Selasa, Julai 17, 2007

MARI MAI SIAM

DI KALANGAN pengembara barat, Thailand dikenali dengan jolokan Krung Thep atau Kota Malaikat. Mungkin ada sesuatu yang harmoni mengenai kota ini apabila menyaksikan pemandangan sebahagian besar Bangkok disimbah cahaya matahari pada lewat petang.Tetapi di satu bahagian lagi, tersembunyi godaan sebenar Bangkok dengan deretan pelbagai jenis premis gelap di daerah merah, Patpong dan ‘plaza hiburan’ di sekitar Sukhumvit.Di celahnya, terletak pasar malam dekat Lumphini, Phatunam dan Chatuchak dengan 1,001 barangan yang terkini dan antik.Ibu negara Thailand ini diasaskan di sepanjang Sungai Chao Phraya oleh Raja Rama 1 pada 1782.

Hari ini, ia menjadi rumah kepada 13 juta penduduk yang tinggal di celah bangunan pencakar langit dan lebih 400 kuil, ada antaranya dibina di atas tanah tebus guna sawah padi atau kawasan paya.Kontra dengan imej antarabangsanya sebagai pusat perdagangan seks, kebanyakan rakyat Thailand masih bersikap konservatif, ‘manis-manis’ dan amat murah dengan senyuman.


Berikut 10 perkara yang perlu anda lakukan jika berkunjung ke Bangkok


1. JEJAKI WARISAN DIRAJARaja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej kini bersemayam di Istana Chitrlada Rohaton. Tetapi sebelum 1901, raja terdahulu menginap di Grand Palace. Istana ini menggabungkan seni bina Thai dan ‘Art Beaux’ abad ke-19. Kuil Buddha Zamrud di halaman istana memiliki galeri dengan 178 lukisan menceritakan riwayat klasik India, epik Ramayana mengikut versi Thai.


2. SUSURI NADI KEHIDUPAN BANGKOKAnda boleh melihat kehidupan perkampungan di beberapa klong (terusan) yang bersambung dengan Sungai Choa Phrya. Labuhkan sauh untuk makan malam romantis sambil menikmati udara malam kota. The Bangkok Noi Canal, umpamanya menyediakan ‘boat cruise’ menjelajahi rumah kayu lama dan kuil.


3. BERBELANJA SAKAN Memetik kata-kata penulis Amerika, Joe Cummings yang sudah 20 tahun bermastautin di sini: “Pasar minggu Chathchak adalah ibu kepada semua bazar di Asia.” Ada benar katanya. Lebih 10,000 kedai di atas tapak seluas 12.5 hektar yang sentiasa dipenuhi pengunjung yang memburu pelbagai barangan. Dari makanan, fabrik, perabot, lukisan sehingga buku terpakai.


4. SINGGAH DI LORONG BACKPACKERPengembara backpacker yang datang dari seluruh dunia menukar kawasan dipenuhi asrama bajet dan warung makan di Khao San menjadi lokasi paling hip di Bangkok. Menjadi tempat bersantai malam minggu oleh remaja Thai. DJ tempatan memutar lagu ‘trance’ di ‘The Club’, sementara golongan ‘expat’ bertumpu ke kelab blues dan R&B ‘Ad Here the 13th.’


5. JELAJAHI SENI SIAMWalaupun namanya tidak kedengaran tradisional, Joe Louis Theater adalah syarikat tunggal di Bangkok yang meneruskan amalan persembahan ‘hun lakorn lek’, patung puppet tradisional yang berusia lebih 100 tahun. Syarikat berusia 22 tahun itu menampilkan puppet setinggi 3 kaki yang dikendalikan pemain yang berpakaian gelap.


6. MAKAN MALAM DI PASAR TERAPUNGPasar Terapung Amphawa, 60 km di barat daya Bangkok, mungkin kurang dikenali berbanding Damnoen Saduak, tetapi menjanjikan pengamalan lebih menarik. Pasar ini dibuka dari 4 petang hingga 8 malam, pastikan anda mencuba paa-thong-koh (donat China) atau aw suan (omelet tiram) dari penjual yang memasak dari dapur di atas perahu.


7. HIDUPAN LAUT DI BUTIK FESYEN TERNAMAKuda laut dan sotong gergasi dipamerkan di celah deretan butik mewah di Siam Paragon, kompleks beli-belah terkini dan paling hip. Siam Ocean World (www.siamoceanworld.co.th) mempamerkan 30,000 hidupan laut yang boleh disaksikan menerusi terowong bawah tanah. Keluar dari akuarium gergasi ini, teruskan aktiviti dengan ‘window shopping.’



8. WARISAN SEJARAH NEGARAMuzium Kebangsaan Bangkok menjadi tuan rumah kepada manifestasi kebudayaan dan jati diri negara dengan mitos gajah putih ini. Paling mencuri perhatian adalah koleksi emas, lukisan, ibu mutiara, alat muzik klasik, ukiran kayu, tekstil, seramik, perabot, senjata lama, bot diraja dan fosil batuan.


9. SAKSIKAN KEGEMILANGAN ISTANABot ekspres dari ‘pier’ Phra Athit menuju ke Terusan Bangkok Noi yang menempatkan Muzium Perahu Diraja Kebangsaan. Saksikan sendiri perahu digunakan untuk majlis rasmi termasuk upacara pertabalan. Perahu terbesar di sini dihiasi dengan ukiran unik pelbagai motif dan digerakkan dengan kudrat 50 pengayuh dewasa.




