semangat’). Di kalangan orang Melayu, ‘mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’ sedangkan bagi orang-orang ‘agama" (mulanya pawang dan dukun, kemudian sami dan ‘Tok Ca’, akhirnya alim-ulama’) dipanggil dengan ‘berkat’ dan ‘keramat’.

Dalam kepercayaan Hindu, tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak kegunaan di dalam serba-serbi ritual yang dijalankan. Limau berfungsi mengusir hantu dan syaitan, sedangkan bentuknya yang bulat-bujur melambangkan dunia sebagai ‘chakra’ di sebuah makrokosmos di dalam falsafah occultisme Hindu. Saya pernah melihat ketika Thaipusam, salah satu varieti Kavadi yang dibawa dengan tujuan mahu bertaubat dan bersyukur kepada dewa-dewi, mencucuk bahagian-bahagian badannya dengan set cangkuk-cangkuk besi yang tajam. Satu set cangkuk terdiri daripada dua cangkuk dihubungkan dengan seutas tali khas. Satu cangkuk akan dibenamkan menembusi kulit dan daging pembawa kavadi sedangkan satu cangkuk lagi akan dibenamkan dengan buah limau nipis yang akan dibiarkan berjuntai sambil berat buah limau itu akan menambahkan ‘efek’ cangkuk yang dibenamkan ke dalam badan yang pertama tadi (mungkin lebih sakit dan lebih susah maka lebih banyak pahala dan keampunan dosa yang diberikan??). Sesiapa yang sempat meneliti koleksi poskad tentang tema seperti ‘Malaysian Festival’ atau ‘Penang’ Insya-Allah akan dapat melihat sendiri, kalaupun tidak mahu memerhati dengan lebih dekat akan perarakan di Batu Caves atau Pulau Pinang. Mandi juga merupakan salah satu ritual yang popular di kalangan penganut Hindu, misalnya mandi untuk menyucikan dosa-dosa di Sungai Ganges atau mandi minyak pada pagi Deepavali.

Unsur-unsur ‘Islam’ (‘Popular Islam as been understood’, bukan Islam yang berteraskan al-Qur’an dan Sunnah yang sahih) akan ketara apabila bacaan mantera akan dimasukkan lafaz basmalah, dan diakhiri dengan hamdalah dan syahadah (Haron Daud,2001). Orang yang mandi akan disuruh berselawat, membaca surah-surah tertentu, malah ada yang disuruh menghadap kiblat dan mandi ketika azan bergema. Semua ini lebih ketara apabila mandi bunga dianggap sebagai suatu wasilah kepada ‘ikhtiar dan tawakkal’. Lebih pening lagi apabila bomoh sendiri berpesan ‘Allah sahajalah yang menolong awak, saya cuma berikhtiar’(??). Mandi Bunga juga cuba dirasionalkan sebagai ‘agama’ sebagaimana mandi-mandi lain yang disyari’atkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih seperti mandi junub, mandi kerana menganut Islam, mandi sunnat hari jumaat, mandi sunnat Hari Raya, dan sebagainya.

DAAT De BOIKOT


Rabu, Mac 19, 2008

DAAT De PROFILE

Sebenarnya ini projek lama... GI Lan yang mendapat terus maklumat dari sebuah organisasi yang besar jua di sektor awam... namun kerana kekangan tugas yang melampau menyebabkan Mr Koordinator tidak dapat merancana atau memecah kepala memerah idea bagi dipersembahkan kepada CEO organisasi ini. Setelah hampir setahun terbengkalai akhirnya kembali dengan desakan daripada tuan punya kontrak akhirnya Mr Koordinator terpaksa mengambil cutidan berehat di kampungnya di Putrajaya bagi menghasilkan profile yang dikehandaki... GI-GI yang lain telah menyaport dengan memberikan idea, pandangan dan cadangan bagi diguna pakai. Semua GI-GI juga telah menzeroqkan sijil kelayakkan masing-masing yang tebal belaka untuk disteple bersama profile ini... Sehingga artikel ioni ditulis profile itu sudah 80% siap dan bila hendak menyiapkan lagi 20% panggilan tugas memanggil lagi... huhuhu... kesibukkan kembali melampau...

Selasa, Mac 18, 2008

DAAT De MEDIA

KENYATAAN MEDIA
DAAT sebagai satu organisasi yang berkomitmen dan mempunyai visi serta misi yang jelas di dalam pembangunan modal insan mengambil satu pendekatan di dalam suasana penyusunan kembali kerajaan di negara ini dengan menyakini kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Walaupun terdapat ketidak samaan parti politik yang mmemerintah di sesetengah negeri ini tidak bermakna pembangunan modal insan diketepikan. Sewajarnya di dalam tempoh masa kini kematangan berpolitik dan memahami konsep demokrasi berparlimen serta Raja berpelembagaan difahami sepenuhnya oleh semua pihak.
DAAT sebagai satu organisasi sedia membantu pihak kerajaan meneruskan agenda pembangunan modal insan kerana pembentukkan generasi muda yang akan terus mewarisi negara ini perlu diteruskan dan pertingkatkan lagi.
DAAT mengambil pendekatan berkecuali di dalam arena politik negara ini dan amat menghormati segala keputusan yang telah diberikan oleh rakyat negara ini di dalam pilihanraya yang baru berlalu.
DAAT berkomited dan akan meneruskan agenda ini... mana-mana kerajaan yang berminat mendapatkan kepakaran DAAT sila hubungi kami....

