SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH
Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang
NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua.
Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.
KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS...
>>1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
>>2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
>>3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
>>4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
>>5. Ikhlas dalam beramal.
>>6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
>>7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
>>8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
>>9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
>>10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
>>11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
>>12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
>>13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
>>14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
>>15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
>>16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
>>17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.