10. BERSANTAI DI WATRumah kepada ratusan patung Buddha, Wat Po juga menjadi sekolah perubatan dan urut. Di luarnya, tukang tilik nasib menanti di sepanjang jalan menjadi tumpuan kepada pelancong. Boleh cuba untuk suka-suka. Tetapi jangan sesekali percaya.
APA ANDA PERLU TAHU MENGENAI THAILAND

1. Jangan terkejut jika aktiviti di Pasar Chatucak tiba-tiba sunyi sepi ketika lagu kebangsaan mereka dimainkan ketika pasar hendak ditutup. Lagu sama turut diperdengarkan sebelum tayangan filem di panggung wayang. Warga Thai sangat mengagungkan raja mereka.


2. Pilih teksi daripada tuk tuk sekiranya bergerak dalam kumpulan yang besar. Ini kerana tuk tuk hanya boleh membawa tiga penumpang. Kebanyakan warga Thai tidak boleh membaca Bahasa Inggeris, tetapi boleh memahami dan bertutur dalam bahasa berkenaan. Cara terbaik, bawa peta dan hafal nama-nama mercu tanda untuk ke satu-satu tempat untuk mengelak ditipu.


3. Simpan wang untuk membeli-belah di Chatuchak kerana harga di sini jauh lebih murah berbanding pasar malam lain di tengah kota. Bagaimanapun, pekedai di Chatuchak paling mesra pelancong berbanding di Phatunam yang lebih menumpukan kepada pemborong pakaian. Jangan sesuka hatimenawar tetapi tidak membeli di pasar malam di sekitar Silom dan Pat Pong.

SEMANGAT IKAN LUMBA-LUMBA

Berlari merentas hutan sejauh dua kilometer (km), berkayak menentang arus dalam ribut, menyeberang titian tali dalam gerimis, sebelum menahan gayat untuk melakukan terjun bebas dari pelantar kapal dari ketinggian empat meter.


Bunyinya seperti babak dalam filem aksi Hollywood. Tetapi itulah cabaran paling “trill” dan memenatkan yang perlu dihadapi penulis bagi menamatkan dua “check point” pertama Wilderness Langkawi Challenge 2007 (WLC07), di Pulau Tuba, Langkawi baru-baru ini.Semuanya berlaku secara kebetulan. Menggantikan rakan yang mempunyai tugasan lain, penulis ‘dipaksa’ berpasangan dengan wartawan Malay Mail, Musliza Mustafa menyertai acara tahunan ini atas tiket ‘bidan terjun’.Dua kategori yang menguji fizikal dan mental peserta - ‘Slow & Steady’ dan ‘Fast & Furious’.




Pada edisi ini, penganjur, Wilderness Centre Sdn Bhd mewujudkan kategori khas di bawah “Slow & Steady” khusus untuk wakil media.Cabaran kategori ‘Slow & Steady’ bermula dengan larian, berkayak dan berenang sebelum kembali berlari sejauh 1.5 kilometer ke garis penamat.Untuk ‘Fast & Furious’, peserta boleh ke mana-mana destinasi ‘check point’ dengan berbekalkan peta lokasi dan petunjuk arah kompas sebagai rujukan. Setiap laluan dan ‘check point’ memberikan mata berbeza.




Cabarannya ialah peserta perlu bijak menyusun strategi, memilih cabaran dan laluan yang betul untuk mengumpulkan mata tertinggi bagi memastikan kemenangan selain faktor masa.Seperti kategori ‘Slow & Steady’, peserta kategori ‘Fast & Furious’ juga perlu melakukan pelbagai rutin seperti berlari, mendaki, berkayak dan merentasi hutan.Bezanya, cabaran mereka lebih getir apabila perlu berbasikal di kawasan berbukit-bukau hingga ke puncak tertinggi pada kedudukan 256 meter dari paras laut jika mahu mengutip lebih banyak mata.Keseluruhan jarak perlumbaan ekstrim Fast & Furious sejauh lebih 35 km. Bayangkan, stamina yang perlu mereka lalui berbanding peserta amatur dalam kategori kami sertai.Ketika badan masih letih akibat mengejar ‘deadline’ sebelum bergegas ke lapangan terbang, saya gagahkan diri untuk menyertai cabaran ini.




Bermula dengan larian sejauh dua kilometer menuju ‘check point’ pertama, kami mula berkayak melawan arus ombak dari pantai menuju kapal untuk ‘check point’ kedua yang berada empat km di tengah laut.Tidak sempat berehat, ujian menaiki titian tali sepanjang 50 meter dalam keadaan hujan renyai perlu dilalui.Sekali lagi keberanian kami diuji apabila diarah terjun ke laut dari pelantar setinggi 20 kaki. Cara terbaik, kami menjerit sekuat-kuatnya ketika terjun dari hujung pelantar yang lazimnya digunakan dalam sukan terjun bebas. Rasa gayat bertukar cemas apabila kembali timbul di permukaan air. Tugas berikutnya - kembali ke kenu dan berkayak menuju ke arah tanjung pantai. Dalam hujan diselang-seli guruh, kudrat seakan habis dikerah sepanjang perjalanan lima kilometer itu. Cuaca buruk menyukarkan lagi perjalanan.Hujan di tengah perjalanan.