Isnin, Mac 10, 2008

DAAT De PASCA UNDI

PENGURUSAN DAAT MERAKAMKAN SEKALUNG TAHNIAH KEPADA WAKIL RAKYAT YANG BARU DILANTIK SEMOGA DAPAT MELAKSANAKAN SEGALA AMANAH YANG TELAH DIBERI OLEH RAKYAT. JAWATAN BUKAN SATU HAK DAN YANG TELAH DIBERI HAK PERLU MENUNAIKAN HAKNYA JIKA TIDAK HAKNYA ITU AKAN DITARIK BALIK OLEH RAKYAT PADA PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG DAN DIBERIKAN KEPADA YANG LEBIH BERHAK KETIKA ITU.

Jumaat, Mac 07, 2008

DAAT De NGUNDI

MR CEO - Ipoh Timur... first time ke baru cukup umur sepatutnya dah 3 kali tapi biasalah tak pernah pegi pun.... esok kali pertama itu pun kalu tak lewat bangun tidur al maklum dok kat tempat lain ngundi tempat lain

MR KOORDINATOR - Pergi makan kenduri petang baru ngundi esoknya pi memancing

MR PENASIHAT KEWANGAN - Kerusi Taiping, sama lusa pi memancing

MR PENASIHAT IT - gundi pos... Lembah Pantai kerusi panas...

GI ZAHARI - Bertugas ngundi di Ijok ngundi di Manjung berkejaranlah esok

GI NIZAM - Undi pos lah pulak... baik bertugas masyuukk sikit

GI LAN - Esok balik kampunglah ngundi... Lumut

GI CHOR - Dok rumah tengahari pi ngundi Sungai Siput...

Selasa, Mac 04, 2008

DAAT De TOK SAKAH

Kem Tok Sakah bukanlah satu tempat yang asing bagi semua agen-agen Daat bahkan tempat itu sudah seperti kampung halaman sendiri. Mr Koordinator sendiri sejak dari dahulu lagi sering membawa kroni dan bala tenteranya berkhemah di situ... dengan pemandangan yang indah di tepi pantai yang berhadapan dengan Pulau Pangkor.. di belakangnya hutan simpan Segari yang banyak menyimpan misteri sehingga berjaya mencuit hati penerbit Misteri Nusantara TV3 membuat liputan kemisterian tempat tersebut. Bagi agen Nizam dan agen Zahari pula tempat tersebut amat rapat dengan jiwa mereka kerana mereka pernah berkhidmat di kem tersebut sebagai jurulatih... lama sebelum menyertai DAAT lagi dan pernah terpampang kisah di Harian Metro pun kerana kedegilan peserta melanggar aturan dan akibatnya tidurlah mereka semalam di hutan tersebut. Agen Lan pula walaupun tidak pernah terlibat secara langsung terlibat dengan kem tersebut tetapi banyak kali juga bersama Mr Koordinator memerah keringat mengendalikan beberapa aktiviti di situ... beberapa tahun yang lalu. Mr CEO pula dalam merancang aktiviti perkhemahan yang dipinta oleh pelanggan-pelanggan DAAT sering tidak meninggalkan kem ini... sesuai untuk apa sahaja aktiviti cuma lalat-lalatnya saja yang jinak-jinak belaka!!!. Cuma agak malang agen Chor saja yang tak pernah ke kem ini tapi taklah menghairankan kerana beliau bukanlah menetap di daerah ini.

Seperti digamit kenangan silam akhirnya semua agen DAAT bertemu untuk merealisasikan satu impian oleh pelanggan kali pertama yang meminta kepakaran DAAT... ramai juga pesertanya melebihi 100 orang anak-anak seredin yang baru nak aqil baligh... masih banyak main, disiplin yang berterabur, degil, dan tahan maki... emmm... budak-budak sekarang.
Setelah mendapat penerangan ringkas dari Pegawai Bertanggungjawab iaitu Madam J agen DAAT telah menyusun strategi bagaimana hendak mengendali peserta kem yang ramai itu dengan kekuatan yang terhad sehingga berjaya mencapai sepenuhnya objektif dan matlamat kem ini dianjurkan....





Penyerahan peserta kepada Kem Komandan mampuslah koa orang...















Apahal tido dulu kumpul tenaga...















Cari remis nak bagi bebudak ni makan malam nie...




















"Kita letak bebudak tuu ke sini pastu kita balik tido nak...?"



















Tak larat nak jerit dah...
















Ikat jangan tak ikat...

















"Mana lah pegi bebudak nie..."
















"Cepat sikit ramai lagi yang tak lepas niee..."
















Jurulatih DAAT yang bersemangat
waja, wira dan persona...


Opppsss...