Khamis, November 30, 2006

Kuliah Minggu Ini ; Manusia Sebagai Khalifah

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH

1. APA TUJUAN MANUSIA DIJADIKAN

i. beribadat kepada Tuhan.
ii. Mengurus/ mentadbir bumi,

“ DAN KETIKA TUHAN MU BERKATA KEPADA MALAIKAT – SESUNGGUHNYA AKAN JADIKAN PEMIMPIN DI MUKA BUMI”

2. APA MAKSUD KHALIFAH

Pengertian mengikut perkataan/bahasa:

Khala yakhlifu khalfan – “ganti “

Khalifah – “Pengganti kepada Nabi mengatur urusan Umat Islam”

Amam – “hadapan”
Imam / Imamah – “pemimpin yang memimpin rakyat”


Pengertian mengikut Syarak
i. Al Mawardi – “ seorang pemimpin yang mengambil alih peranan Nabi dalam menjaga dan melindungi agama serta mengatur negara berlandaskan pada hukum agama Islam ( Al Quran dan Sunnah )
ii. Imamah – “kepimpinan ke atas umat manusia dalam mengatur sebuah negara berdasarkan hukum syara’ ”
iii. khalifah= laksanakan undang

Khalifah dimuka bumi – “Pengganti wakil kepada Tuhan untuk mentadbir dan mengurus bumi”

“Oleh itu manusia adalah pemimpin yang mengurus dan mentadbir bumi”

“maka setiap amalan dan tindakan manusia akan di nilai dan di pertanggungjawabkan”.

3. LATAR BELAKANG KEJADIAN ALAM
i. Tuhan telah jadikan alam terdiri dari bintang dan cakerawala
ii. Kejadian halus dari kalangan roh seperti malaikat, Iblis, Jin dll.
iii. Kejadian di bumi, gunung ganang, binatang dan kejadian laut
iv. Kemudian dijadikan manusia.
v. Kepimpinan di berikan kepada manusia selepas makhluk yanmg lain menolak.

4. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN DUNIA

i. pemimpin
ii. mengurus dan mengimarah bumi
iii. tinggal dan bercucuk tanam.
iv. Menggunakan hasil dibumi untuk diolah
v. Menjaga keharmonian bumi/alam sekitar.
vi. Mengurus kehidupan dibumi.
vii. Mengurus kehidupan sesama manusia

5. CIRI-CIRI DAN SIFAT-SIFAT PEMIMPIN / KHALIFAH
i. bijak/pintar
ii. berilmu
iii. tahu mengurus
iv. tegas
v. berhemah
vi. berjiwa besar
vii. diterima oleh rakyat
viii. sabar

6. TANGGUNGJAWAB KHALIFAH
i. memakmurkan bumi – bertani,
ii. menggunakan hasil bumi untuk kebaikan
iii. menjaga keamanan bumi
iv. mengurus kehidupan dan hubungan sesama manusia
v. membina budaya.

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH

Arahan kerja.

i. bahagikan kepada kumpulan


soalan 2/

i. apa tujuan manusia dijadikan
ii. apa maksud khalifah
iii. apa sifat pemimpin yang baik
iv. apa tanggungjawab pemimpin.

kerja berkumpulan

i. beri setiap kumpulan sehelai kertas dan satu kertas yang yang telah diramas-ramas
ii. arahan – “sila gunakan kertas kosong yang diberikan untuk mencatatkan sebarang tindakan yang anda dan kumpulan anda lakukan.
iii. Minta setiap kumpulan bentangkan hasil kerja.
iv. Pengajaran game ini –
a. manusia perlu bertindak. Kertas ibarat bumi yang perlu di oleh manusia.
b. Hasil yang diperolehi oleh satu bangsa dengan yang lain tidak sama – manusia yang bijak biasa nya akan lebih maju.
c. Permasaalahan dalam sesuatu kumpulan akan memberi kesan buruk atau bergerak lembab.
d. Kepimpinan yang baik akan menghasilkan kesan yang lebih baik.