Ombak pula semakin bergelora membuatkan sukar untuk mengawal kenu. Ada ketika, beberapa kenu kumpulan lain nyaris bertembung. Mengintai ke belakang, masih ada dua kumpulan ketinggalan.Percaya atau tidak, di tengah kekalutan ini sekumpulan ikan lumba-lumba mengiringi perlumbaan kenu kami. Kumpulan ikan seolah-olah meniup semangat kami yang mula luntur. Mahu atau tidak, kami perlu sampai ke pantai.Sampai ke ‘check point’ ketiga, kami perlu mencari kelapa tua sebelum menyelesaikan teka-teki untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Laluan denai berliku menjadi halangan seterusnya untuk ke ‘check point’ keempat. Sampai di sini, tanpa disedari kaki sudah calar-balar akibat meredah duri. Hujan yang reda seketika kembali lebat membuatkan badan semakin penat. Semuanya sudah tidak dihiraukan, apatah lagi mengenangkan perlumbaan tidak sampai suku lagi untuk ditamatkan. Kami diminta menuju ke Gua Wang Buluh yang terletak hanya beberapa ratus meter dari ‘check point’ keempat.




Ada sesetengah peserta yang kelihatan sudah ‘nyawa-nyawa ikan’, tiba-tiba ‘tunjuk taring’ apabila tiba-tiba berlari untuk ke garisan penamat.Rupa-rupanya, ia hanyalah gimik penganjur apabila gua itu menjadi ‘check point’ kelima. Mahu tersembul biji mata menahan geram memandangkan ratusan anak tangga sudah didaki untuk menamatkan peringkat ini.Hanya tiga km lagi, kata petugas yang mengawasi perlumbaan. Dengan saki baki kudrat yang ada, kami berlari sekuat hati merentas bukit bukau. Di kiri kanan, penduduk kampung yang menjadi penyokong setia beria-ia bersorak.Nampak saja kain rentang “TAMAT”, kami semakin yakin dapat menamatkan cabaran ini. Dari jauh, tepukan penduduk kampung semakin hangat. Terasa seakan-akan menamatkan acara dalam Sukan Olimpik.




Menjejakkan kaki ke garisan penamat terasa beban besar yang digalas sepanjang perlumbaan hilang sekelip mata. Biarlah hanya menang sorak, sekurang-kurangnya saya berjaya menamatkan cabaran. Sedar tak sedar, kami mengambil enam jam atau hampir setengah jam kami berlari tanpa henti bagi menamatkan WLC edisi tahun ini.INFO1. WLC07 yang dianjurkan kali ketiga ini menarik penyertaan 93 pasukan termasuk dari Eropah, Afrika, Australia dan Amerika. Turut sama, wakil Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing (LUCT).2. Kategori Fast and Furious (Lelaki) dimenangi juara Ironman 2002 yang mengungguli kategori sama tahun lalu iaitu Zulkifli Shamsuddin, 43, dari Perak. Dia menewaskan peserta pilihan dari Perancis dan United Kingdom.3. Selain Harian Metro, pasukan media lain adalah Berita Minggu, New Straits Times (NST), Malay Mail, Kosmo, ntv7 dan The Star. Kosmo dan The Star turut menyertai kejohanan ini pada tahun lalu.4. Berdasarkan penyertaan menggalakkan tahun ini, Pengerusi Eksekutif Wilderness Centre Sdn Bhd dan Kumpulan Halim Mazmin, Tan Sri Halim Mohammad, berkata pihaknya mengkaji untuk mengadakan kategori khas untuk pelajar pada edisi berikutnya. MENGENAI WILDERNESS Wilderness Centre Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Halim Mazmin ditubuhkan pada akhir 2002 di Pulau Tuba.




Sejak diberi kepercayaan oleh Kementerian Pendidikan menyelia program cabaran rimba untuk pelajar dan guru seluruh Malaysia, WCSB sudah melatih 15,000 peserta.WLC07 pula adalah projek tahunan antarabangsa bagi mempromosikan Pulau Tuba sebagai destinasi sukan ekstrim antarabangsa. Ia adalah salah satu usaha untuk merealisasikan tanggungjawab sosial syarikatnya.Bagi anda yang berminat untuk mengetahui aktiviti lasak yang dianjurkan oleh syarikat ini, boleh melayari www.wildernessmalaysia.com atau hubungi 04-966 8000 (Langkawi) atau 03- 2730 5000 (Kuala Lumpur).

PERGERAKKAN TERKINI

MR CEO KURSUS KAPAL LAYAR DI TLDM LUMUT
MR KOORDINATOR DOK OPIS JER
MR PENASIHAT KEWANGAN HOSPITAL TAIPING
MR PENASIHAT IT REKREASI TAHAP III DI JOHOR
EJEN NIZAM TEAM BULDING LANGKAWI
EJEN ZAHARI KUTIP DURIAN DI DUSUN SENDIRI
EJEN CHOR MAKAN DURIAN DI DUSUN KENGKAWAN
EJEN LAN 'HONEYMOON' LAGI

