Kehidupan manusia sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa dan persekitaran. Setiap perubahan yang berlaku ini akan melahirkan suatu pemikiran baru dalam masyarakat global. Ini kerana perubahan-perubahan dalam segala sudut kehidupan itu akan mencorakkan idea dan pendekatan baru. Ia mungkin akan kekal dalam tempoh tertentu atau berubah kepada yang baru dengan cepatnya. Dan ini bolehlah kita anggap sebagai satu trend.Bagi lelaki, perjalanan hidup mendewasakan dan membuatkan mereka berfikir lebih baik. Pada masa yang sama, segala keindahan yang ada dalam hidup dinikmati sesungguhnya. Bagi sesetengah lelaki, mereka menjalani kehidupan berdasarkan perubahan trend gaya hidup semasa, dan setiap trend gaya hidup yang muncul itu telah menempatkannya pada suatu tahap.Trend lelaki Metroseksual misalnya, membawa perubahan gaya hidup kepada sebilangan lelaki. Perubahan itu boleh kita lihat dari aspek penjagaan diri dan penampilan. Lelaki secara zahirnya dilihat kasar dan tidak mementingkan kesempurnaan penampilan, berubah kepada sikap lebih prihatin/peka terhadap penjagaan diri. Malah, mereka tidak keberatan berbelanja untuk memenuhi keperluan ini agar mendapat lebih perhatian.Tidak lama kemudian muncul pula trend Uberseksual, yang sebelumnya begitu asing tetapi akhirnya diterima sebagai simbol gaya hidup baru yang dilalui sesetengah kaum lelaki. Trend ini melihatkan betapa lelaki mementingkan kualiti diri walaupun penampilan fizikalnya tidak menjadi ukuran utama. Lelaki Uberseksual dilihat sebagai seseorang yang mempunyai rasa percaya diri yang kuat, dinamik, maskulin, cergas, menarik dan bergaya serta memiliki komitmen untuk melakukan perkara yang berkualiti.Trend lelaki Metroseksual dan Uberseksual telah berlalu. Namun, masih ramai lelaki yang menjadi pengikut setia gaya hidup itu, biarpun perubahan gaya hidup semasa yang pelbagai membawa kepada pembentukan trend baru. Kini muncul trend terbaru yang menjelaskan gaya hidup generasi baru di kota hari ini yang dikenali sebagai generasi lelaki "Freethinker" atau bebas berfikir (Awas! bukan ‘berfikiran bebas’, iaitu freethinker yang sinonim dengan tidak mempercayai sebarang agama).Melihat kepada tajuk utama artikel ini, apa yang menjadi persoalan di dalam benak fikiran anda? Adakah anda memikirkan ia ada kaitannya dengan soal keagamaan?