Hari semalam yang penuh ketegangan akibat beberapa konflik yang berlaku telah menyebabkan Mr Koordinator terpaksa memanggil persidangan tergempar yang disertai oleh Mr Nizam di sebuah kedai roti canai terkemuka di tepi jalan penginapan Mr Nizam. Hidangan roti sardin dan kopi Radix yang terhidang menyebabkan perut masing-masing kekeyangan. Akibat perbincangan tersebut melepasi waktu maghrib menyebabkan Mr Koordinator telah bergegas balik untuk mengikuti Buletin Utama pula yang di jangka menarik dengan perkhabaran calon-calon YB di sesetengah negeri. Dalam keasyikkan menonton tersebut satu panggilan telah diterima dari Mr CEO yang dalam perjalanan ke daerah operasi DAAT. Mr Koordinator yang meminta isterinya menghidangkan milo o dan roti kering telah ditolak mentah-mentah oleh Mr CEO yang kebulur belum makan. Akhirnya Restoran Mapple Era menjadi destinasi persinggahan untuk memenuhi tuntutan perut dan akibatnya hidangan malam semalam dipenuhi dengan daging kambing, telur dadar dan pelbagai hidangan sampingan yang lain.
Seperti biasa kedatangan Mr CEO mesti dipenuhi dengan pelbagai strategi perniagaan dan semalam dua orang tokoh terkemuka korporat telah menemui dan membentang strategi perniagaan masing-masing, satu dalam bidang telekomunikasi dan satu lagi dalam bidang kejuruteraan. Mr CEO yang ditemani adiknya seorang tokoh terkemuka di 'Gerbang Malam' Bandaraya Bourgunvilla telah menunjukkan minat yang amat mendalam dan memungkinkan pelaburan yang dijangka akan mencecah jutaan ringgit. Setelah berbincang panjang lebar Mr CEO telah mengopakkan dirinya dengan bersetuju untuk membayar semua bil jamuan malam tersebut dan Mr Koordinator pulang dengan kekeyangan sehingga ke pagi.....