PEMIMPIN DILAHIRKAN?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata satu perkara penting yang dipelajarinya sejak beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia kelima ialah manusia tidak semestinya dilahirkan sebagai pemimpin tetapi boleh diasuh menjadi pemimpin."Daripada laluan saya sendiri untuk menjadi Perdana Menteri, saya belajar banyak perkara."Satu perkara yang saya pelajari selama beberapa tahun ini ialah manusia tidak semestinya dilahirkan sebagai pemimpin tetapi boleh diasuh menjadi pemimpin," kata beliau.Belajar sendiri, pendidikan, latihan dan pengalaman adalah faktor penting bagi membentuk imej yang teguh dan personaliti seorang perdana menteri, katanya ketika melancarkan Yayasan Kepimpinan Perdana, pusat pembelajaran kepimpinan terkemuka negara, di sini Selasa.
Abdullah berkata beliau bertuah kerana mendapat peluang berkhidmat untuk kesemua empat Perdana Menteri Malaysia sebelum ini."Dengan rendah hati saya mempelajari kualiti kepimpinan yang baik, terutamanya nilai-nilai amanah, kebertanggungjawaban, keadilan, integriti, kesabaran dan keberanian dalam menghadapi kesusahan."Kebijaksanaan dan pengalaman yang saya peroleh daripada kepakaran mereka menunjuk ajar dan membimbing, telah menjadi sumber inspirasi yang kuat dan sumber yang membantu saya dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri," katanya.Rakyat Malaysia, katanya, beruntung kerana wawasan dan dasar-dasar perdana menteri negara ini yang terdahulu memenuhi kehendak masa dan membentuk keutamaan-keutamaan negara.Abdullah berkata perdana menteri terdahulu juga telah menunjukkan menerusi wawasan, strategi dan pelaksanaan mereka, bagaimana "cabaran-cabaran luar biasa" -- cabaran-cabaran yang unik bagi Malaysia dan biasanya bukan satu kelaziman -- seharusnya diatasi dan ditangani."Bermula dengan (Perdana Menteri Malaysia pertama) Tunku Abdul Rahman yang mungkin telah mengambil jalan yang telah dilalui oleh India untuk berpisah secara damai daripada penjajah kita (Inggeris dan Belanda), tetapi Malaysia adalah unik kerana ia membentuk kerajaan pelbagai kaum," katanya.
Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, katanya, telah menubuhkan bilik gerakan negara untuk memantau pembangunan di seluruh negara manakala pelan pembangunan luar bandarnya mendapat sanjungan ramai dan telah dicontohi di banyak negara sedang membangun lain.Ini diikuti oleh Tun Hussein Onn yang telah mewujudkan Amanah Saham yang masih kekal sehingga hari ini dan berjaya menggalakkan rakyat Malaysia daripada semua tahap pendapatan dan kaum untuk menabung, tambahnya.Beliau berkata Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad pula telah memberikan negara ini, antara lain, kereta nasionalnya yang pertama, sebuah lapangan terbang bertaraf dunia dan menara berkembar tertinggi di dunia dan telah menetapkan arah Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.Mengenai Yayasan Kepimpinan Perdana yang telah beroperasi sejak Oktober 2003, Abdullah berharap warisan para cendekiawan negara ini bukan sahaja dipulihara tetapi dikaji, dikembang dan dipersembahkan kepada rakyat Malaysia untuk menggalakkan perkembangan pemikiran dan perbahasan.Katanya beliau percaya yayasan itu telah membina asas yang kukuh ke arah ini dengan mengadakan kerjasama dengan institusi sedia ada bagi mengumpul dan mengarkibkan ke dalam bentuk digital bahan-bahan yang penting kepada negara yang boleh diperolehi orang ramai menerusi Internet.
"Barangkali masih banyak yang perlu dilakukan oleh yayasan ini sebelum ia dapat mencapai objektifnya menjadi sebuah institusi penyelidikan dan pembelajaran yang terunggul mengenai kepimpinan Malaysia," katanya.Beliau juga menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia supaya tampil menyatakan ikrar memberikan sokongan kepada yayasan itu."Saya juga menggalakkan institusi antarabangsa membentuk kerjasama untuk berkongsi sumber dengan yayasan ini," katanya.Abdullah juga mengulangi sokongan kerajaan kepada wawasan, objektif dan program yayasan itu dan menyatakan sokongan penuh kerajaan terhadap program-program dan kegiatannya."Saya percaya bahawa perjuangan yayasan ini adalah perjuangan yang amat berharga dan ia mahu menawarkan khidmat sebagai penghubung penting antara masa lalu dan masa depan negara," katanya.
Yayasan itu, yang dipimpin Dr Mahathir sebagai Pengerusi Kehormatnya, ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh pengerusi Kumpulan Bank Arab-Malaysian Tan Sri Azman Hashim.-- BERNAMA

INSTITUT PEMIKIRAN TUN DR MAHATHIR



UUM telah diberi penghormatan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) pada 19 Ogos 2003.

Idea untuk menubuhkan institut ini telah dicetuskan oleh para perwakilan semasa Persidangan Agung UMNO
yang ke-54 pada 19 Jun 2003. Lanjutan daripada itu, satu badan perundingan (think tank) telah dibentuk yang ahli-ahlinya terdiri daripada tokoh-tokoh kenamaan dan pelbagai idea telah dicetus oleh badan ini melalui sumbang saran pada 28 Ogos 2003.

Fungsi utama IPDM adalah menjadi pusat rujukan utama terhadap idea, wawasan dan pemikiran
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. IPDM juga bertanggungjawab untuk meneliti dan menganalisis struktur percambahan idea yang boleh diguna pakai oleh generasi kini dan masa depan. Di samping itu, penubuhan institut ini juga adalah satu usaha untuk menghargai sumbangan dan kepimpinan tokoh-tokoh negara.

Selain itu, institut ini juga bakal menjadi medan penyelidikan dan pengendalian seminar, simposium, persidangan dan kolokium dalam pelbagai aspek pemikiran
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Antara bidang-bidang utama yang diberi tumpuan ialah pendidikan, kepimpinan belia/beliawanis, keselamatan, politik, pengurusan, perundangan, ekonomi, kewangan Islam, hubungan antara agama, dasar luar dan isu-isu globalisasi, sains dan teknologi termasuk ICT dan pembangunan sumber manusia.

