Isnin, Oktober 01, 2007

PATUT TAK KEBULUR...?

Human Development Report 1998 oleh PBB

$11bilion dibelanjakan untuk aiskrim di Eropah
$50bilion untuk rokok di Eropah
$35 bilion untuk hiburan di Jepun
$400 bilion untuk dadah di seluruh dunia

Charlotte Denny daripada Guardian melaporkan pd 22.8.2002, 2.8 bilion manusia di negara2 membangun membelanjakan wang kurang daripada $2 sehari bagi menyara hidup sedangkan lembu-lembu di Eropah mendapat subsidi bernilai $2.20 sehari untuk hidup.

Nampaknya jika duit yang ada diagihkan dengan betul di dunia ini tiadalah ribuan kanak-kanak tidak berdosa yang mati kebuluran setiap hari. Oleh itu janganlah kita membazir dalam kehidupan kita kerana jika kita mempunyai rezeki yang lebih, bantulah mereka yang kurang berupaya.

Semoga kita tidak digolongkan sebagai orang yang bersahabat dengan syaitan, iaitu orang yang suka membazir!

Renung-renungkan dan selamat beramal.