Selasa, Disember 30, 2008

DAAT@Al Asr

Tahun baru Hijrah baru bermula dan tahun masehi hampir berakhir... begitulah masa begitu laju meninggalkan kita... sebenarnya tidak !!! masa tetap sama.... masih 24 jam... masih seminggu 7 hari... dan masih sama tidak ada apa yang berubah, namun mengapa kita rasakan ia begitu cepat benar...? mungkin perasaan kita sahaja atau tuntutan kehidupan seharian menjadikan ia begitu... Mari kita renungi firman tuhan dalam Al Asr " Demi masa. Sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian...".

Dalam kecanggihan kita pada hari ini, kebanyakkan lampu isyarat utama di bandar besar mempunyai sistem kiraan sebelum bertukar dari lampu merah ke lampu hijau... itulah inovasi yang kita boleh fikirkan bagaimana kita hanya membuang masa melihat angka-angka semikin mengecil sebelum memecut semula. Dalam tempoh itu apa lagi yang boleh dibuat selain melihat sahaja angka-angka itu berubah... memerhati orang sekeliling yang semacam kita juga... dengan 1001 urusan masaing-masing.

Apabila orang di hadapan lambat maka maki hamun akan terpancul di benak atau lebih teruk di mulut masing-masing. Hendak menelefon mungkin tak berapa sempat atau hanya menghantar sms mungkin... Apabila lampu hijau kita terus berlalu tanpa berfikir kita membuang masa berapa lama jika dikira sepanjang hayat menunggu lampu bertukar hijau di 'traffic light' ...itu pun kalau kita bukan pemandu bas atau membawa lori tangki minyak... kalau tak berapa lama lagilah kita hanya mengira angka-angka berwarna merah...