Visi:
Menjadi pusat rujukan utama pemikiran
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Misi:
Mewacanakan pemikiran
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad

Objektif:

Menjadi pusat penyelidikan, pengumpulan dan rujukan utama tentang pemikiran
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad;

Meneliti dan menganalisis struktur percambahan pemikiran
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad yang boleh diguna pakai oleh generasi kini dan masa depan, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

Menjadi pusat wacana intelektual tentang pemikiran dan kepimpinan tokoh-tokoh negara dan antarabangsa;

Menterjemah pemikiran
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad ke dalam program dan aktiviti yang berbentuk akademik dan profesional;

Memberi input kepada pihak kerajaan bagi menggubal dan melaksanakan dasar-dasar yang berkaitan dengan ketahanan nasional.


Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah
Tel: 04-9284010 Faks: 04-9284005

(adaptasi dari ipdm.uum.edu.my)

Isnin, Julai 16, 2007

BOLASEPAK BUNGKUS LAGI...!!!

Bila melihat pasukan bola sepak Malaysia dikeji setiap hari kerana persembahan yang teruk pada perlawanan pembukaan Piala Asia Selasa lalu, timbul rasa sedih dan kasihan. Bukan saja pemain, malah keluarga juga turut rasa tempiasnya. Jika pemain membaca dan mendengar komen dalam akhbar, radio dan televisyen yang mengutuk mereka habis-habisan, pasti mereka
Rasanya pemain pun sudah lali, kalau menang mereka tahu akan dipuji melambung tinggi, dan kalau kalah akan ‘dikeji’.Sebenarnya saya bukan nak menulis mengenai kisah duka sukan bola sepak Malaysia ini tetapi kisah sedih remaja dan anak muda yang sukar mencari tempat menunjuk bakat bermain bola sepak.Masalah ini bukan baru dan mungkin tidak dihadapi anak yang berada di kampung atau pedalaman yang masih banyak tanah lapang untuk mereka bermain bola atau apa saja aktiviti sukan lain. Kalau berada di Kuala Lumpur atau bandar dan kawasan pinggir bandar, kawasan lapang seperti ini memang sukar untuk dicari. Padang golf memang banyak... tapi rasanya hanya untuk kelompok tertentu.Bagi remaja dan anak muda usia belasan, aktiviti mereka amat terhad. Jika di sekolah, mereka boleh bermain bola sepak pada waktu senaman atau kegiatan kokurikulum. Tapi jika luar waktu sekolah, pagar sekolah dikunci dan mereka tidak ada tempat untuk bermain.Kita tidak boleh salahkan pihak sekolah kerana mengunci pagar kerana ini bagi mengelakkan perompak dan penyamun. Banyak barang sekolah seperti komputer dan pelbagai barang berharga yang perlu dijaga. Selain itu, ada juga padang bola diambil untuk didirikan bangunan sekolah yang baru dan yang tinggal hanya kawasan sekangkang kera untuk mereka melakukan aktiviti senaman dan aktiviti sukan yang terhad.Disebabkan itu, anak muda ini tidak mempunyai tempat untuk bermain atau terpaksa bermain bola di kawasan padang tidak sesuai. Bagaimana mereka boleh mengasah bakat jika tempat nak bermain dan belajar teknik bermain bola pun tak ada. Akhirnya jadilah mereka ‘mat lepak’.
Ini sebenarnya perlu mendapat perhatian pelbagai pihak kerana bukankah melentur buluh adalah daripada rebung. Kalau asasnya pun tak betul bagaimana boleh kita dapat hasil yang baik. Kalau di sekolah pun tak ada padang nak main bola, ditambah dengan ketiadaan guru untuk melatih, bagaimana kita dapat melahirkan jaguh bola sepak negara. Selalunya, sekolah yang ada padang dan guru untuk melatih mampu membentuk pasukan bola sepak yang bagus.Saya tinggal di kawasan pinggir bandar yang penempatannya agak padat dan memang tidak ada kawasan padang untuk anak bermain bola sepak antara sukan yang diminatinya. Suatu petang, dia balik ke rumah dengan rasa amat kecewa kerana padang tempat dia bermain bola sepak bersama kawannya ditutup untuk memberi ruang kepada pembinaan sebuah lagi bangunan, manakala sebahagian lagi ditutup daripada orang luar untuk mengelak daripada kejadian tidak diingini. Akhirnya selepas mencari pelbagai tempat, dia bersama rakan mengambil keputusan bermain di padang gondol yang memang tidak sesuai langsung untuk bermain bola sepak.Disebabkan ketika ini, institusi pengajian tinggi (IPT) turut mengambil kira kegiatan kokurikulum termasuk sukan sebagai merit untuk kemasukan ke IPT sewajarnya perkara ini turut diberi perhatian.
Memang bukan semua orang boleh menjadi jaguh. Jika mahu menjadi jaguh, bakat adalah amat penting, tapi jika kemudahan tak ada bagaimana kita dapat menggilap bakat. Mungkin kini ada pelbagai jenis kegiatan sukan baru yang diperkenalkan tetapi bola sepak adalah sukan rakyat yang amat dekat di hati mereka. Itu sebabnya orang tidak bising jika Malaysia kalah di padang golf tetapi akan terus bersuara jika kalah di padang bola. – yatisaid@baharian.com.my

Rabu, Julai 11, 2007

PENGUMUMAN KHAS

MR PENASIHAT KEWANGAN DAAT AKAN MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT PADA TARIKH YANG BELUM DITETAPKAN, PENGURUSAN DAAT AKAN MEMAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA. KUTIPAN DERMA KILAT AKAN DIADAKAN SECEPAT MUNGKIN BAGI MENAMPUNG KOS PERBELANJAAN PEMBEDAHAN TERSEBUT. KEPADA SEMUA EJEN DIMINTA TIDAK MENGHEBAHKANNYA DAN MAKLUMAN LANJUT AKAN DIMAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA.

