Saya melayu... anda juga mungkin melayu... atau kangkawan anda melayu... pasangan anda melayu... jiran anda, pak cik goreng pisang di kawasan perumahan anda melayu, driver bas sekolah anak anda melayu... dan Perdana Menteri kita juga melayu... sultan dan Raja kita sudah pastilah melayu. Bangsa utama di Malaysia adalah melayu... dan melayu mesti beragama islam ... Islam dan melayu amat sinonim... amat janggal jika kita dengar melayu bukan beragama islam... kecuali anda berada di Indonesia mungkin ada melayu beragama Kristian atau Hindu...
Kini melayu hidup aman damai dengan lain-lain bangsa Cina, India, Sing, Serani, Kedazan, Iban, Bidayuh, Orang asli dan pelbagai suku kaum yang lain. Dalam melayu ada pelbagai lagi suku kaum dan semangat kenegerian yang mempelbagaikan melayu itu sendiri. Kaum banjar tak sama dengan kaum jawa, rawa, minangkabau, batu bara, pane dan bugis. Orang Kelantan berbeza loghat dengan orang kedah. Orang melayu di Parit Buntar berbeza dengan orang melayu Pengkalan Hulu... tak percaya pergilah ke tempat tersebut.
Ramai orang menyangka orang Kelantan amat payah nak berkawan rapat dengan melayu negeri lain... sebenarnya dalam pemerhatian aku bukan salah orang kelantan.. mereka bukan bersemangat kenegerian sangat... sebenarnya mereka susah nak bercakap dengan melayu negeri lain... lawak mereka tak difahami dan kadangkala mereka tergagap-gagap tapi sesama Kelantanis mereka amat mudah mesra walau baru berkenalan... buktinya? tak perlu... masa bujang dahulu aku duduk serumah dengan dua orang kelantanis dan adik ipar aku juga berasal dari sana.
Namun kelebihan aku bila duduk di utara ini.. aku mempunyai pelbagai kelebihan berbahasa melayu mengikut loghat... duduk di sebelah Kodiang nie mana nak sama bercakap dengan orang Muar di Johor, atau Gong Badak di Terengganu atau Pasir Mas di Kelantan...
Untuk mudah mengkaji melayu tak perlu susah-susah ke Perpustakaan Negara atau berjumpa Profesor Kajian Melayu di Universiti cukup hanya dengan menonton filem P. Ramlee (kecuali anda sedang buat tesis PhD kenalah pegi sana). P. Ramlee seorang insan melayu yang dalam karyanya menyentuh hampir keseluruhan budaya, sikap dan perangai bangsa melayu... hampir tepat!!! Jika nak tengok melayu berbini lebih dari satu tontonlah Madu tiga, Melayu yang jadi askar Sarjan Hassan, melayu pengamal ilmu hitam.. Sumpah Orang Minyak... melayu peniaga... Tiga Abdul... kaum bangsawan... Antara Dua Darjat, melayu merapu tengok Bujang Lapok atau Doremi , melayu kuli... Labu labi, melayu kaya... Penarik Beca, melayu dan keluarga Ibu Mertuaku... melayu jati... Semerah Padi... sampai masa kecik-kecik dulu aku menyangka P Ramlee itulah sebenarnya Hang Tuah hehehe...
Namun kini melayu gila berpolitik sampai naik jemu tengok dalam surat khabar atau berita... bergaduh tentang nak guna bahasa apa untuk pengajaran Matematik atau Sains di sekolah... dan bangsa lain pun pelik kenapa melayu dah jadi begini... tapi aku masih melayu yang sedang memerhati kaumnya sendiri... dan mungkin anda juga begitu...