Isnin, September 07, 2009

DAAT @ NUZUL AL QURAN

Salam Nuzul Quran... hari ini kebanyakkan negeri bercuti tetapi bagi kami di utara ini tetap bertugas seperti biasa... ketika memulakan perjalanan pagi ini aku membuka radio mendengar celoteh DJ dengan pemanggil-pemanggilnya tentang pengalaman mengaji Al Quran ketika kecil-kecil dahulu... aku juga mempunyai pengalaman sendiri... emm... aku berazam aku sendiri yang akan mengajar anak-anakku sendiri mengaji.... macam ayah mengajar aku dahulu...
Adik... anak ke dua aku harijadinya hari ini kerana dia dilahirkan ketika Nuzul Quran tahun lepas... nampaknya dia menyambut harijadinya dengan demam dan selsema... aku yang agak risau sebenarnya... dan klinik swasta menjadi pilihan kerana memikirkan senak perut nak berbaris di klinik kerajaan musim-musim wabak la nie...
Tugasan seperti biasa.... tiada tugasan yang mengejar dateline lagi bulan puasa ini membuatkan segalanya seperti lambat nak bergerak... tetapi bos seperti biasa... mesyuarat tanpa henti-henti... dan kami semua mengeluh, dan semalam bos buat meting lagi... bahagian kami yang paling last... rakan-rakanku semua dah mengosok-gosok jam tangan bila jam hampir ke 4.45 petang dan bos masih rancak berbincang... aku? sekadar sms kepada isteri di rumah... kalau lewat maknanya masih meting lah k... dan mengeluh panjang memikirkan jalan yang pasti sesak menghampiri jalan nak masuk ke kawasan perumahan aku juga... biasalah pasar ramadhan...
...beginilah di dalam bulan ramadhan ini... amal ibadat perlu ditingkatkan dan dalam pada itu aku terkenangkan pula Allahyarham Abang Mi Persatuan Rekreasi di negeri ini yang dikira masih cergas telah kembali ke rahmatullah minggu lepas... masih muda dan sentiasa aktif merencana pelbagai aktiviti... tetapi apabila ajal sudah tiba pasti tidak terlewat walau sesaat... kita bagaimana...? bersediakah kita...?.
Puasa sudah semakin bergerak melepasi separuh ramadhan... tingkatkan azam... solat tarawih jangan dilepaskan... tadarus al quran dipertingkatkan... emmm... aku mengingatkan diri aku juga sebenarnya... anda bagaimana pula...?