Bagi penggiat masyarakat atau pekerja masyarakat totok kehadiran Hari Kebangsaan pada tanggal 31 Ogos setiap tahun adalah detik yang amat ditunggu. Keterujaan seorang pengiat masyarakat tak mampu difahami oleh ramai orang yang lebih suka bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan pada hari cuti. Bermula dengan ambang merdeka dan selalunya ditutup pada 16 September hari Malaysia. Pelbagai warna-warni sambutan dilaksana di serata tempat, baik di tengah bandaraya atau sejauh di hujung desa. Apa sahaja aktiviti dan program yang dilaksana menjurus pada membakar semangat patriotik ! Orang ramai selalunya akan berkumpul beramai-ramai di apa juga program yang dilaksana, tahun ini nampaknya amat meriah, penulis sendiri sangat kalut sehari pada tanggal 31 ogos 2016 ini. Akhirnya Selamat Hari Kebangsaan ke 59 ! Penulis rakamkan sambutan pada tahun ini buat tatapan pembaca.
Malam Salam Puisi Belia Merdeka, penampilan istimewa Dato' Nash dengan lagu hitnya
TIADA LAGI KIDUNGMU
Juri Deklamasi Puisi Patriotik
YB Dato' Pak Tam berbual dengan Dato' Nash,
yang sebelah tu Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, En Ismail
Kawalan kehormatan utama perbarisan di Dataran Masjid Zahir
Pejuang negara dan keluarga
Kak Cik dan Abang Cik yang teruja
Bersama rakan baru pelancong dari Turki
YB Pak Tam dan puisinya BUMI PUSAKA
rakan-rakan merdeka
Siso otai lagu puitis
Pengunjung di Dataran Menara Aloq Staq
Pelepasan Kayuhan Merdeka