Bersama peneman setia
Selasa, Januari 03, 2017
TAHUN BARU DATANG LAGI
Tahun Baru datang lagi ! Saban tahun masa berlalu sangat pantas, sepantas kilat, dahulu rasanya sangat lama sungguh nak habiskan tempoh masa setahun kini tidak lagi, adakah kerana masa berubah. Tidak ! masa masih sama 24 jam tetapi dunia kini berputar sangat pantas dalam tempoh 24 jam yang lambat akan terus ketinggalan, Dunia hari ini bukan lagi milik orang yang rajin menunggu, jika dahulu menunggu bas adalah trend.Di mana-mana orang akan menunggu bas, kini pengangkutan pelbagai cara. Dibandar besar perkhidmatan awam pelbagai, 10 minit adalah waktu menanti yang sangat berpatutan lebihnya orang akan gelisah. Menanti cara dulu hanya melihat kenderaan yang lalu lalang sehinggakan ada hobi membilang tayar lori, kini tidak lagi. Semua ada telefon bimbit di tangam, banyak benda yang dikongsi atau sekadar membelek apa-apa sahaja di WTF (whattsup, twitter, Facebook) 10 minit pun tiba dan kita akan melangkah masuk, kita tidak lagi perasan sapa di sebelah kita, manusia semakin peramah di alam maya tetapi bukan du dunia realiti. Tapi inilah Tahun baru yang kita hadapi sekarang. Selamat Datang ke dunia yang semakin laju...