Ketika ini dua peristiwa penting sedang berlangsung dalam dunia pekerja belia, pertamanya mesyuarat agung Majlis Belia Malaysia dan keduanya Program Pemimpin Belia Berkaliber yang wajib disertai oleh semua pimpinan Persatuan Belia Belia di semua peringkat. Siapakah pekerja belia?. Pekerja Belia adalah seseorang individu yang terlibat dengan kerja-kerja kebeliaan, termasuk dalam golongan ini ialah Pegawai Belia dan Sukan dari Gred S17 sehingga JUSA B. Golongan kedua ialah semua yang terlibat dengan Persatuan Belia dari ahli biasa sehinggalah Presiden Majlis Belia Malaysia. Beza antara keduanya ialah Pegawai Belia dan Sukan adalah pegawai kerajaan manakala manakala ahli persatuan belia ialah mereka pekerja sukarela yang tidak dibayar gaji dan bergerak atas nama NGO. Mereka juga mungkin pegawai kerajaan, guru, usahawan, pekebun, nelayan, pekerja sektor swasta, bekerja sendiri, pelajar atau mungkin penggangur. Hanya Pegawai Belia dan Sukan sahaja yang tidak boleh memegang jawatan dalam persatuan belia, ini kerana ia melibatkan implikasi kewangan, intergriti dan kepercayaan.
Keduanya saling melengkapi walaupun sesekali ada konflik timbul, tetapi itu mungkin kes-kes terpencil yang melibatkan personaliti dan bukannya dasar. Dalam memajukan pembangunan belia sewajarnya kedua pihak ini saling bekerjasama dan meninggalkan masalah remeh-temeh yang mungkin boleh diselesaikan dengan saling mengerti antara satu sama lain... namun demikian, adakalanya permaslahan yang wujud di antara kedua pihak ini berlanjutan sehingga melibatkan campurtangan dan tekanan dari 'orang-orang politik'... apabila ini terjadi yang rugi adalah golongan belia setempat... mereka mungkin agak terkeliru atau mungkin juga berpuak-puak...
Kini apabila Akta Belia dikuatkuasakan nampaknya golongan belia sendiri yang memimpin persatuan mereka, mungkin dari segi pengalaman, sumber kewangan dan kemahiran berkomunikasi mereka agak lemah tetapi dengan usaha berterusan yang dijalankan oleh pihak kerajaan terutama melalui Program Pemimpin Belia Berkaliber pada tahun ini dapat melahirkan sesuatu yang memberi kesan pada masa akan datang... sama-samalah kita tunggu...