Selasa, Januari 10, 2017

MESYUARAT AGUNG YANG MENYESAKKAN

Bagi pemegang jawatan utama dalam organisasi berdaftar, menghadapi mesyuarat agung adalah salah satu saat yang agak mengusarkan dan sangat mendebarkan. Tak kiralah organisasi itu berdaftar dengan ROS, ROY @ Pesuruhjaya Sukan. Apatah lagi jika anda seorang Setiausaha yang dipertanggungjawabkan dalam urusan pentadbiran persatuan. Nak sediakan minit mesyuarat agung, laporan aktiviti, maklum balas usul, menghantar notis mesyuarat kepada semua ahli, mengendalikan majlis perasmian. Itu belum lagi ketika hari mesyuarat nak membuka kaunter pendaftaran dan sudah pastinya juga menyediakan sedikit jamuan. bihun dengan teh kosong adalah pilihan yang popular, tetapi jika organisasi anda lebih besar maka lebih besar belanja mesyuaratnya.

Bagi Bendahari pula lebih teruk nak sediakan penyata kewangan yang detail dan penuh teliti. Kadang-kadang pening berhari-hari mengadap resit dan baucar. Selepas tu nak mengadap Juru Audit dalaman sebagai salah satu prosedur biasa menghadapi mesyuarat agung. Kadang-kadang nilai 5 sen sangat menggangu minda Bendahari.

Pengerusi pula yang bersedia untuk melepasakan jawatan kerana faktor umur, peribadi atau kesihatan selalunya jarang stress, kerana mereka telah memegang tampuk kuasa selama ini tetapi masalah besar akan berlaku jika ada pertandingan dan mewujudkan kem. Kalau persatuan peringkat kampung jarang berlaku isu cantas mencantas dan yang lebih teruk lagi menggunakan kuasa wang, tetapi sangat kritikal bagi organisasi yang mempunyai kepentingan strategik dan boleh menjana keuntungan peribadi kepada pemegang jawatannya.

Walau apa pun mesyuarat agung terpaksa dilaksanakan, kerana inilah kerajaan mengawal selia setiap pertubuhan dengan akta dan undang-undang membezakan antara organisasi haram atau sebuah kongsi gelap.

Bagi penulis yang saban tahun menghadapi mesyuarat agung pelbagai kisah suka duka pernah dilalui bagi menjayakan satu mesyuarat agung, peringkat organisasi kampung, negeri dan daerah.
Alasan sempit masalah peribadi memang tak terpakai langsung ketika itu, penulis sendiri menghadapinya dengan tarikh kelahiran anak yang 5 hampir dengan tarikh mesyuarat agung, namun persediaan awal menghadapinya dan sedikit pengalaman banyak membantu.



menunaikan tanggungjawab sosial mengundi Jawatankuasa baru.