Rabu, Februari 07, 2007

SUKAN PERAK KE 1V











Sukan Perak adalah merupakan sukan dwi tahunan yang berlangsung di negeri Perak sejak tahun 2001 lagi. Sukan ini yang sudah memasuki kali yang ke IV dijadualkan akan berlangsung di Bandaraya Ipoh buat sekian kalinya lagi. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Sukan Perak pada kali ini sepatutnya dihoskan oleh Daerah Larut Matang dan Selama namun disebabkan beberapa kemudahan seperti kompleks sukan yang belum mencapai tahap yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia menyebabkan kejohanan ini tetap berlangsung di bandaraya Ipoh.

Sesuatu yang menarik kejohanan kali ini akan turut menyediakan pingat dalam acara kenu dalam pelbagai kategori. Walaupun demikian, penetapan acara masih belum ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri Perak dan setiap acara itu akan dipertandingkan sekiranya terdapat enam daerah sekurang-kurangnya yang mengambil bahagian.


Bagi semua ejen-ejen DAAT yang berkepakaran di dalam sesuatu jenis sukan boleh menawarkan diri menjadi jurulatih, pengurus, atau teknikal bagi pasukan daerah masing-masing. Bagi yang berminat menjadi urusetia atau pegawai teknikal di peringkat negeri boleh menghubungi persatuan-persatuan negeri atau terus berhubung dengan Majlis Sukan Negeri Perak.
























































(Gambar hiasan dari
Karnival Sukan Vateran Kebangsaan
di Pulau Pinang)