Khamis, Oktober 09, 2008

DAAT @ Jamuan Raya

Kita masih di bulan syawal dan bermakna masih di bulan raya. Bermaafan dan kunjung-mengunjung dan sudah pasti jemputan ke rumah terbuka masih banyak undangan. Kadangkala tak terpergi kerana terlalu banyak dan kita boleh memilih mana yang hendak pergi. Mungkin ke rumah kawan rapat, sedara mara atau rakan tempat kerja. Dan kita akan dihidangkan dengan aneka jamuan yang berkonsepkan hari raya, lemang, nasi himpit, sate, aneka jenis mee dan kueh mueh.
Ada yang mengadakannya di rumah sendiri, hotel, dewan serbaguna atau lain-lain premis. Kita pun pergi dengan keluarga, kawan-kawan dan sedara mara. Berjumpa tuan rumah dan bersalaman, ...anak-anak dan adik-adik kecil gembira dapat duit raya lagi. Yang bekeluarga melayan sibongsu yang 'buas' berlari ke hulu ke hilir, dan yang bujang tersenyum kambing melihat gadis ayu yang masih cantik berbaju raya yang entah ke berapa pasang... dan kita pun makan, ketawa, makan, tambah air, dan makan lagi... lalu pulang ke rumah... dan esok masih ada jamuan di rumah terbuka si YB yang nak bertanding lagi dengarnya dalam pemilihan akan datang atau ke rumah bos yang baru renuvation ... dan dah tentu kena pergi !!!.
Kita pun berbincang dengan isteri, ibu bapa atau yang bujang dengan kawan-kawan hendak buat juga jamuan rumah terbuka cuti hujung minggu ini... menu dirancang... agak sederhana tapi meriah kerana budget dah semakin ciput... tempah canopy, susun kerusi meja dan hidangan pun siap. Kawan-kawan telefon dah nak sampai mintak siapkan kerusi VIP hahahaha... semua ketawa panjang, Pak Teh, Pak Ngah, Mak Usu dan kaum kerabat pun datang ada yang tersesat jalan, ada yang terus ke dapur, dan ada yang terus nak makan.. kita pun kalut melayan dan anak buah mintak duit raya lagi!!!
Selesai semuanya lalu semua pun pulang... dan kita pun gembira... dan tahun depan tahun depan mungkin buat lagi jamuan raya.... on TV... emmm letupan bommm 13 maut dan 36 parah dalam siri letupan bom di ohhh... berita luar negara... dan kita pun terlena kerana letih melayan dan pinggan mangkuk pun tak habis cuci lagi... dan tv terus ter 'On' dengan siri letupan yang lain pula...