Selasa, Disember 26, 2006

OPS... CIKGU SYARIFAH

Orangnya taklah secantik mana pun, tapi suaranya memang menggetarkan... bak buluh perindu, macam Siti Nurhaliza atau segemersik tiupan seruling Mohram, tak hairanlah dia dijemput sebagai Juruacara pada Program Merakyatkan Seni di Hutan Rekreasi Kuala Woh hujung minggu lepas. Suara lantangnya kadangkala memecahkan kesunyian hutan yang disulam desiran angin dan deruan air terjun.
Ejen-ejen pengurusan kanan DAAT Mr Budi dan Ejen Rem yang sedang berpanas dan berpeluh melaksana sukaneka alias sukan tradisional untuk program tersebut. Ejen Chor hanya sempat datang pada hari sabtu sahaja kerana telah terpaksa bertugas di Tasik Raban sebagai jurulatih kayak. Ejen Lan juga tak sempat dijemput kerana masa yang semakin menekan... akhirnya ejen Rem terpaksa meminta bantuan ejen 007 yang sudah lama terlatih tetapi belum begitu digilap, mungkin kerana dia orang merantau... Ady namanya. Kini bertugas di Rawang ... bandar Country Homes... kebetulan dia balik kampung minggu tersebut... cuti yang panjang.
Mr Budi pula telah membawa seorang cicak man yang dah lama mengendeng untuk menyertai DAAT, tapi pengurusan kanan DAAT menolaknya kerana masih bawah umur sangat, tapi pepatah mengatakan kalau tak dapat gading bertuah, tanduk di hutan pun jadilah..., akhirnya dengan confidentnya beberapa acara telah dirancang pada minggu tersebut.
Acara paling glamour haritu pastinya Pertandingan Tarik Tali... antara lapan pasukan dan finalnya Jabatan Hutan 'B' menjadi Johan dengan mengalahkan Jabatan Hutan 'A'. Pasukan Wah Pos dari perkampungan orang asli Kuala Woh telah mendapat tempat ketiga.
Pernah dengar pertandingan tenteng lawi... Cikgu Syarifah dan group dari PEWARIS Negeri Perak yang menguruskannya sekali dengan acara galah panjang. Acara paling top juga hari itu ialah Boling kelapa... Ady yang uruskan kelapa ... katanya kelapa tua 10 biji siap buang sabut. Wakaka... Ejen Chor pecah perut haritu!
Untuk wanita acara khas ialah mengisi air dalam botol... dan Cik Nurul kebetulan berkhelah bersama keluarga pada hari tu telah menang.
Jam 5.00 petang, 24 Disember... Cikgu Syarifah lagi jeng!jeng!jeng!... Amuk!amuk!. Keturunan Panglima rupanya dia. Apa kisahnya...? Tunggu.....