Khamis, Februari 15, 2007

'PROKONTOL'

Dua orang pengurusan kanan DAAT iaiatu Mr Ceo DAN Mr Koordinator telah menghadiri Kursus Protokol, Etiket dan Ketrampilan Sosial di De Palma Hotel, berhampiran Ampang Point Selangor Darul Ehsan pada 11 hingga 14 Febuari 2007 yang baru tamat semalam. Kursus tersebut amat bererti sekali kepada DAAT kerana menurut mereka berdua banyak aspek Protokol yang perlu diambil perhatian sepanjang mengendalikan upacara rasmi termasuk yang dihadiri Oleh Yang Dipertuan Agung, Perdana Menteri dan lain-lain pembesar negara. Aspek yang dipertekankan adalah seperti berikut ;
1. Pemilihan pakaian, warna, kombinasi dan sebagainya
2. Cara makan di meja makan dengan amali sekali
3. Pengacaraan majlis dan stage manager
4. Susunan kerusi meja dan bendera
5. Penyambut tetamu dan laison
6. Pingat-pingat kebesaran negara
Penceramah yang hadir terdiri dari Pegawai-pegawai dari Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri, termasuk seorang penceramah bebas pesara INTAN yang telah menjadi consultan kepada beberapa agensi kerajaan dan swasta. Mungkin kalau ejen DAAT yang lain hendak memahami beberapa ciri protokol ini boleh mendapatkan penerangan serba sedikit dari Mr CEO atau Mr Koordinator.