KENALI LOGO HARI KEBANGSAAN KE 50 - MALAYSIAKU GEMILANG

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebangsaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’ ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan. Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat. Manakala kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.

Selasa, Julai 03, 2007

LOGO BARU RAKAN MUDA FASA II

















LOGO BARU RAKAN MUDA FASA DUA YANG DILANCARKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DI BUKIT KIARA PADA 29 MEI 2007 YANG LALU. ADA 7 GAYA HIDUP, 3 PROGRAM UTAMA DI BAHAGIAN RAKAN MUDA...


JULAI YANG MENDATANG

Sejak berpindah dari bandaraya Ipoh, Pengurusan kanan DAAT Mr Budi dan Mr Rem banyak menghabiskan masa di daerah masing-masing, dengan azam baru dan suasana baru kadangkala hubungan dan perjumpaan tidak seakrab dan sekerap dahulu. Namun begitu kadangkala telefon dan sms banyak membantu.Mr Penasihat Kewangan sakit lagi... kali ini bahana puyuh goreng... ke hospital lah ke mana lagi. Kesian memang kesian tapi apa boleh buat.. kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mr Lan akan menamatkan zaman bujangnya minggu ini selamat Pengantin Baru dari DAAT, umur pun dah lanjut tapi usia bukan penghalang bagi membina keluarga bahagia, kemungkinan semua Team DAAT akan ke kenduri beliau.. di Ipoh lagi!!!. Mr Nizam dan Mr Zahari nampaknya semakin murah rezeki selepas PJKN Selama tempoh hari Pbsd Taiping pulak menggunakan khidmat mereka. Mr Nizam siap jadi Kem Kom lagi. Banyak jugak cerita-cerita menarik di Taiping tapi yang mengancam T-shirt biru PJKN tulah tak dak lebih ke? Ramai yang jelous tau... Mr Chor nampaknya keseorangan di Bandaraya Ipoh, nak datang JBS pun tak dak nak jumpa sapa katanya.. emmm Ina kan ada kah!kah!kah!, tak pun jumpa lah Colnsultan seumur hidup JBS Pawi mesti banyak projek, tambahan KSK dah nak bermula nie...Mr Fahmi pula fuyooo!! semakin hebat sejak balik dari Kursus Rekreasi Modul Consultan dari Austaralia nie, bolehlah turun-turunkan ilmu pada ejen-ejen yang lain.
Emmm... Julai dah menampakkan dirinya, yang menarik bulan nie 7hb Julai 2007 lah nombor JAMES BOND 007.... tapi apalah yang menarik tentang nombor-nombor & angka-angka yang tak bernyawa. Cuma doa dan harapan kita panjatkan ke hadrat ilahi moga penggal ke dua tahun 2007 ini dapat meningkatkat ketaqwaan kita kepada ilahi dan semoga cita-cita serta azam tahun baru hari itu dapat tercapai. Insya allah dengan komitmen dan usaha sedatya upaya dapat membantu.

Selasa, Mei 22, 2007

MALAYSIA CERGAS

Muka ceria datang dari badan yang cergas...

Menanam bunga antara aktiviti sihat...

MALAYSIA CERGAS adalah satu idea dan konsep yang lahir untuk memberi penekanan kepada usaha meluaskan axkegiatan c sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan seberapa ramai rakyat Malaysia.Ia merupakan satu usaha mewujudkan kecergasan Nasional yang berteraskan kepada penyertaan aktif, kecergasan yang berterusan dan sikap positif dalam hidup.
Antara lain MALAYSIA CERGAS adalah juga:
Satu seruan ke arah hidup yang lebih aktif, lebih selesa dan lebih tinggi mutunya.
Satu idea yang mempunyai kemungkinan memberi jawapan kepada beberapa masalah sosial.
Satu tema, satu slogan dan satu lambang kepada kehidupan yang sihat.
Satu dinamisma dalam kepimpinan.
Satu proses pendidikan seumur hidup.
Satu keperluan yang disokong oleh kenyataan dan logik.

MALAYSIA CERGAS bertujuan menimbulkan KESEDARAN di kalangan masyarakat Malaysia - akan betapa pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekresai.
Kesedaran akan menimbulkan MINAT. Minat untuk mengetahui tentang jenis-jenis sukan dan kegiatan yang hendak disertai, supaya penyertaan manjadi lebig teratur dan berkekalan.
MALAYSIA CERGAS ingin MENDIDIK masyarakat mengenai sebab-sebab mustahaknya bersukan, tentang di mana dan bagaimana melakukan sesuatu kegiatan fizikal, tentang apa yang elok dilakukan , apa yang tidak bagi setengah golongan umur, tentang apa yangsesuai.
Lebih penting lagi, MALAYSIA CERGAS, menyeru mengajak tiap lapisan masyarakat supaya memberi respon dan MENYERTAI dalam kegiatan fizikal dan rekreasi. Penyertaan ini perlu dikekalkan dan dilakukan secara berterusan untuk menikmati kebaikan dan kebahagian melibatkan diri dalam kegiatan fizikal.


