Ahad, Disember 10, 2006

PROJEK EVEREST 2007


Mr Fahmi yang digelar 'Orang Gunung Sejati'




Sebagaimana sedia maklum, gunung Everest telah pun berjaya ditakluki oleh 2 orang anak melayu iaitu Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan Ahmad Reduan Rozali pada 2004 yang lalu. Ekoran daripada kejayaan itu, kami bekas AJK dan pendaki sokongan Demi Negara Ke Everest 2004 telah menubuhkan Persatuan Kembara Negara (NAA) berhasrat untuk mengikuti jejak langkah yang sama untuk mendaki puncak yang tertinggi di dunia itu pada April hingga Jun 2007.




Gunung ... perjalanan penuh ranjau...

Hasrat untuk mendaki gunung Everest ini adalah kerana ianya merupakan gunung yang tertinggi di dunia. Cabaran dan halangan untuk mendaki gunung Everest ini tidak perlu dipertikaikan lagi berikutan dengan suhu yang mencecah 30º C hingga 60º C di bawah paras beku, ruang udara yang nipis dan pelbagai cabaran lain telah menjadikan gunung ini merupakan idaman para pendaki untuk menaklukinya.
Selaras dengan motto “Malaysia Boleh” dan semangat “Harimau Malaya” adalah diharapkan dengan penganjuran ekspedisi ini akan melahirkan lebih ramai remaja dan juga belia yang lebih aktif dalam bidang sukan dan juga rekreasi di peringkat antarabangsa untuk merealisasikan kecemerlangan Malaysia dalam apa jua bidang selaras dengan hasrat pihak kerajaan sendiri yang kini begitu serius dalam melahirkan remaja dan juga belia yang berbakat dalam bidang sukan di samping mengamalkan budaya bersukan secara keseluruhannya
.


Makan di tengah belantara antara nikmat pendakian....






Sumber : Persatuan Kembara Malaysia