Rabu, November 14, 2007

DAPAT TEMUDUGA?

Menghadapi temuduga? Berita yang amat mengembirakan sesapa sahaja, waima binatang pun kalau dia boleh berfikir, tapi apabila masa semakin hampir perut mula memulas... kepala pening dan tiba-tiba stress boleh menyerang seseorang... kenapa ini berlaku? Mungkin persiapan yang kurang dari diri kita atau terlampau memberi harapan yang tinggi untuk berjaya dalam temuduga tersebut... ini ada sedikit tips sewaktu teman merayau-rayau dalam ruang cyber ini sebab teman pun nak diinterview minggu depan hahaha....
PERSIAPAN:

* dapatkan maklumat sebanyak yang mungkin tentang pihak yang memanggil. gunakan kemudahan internet (cybercafe, jika tidak di rumah)*
ambil tahu isu semasa dan politik (paling-paling minima pun isu dalam tempoh satu minggu). sumber paling baik ialah surat khabar
* sediakan semua keperluan seperti resume, sijil asal yang disusun mengikut turutan daripada terdahulu hingga yang terkini
* 2 keping gambar bersaiz passpot (sekurang-kurangnya)
* alatulis (sekurang-kurangnya sebatang pen)
* sediakan @ gosok baju yang ingin dipakai sehari sebelum hari temuduga. pakaian yang sebaiknya ialah baju kurung. tidak perlu ditambah dengan kot. jika mahu berkot, pakai baju yang potongannya seperti itu. pendek kata, baju 2 kerat (bukan 3)
* sebaik-baik waktu sampai di tempat mendaftar ialah 45 minit (15 minit untuk mendaftar, 30 minit untuk bersarapan pagi). sarapan pagi sangat penting untuk mengelakkan sakit kepala, kurang tenaga atau nampak tidak bersemangat
SEMASA SESI:
* masuk selepas mengetuk pintu
* beri salam @ selamat
* jangan hulurkan tangan untuk bersalam jika penemuduga tidak berhasrat begitu
* serahkan fail resume, sijil dan sebagainya kepada ahli (bukan pengerusi)
* duduk apabila disuruh atau minta kebenaran untuk duduk jika mereka hanya mendiamkan diri sahaja (kerana adanya kerusi di situ, memanglah tujuannya untuk diduduki)
* letakkan beg dan fail-fail lain di meja kecil yang disediakan di sebelah kerusi tersebut
* duduk dengan sopan dan tegakkan badan
* formalkan bahasa. contoh, jika ditanya siapakah perdana menteri kita? jangan jawab "Pak Lah"
* biarkan penemuduga yang mengakhiri sesi
* ucapkan terima kasih kerana diberi peluang menghadiri sesi itu

LAIN-LAIN:

* bahasa - bergantung pada jawatan yang dipohon (SPM - bahasa malaysia)

* seeloknya, jangan pegang pen, terlalu banyak menggerakkan tangan atau kerap mengulang perkataan yang sama

* tidak perlu terlalu mempraktikkan sesi menjawab soalan.

relaks...