Rabu, Februari 13, 2008

DAAT de TOUR

Kerajaan akan terus menganjurkan perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) jika ia dapat memberikan manfaat kepada sukan pelancongan tetapi juga kepada perkembangan sukan tersebut di peringkat akar umbi.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan mengambil alih penganjuran tersebut demi untuk menarik minat dan mengembangkan lagi sukan berbasikal di negara ini.

Menurut beliau, penganjuran Le Tour de Langkawi hanya semata-mata mencari keuntungan tidak memadai jika sukan berbasikal tidak dapat menarik minat di peringkat akar umbi.

‘‘Walaupun banyak pihak mengkritik penganjuran perlumbaan ini yang masuk tahun ke-13 tetapi bagi kementerian ia mempunyai kelebihan tertentu.
‘‘Sehubungan itu saya mahu Le Tour de Langkawi yang diuruskan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) membuktikan ia dapat merealisasikan hasrat kerajaan,’’ ujarnya.



Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan logo, imej, laman web dan pejabat urusetia Le Tour de Langkawi 2008 di Pusat Akuatik Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil, semalam.
Le Tour de Langkawi 2008 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 17 Februari tahun depan menampilkan penyertaan 25 pasukan.
Sejumlah 15 pasukan ProTour termasuk dari Eropah, Amerika Syarikat dan Asia akan menyertai perlumbaan edisi ke-13 ini.
Azalina juga turut menyarankan kepada MNCF untuk mengurangkan perbelanjaan pada edisi 2008 selepas tahun lalu kos yang dibelanjakan mencecah RM20 juta.
‘‘Ini adalah ujian penting untuk MNCF dan mereka harus menguruskannya dengan baik.
‘‘Peluang ini kerajaan berikan semata-mata ingin melihat sejauh mana kemampuan dan keupayaan persatuan menganjurkan perlumbaan berprestij dunia,’’ katanya