MALAYSIA CERGAS mengajak rakyat MALAYSIA keluar rumah – ke padang, ke taman, ke gelanggang, ke pusat sukan – untuk mengambil bahagian.
Ia ingin membentuk satu imej Nasional , ingin menjadikan masyarakat Malaysia suatau bangsa ‘peserta' bukan suatu bangsa ‘penonton' dalam kegiatan fizikal dan sukan.

Jumaat, Mei 04, 2007

OPS LEBAH TUALANG

Manjung - Pada malam rencana ini ditulis Mr Koordinator telah melibatkan diri dengan Ops Lebah Tualang dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Manjung dan pihak pengurusan Bangunan Pentadbiran Persekutuan. Lebah tersebut telah bersarang betul-betul dihujung bilik PBSD Manjung. Saat ini pakcik-pakcik jaga yang on duty pada malam ini sedang merebut-rebut manisan madu lebah yang diperolehi. Menurut khasiat orang-orang tua manisan lebah tualang sangat mujarab bagi kesihatan lelaki.

MAKLUMAN TERKINI...

MR PENASIHAT KEWANGAN DAAT TELAH TERLIBAT SEBAGAI CONSULTAN BERSAMA SEPERTI BUTIRAN BERIKUT
PROGRAM : KURSUS REKREASI TAHAP 1
TARIKH : 4-7 MEI 2007
TEMPAT : KAKI BUKIT LARUT TAIPING

MAJLIS PERASMIAN STESEN JANAKUASA MANJUNG

CATATAN MR KOORDINATOR YANG TELAH MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN TERSEBUT...

Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah is the first Malaysian power plant to run on clean coal technology- 'Technology in Harmony with Nature' tagline affirms national power utility company̢۪s commitment towards environmentally sustainable power development - New station able to generate total power capacity of 2100 MW on three Alstom-supplied 700MW machinesTenaga Nasional Berhad celebrated an important milestone today with the officiating ceremony of its newest and most modern power station by the Sultan of Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah. With the royal seal of approval by the reining Sultan of Perak, the power station, which was formerly known as Stesen Janakuasa Manjung has since taken on the official name of Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) . The 2100 MW clean coal-fired power plant was built by TNB Janamanjung Sdn Bhd (TNBJ), a wholly owned subsidiary of TNB, by adopting approaches used by the local independent power producers (IPP). The plant sits on the reclaimed island of Teluk Penchalang, 10 km south of Lumut.In his address to the guests present at the officiating ceremony, Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie, TNB Chairman said, 'TNB is committed to its entrusted responsibilities and promises to continue placing on its priorities, the building and maintainence of the right infrastructure in our efforts to provide service excellence to over 6.8 million TNB customers. Service excellence continues to be TNB's main agenda.' Tan Sri Datuk Amar also emphasized on the role played by SJSAS as a coal fired power plant that is built with the environment in mind. 'Because it utilizes the most current and suitable technology in coal-firing, the operations and maintenance of this plant can continue without having any detrimental effects on the environment,' he said. Also present at the historical event was TNB President Dato' Sri Che Khalib Mohamad Noh and Minister of Energy, Water and Communications Dato' Sri Dr Lim Keng Yaik, Representing the Perak Chief Minister was state ex-co Datuk Ramli Zahari. SJSAS was first commissioned in 1996, and was originally estimated to cost RM 7 billion to build. When completed in 2003, total cost for construction and completion amounted to RM5.4 billion, marking a significant savings of RM1.6 billion for TNB. The construction of SJSAS has been instrumental in the generation of over 6000 job opportunities for both construction workers and power station employees alike. The 2100 MW total generating capacity of SJSAS is made possible by three units of 700 MW machines supplied by French-based Alstom. Each unit comprises a steam generating boiler, a tandem triple-pressure steam turbine with condensers, and generator and other ancillary equipment which incorporates a high degree of automation and safety protection. Fully operational since September 2003, the power plant is linked directly to the Department of Environment, enabling its emission levels to be monitored in real time. The engineering systems employed by SJSAS have been designed to meet World Bank emission standards and the detailed Environmental Impact Assessment. All these, among other efforts have led to SJSAS being certified as MS ISO 9001:2000 and MS ISO 14000 compliant on 26 May 2006. Indeed, SJSAS's tagline 'Technology in Harmony with Nature' represents its owners' commitment towards environmentally sustainable development.

Khamis, April 26, 2007

SELEPAS PJKN BERAKHIR...

Taiping- Selepas 3 hari Projek PJKN berakhir ejen-ejen DAAT kembali meneruskan kehidupan seperti sedia kala dan menjadi manusia normal semula setelah hampir 11 hari meneruskan agenda pembangunan dan wawasan belia negara.

Mr CEO telah memulakan langkahan dengan momentum yang terbentuk dengan merancang program hebat yang seterusnya, mungkin ke Langkawi nampaknya kita awal bulan depan.


MR CEO yang bercita-cita membeli mata belalang (gambar hiasan)

Mr Koordinator pula selaku Consultan punahsihat masih tercari-cari watak sebagai master mind yang memikul tanggungjawab di 2 tempat yang berbeza.

Mr Penasihat Kewangan pula juga sebagai consultan punahsihat merangkap ejen kerani cafetaria kompleks pula kembali diserang gout dan terbaring di rumah kerana tida lagi aktiviti nak dibuat.

Mr Lan pula telah melapor diri di Kuala Kangsar dan denganrnya sangat sibuk menguruskan majlis perkahwianan yang akan berlangsung tidal lama lagi, nampaknya semua ejen DAAT akan bertambah ahli baru dan makan nasi minyak!!!


