Khamis, November 30, 2006

Doa Untuk Pemuda Bagi Pelbagai Majlis

Selawat pembukaan

Segala puji-pujian kami panjatkan kehadrat Allah s.w.t tuhan pencipta dan pemilik seluruh alam dan sekalian makhluk. Selawat kesejahteraan kami khususkan kepada kekasihMu dan kekasih kami, junjungan nabi Muhammad s.a.w, kerabat dan sahabat serta pengikut baginda hingga akhir zaman.

Ya Allah ya ghafur di ketika yang indah indah ini kami menadah tangan kepadaMu , memohon keampunanMu. Ampunilah dosa kami sama ada yang telah kami lakukan, yang sedang kami lakukan bahkan yang bakal kami lakukan. Sesungguhnya kami hambamu yang daif lagi hina sedangkan Kau tuhan maha mulia dan maha pengampun.

Ya dzaljalawalikram, hindrilah kami daripada kemurkaanMu, kemarahanMu dan kebencianMu. Sebaliknya kurniakanlah kami kerahmatanMu, kebajikanMu dan kesejahteraanMu.

Ya rab, jadikanlah majlis perasmian penutup hari ini sebagai perhimpunan yang engkau berkati. Hiasilah awalnya dengan rahmat, pertengahannya dengan kebajikan dan diakhiri dengan pengampunan dan kesempurnaan.

Ya wahidus samad, jadikanlah kami para belia/ dan di negeri ini sebagai rakan pembangunan yang turut menyumbang untuk kesejahteraan dan kestabilan Negara. Jadikan kami para pemimpin dan belia Negara ini sebagai generasi yang ampuh imannya. Tetap pendiriannya. Istiqamah ibadahnya. Khusyuk amalannya. Ikhlas bekerja. Suci niatnya, berilmu dalam perkataan dan perdebatan, beraqal dalam perbincangan, biijaksana dalam perancangan, taqwa dalam keputusan da tawakal dalam perlaksanaan. Kurniakan kami kelembutan hati, kemurnian akhlak, keluhuran budi serta kesantunan pekerti.

Ya hasibul jalil. Tuhan yang menghitung lagi berkuasa. Hitunglah segala penat jerih para pemipin kami dan para belia negeri ini yang terus berusah gigih membenarkan kalimahmu dengan perhitungan amalan kebajikan.

Ya mutakabir rul musawwir. Tuhan yang maha mulia dan pencipta kami memohon kepada mu agar engkau muliakan perhimounan kami ini dengan sebaik-baik kemuliaan. Hindarilah kebencianMu disebabkan sebilangan daripda kami yang jahil. Kurniakanlh mereka cahaya yangterang lagi benar.

Ya ghafarur rahim kami memohon keampunanmu. Ampunilah kami, ibu-ibu kami, bapa-bapa kami, guru-guru kami, para peimpin kami serta mereka yang beserta dengan kami.

Ya hafizul muqit, berikanlah ganjaranMu buat mereka yangtelah berpenat lelah mencurhkan tenaga, mengalirkan keringat, menghulurkan harta benda, pemikiran dan masa demi embina generasi belia yang mpu menerajui Negara kami kea rah keredhaanMu.

Kurniakanlah kepada kami kekuatan para belia yangtelah engkau redhai seperti ali bin Abi Thalib, Amar bin Yassir, muhamad Bin Fateh, tariq bin ziad fathiman az Zahra Dan mereka yang telah engkau kurniakan rahmat.

Penutup