Khamis, November 30, 2006

PROJEK TERBARU DAAT

Projek terbaru ialah Majlis Konvokesyen LKTF diketuai oleh Encik Budiman Idris selaku Pegawai Projek. Projek ini bertempat di Silveritage Medan Gopeng pada 11 Disember 2006 bermula jam 2.00 petang. Semua yang berkaitan dan para jemputan dijemput hadir memeriahkan majlis ini. Ejen DAAT semua dijemput hadir.


Peserta lepasan LKTF boleh membuka kedai pelamin selepas dapat sijil (gambar hiasan)

Untuk makluman majlis ini di adakan khusus bagi menyampaikan sijil penyertaan dan penghargaan kepada peserta-peserta yang telah berjaya menamatkan kursus mereka di venue masing-masing. Antara kusus yang telah diadakan adalah seperti asas solekan, andaman, masak-memasak, baik pulih enjin, refleksiologi dan banyak lagi.

oleh Ejen DAAT 007