Mr Lan yang akan mendirikan rumahtangga... tahniah (gambar hiasan)


Mr Zahari kembali dengan projek jagungnya di utara dengan kapasiti tambahan yang menyumbang hampir 80% keluaran negara kasar jagung negara pada tahun ini. Semoga projek beliau sukses dan berjaya... nati boleh kita serang ladang jagung beliau.


Mr Nizam pula masih dengan projek melobi pihak tertentu untuk mendapatkan projek yang lebih besar pada tahun ini. Beliau yang berkepakaran dan pengalaman laut yang tidak dapat dibangdingkan telah berusaha mendapatkan hak pengendalian aktiviti kenu di sebuah kem dan difahamkan projek tersebut melebihi ribuan RM.


Indoor games atau outdoor games... serahkan sahaja pada DAAT (gambar hiasan)

Mr Chor yang kembali ke teratak indahnya di lokasi rahsia telah diserang demam dan demam yang berpanjangan, mungkin kerana rindu kepada bebudak yang bersamanya selama 10 hari itu. Beliau yang juga dikenali sebagai manusia gunung diharapkan dapat kembali sihat untuk meneruskan agenda DAAT yang selanjutnya, mungkin ke sebelah laut pula nampaknya...


Mr Fahmi yang dikenali sebagai Penasihat IT walaupun tidak terlibat secara langsung tetapi masih juga meneruskan agenda pengkomputeran beliau yang melangkaui windows xp. Disebalik PC Fair yang hebat berjalan beliau sempat juga bermultaqa di kedinginan kawasan beriklim tinggi Cameron Highlands.

Rabu, April 18, 2007




Taiping - Semua ejen-ejen DAAT berkumpul sekali lagi di Kompleks Rakan Muda Kemunting Taiping dalam misi menjayakan Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) Daerah Selama. Program tersebut sedang berjalan daripada 13 hingga 23 April 2007. Menurut Mr CEO prestasi para ejen amat membanggakan sekali, walaumanabagai pun mana bumi tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora, tetapi dengan kepakaran semua ejen semua pemasalahan dapat di atasi. Disamping itu juga Mr Koordinator DAAT dan Penasihat Kewangan telah bertindak sebagai consultan kehormat merangkap punahsihat MR CEO.
Selepas mengikuti semua modul selama enam hari, para peserta akan berkampung di Kuala Kurau dalam program keluarga angkat pula.... to be contineu....

Selasa, April 10, 2007

HIGH PERFORMANCE SPORTS


Kuala Lumpur- Kesesakkan yang melanda Bandaraya Kuala Lumpur pada 5hb hingga 9hb April 2007 tidak menghalang semua Pengurusan Kanan DAAT termasuk Mr CEO, Mr Koordinator, Mr Penasihat Kewangan, dan Mr Penasihat IT
telah berkampung di Kompleks Sukan Bukit Kiara sebagai tempat penginapan dan Kompleks Belia dan Sukan Negara Bukit Jalil sebagai veneu pertandingan kerana menyertai Karnival Sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan agensi-agensi di bawahnya. Namun di sebabkan kekurangan latihan semua acara di menangi oleh Zon H atau lebih tepatnya dikuasai oleh Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan dan Pegawai-pegawai kanan yang lain.




Isnin, Mac 26, 2007

DAAT SEBAGAI PERUNDING PROGRAM KELUARGA ANGKAT PJKN KAMPUNG GAJAH


YB Dato' Haji Hamdi merasmikan majlis tersebut.

Liza Penggerak Parlimen Beruas yang turut bertungkus-lumus menjayakan program tersebut.
Gadis Kampung di Malam Kebudayaan




Koorninator DAAT telah mendapat kontrak bernilai ratusan ringgit malaysia daripada Team PJKN Kampung Gajah sebagai perunding kepada Aktiviti Keluarga Angkat Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional. Mr Rem yang telah berpengalaman dalam bidang pengaturcaraan telah memilih Kampung Matang Acheh sebagai kampung yang bertuah tersebut. Ini adalah kerana kampung tersebut sangat aktif dan komitmen JKKK nya juga sangat maksimum...

Nenek Kebayan....
Penyampaian Hadiah Sukaneka
Kem Kom dan Pegawai Penyelaras sama-sama MASYUUUUKKK...

Pak Su Ketua Kampung yang bercita-cita menjadi Pengarah Filem terkemuka...


Terima kasih YB...



















Beres bos, janji program selesai...

Adik-adik angkat yang akan meneruskan kesinambungan PJKN satu hari nanti....

Jumaat, Mac 23, 2007

PJKN SUDAH BERMULA

Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional khususnya di Negeri Perak sudah bermula dengan Daerah Kampung Gajah menjadi daerah pertama menyahut cabaran... diikuti Daerah Kerian dan Hilir Perak pada awal April dan diikuti Daerah Selama dan Daerah Batang Padang pertengahan April.
Pada bulan Mei pula Daerah Slim River dan Kinta.
Bulan Jun Sungai Siput (U) dan Daerah Kuala Kangsar.
Bulan Julai Lenggong dan Hulu Perak (Gerik)
Bulan Ogos pula Manjung dan Perak Tengah.
Antara base camp yang paling top ialah di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Kompleks Rakan Muda Kemunting, dan Kompleks Rakan Muda Kampar.
Ejen-ejen yang berminat menjadi instruktur kepada semua pakej ini boleh berhubung dengan Mr CEO untuk adjusment segera..

Jumaat, Mac 09, 2007

INFORMASI TERKINI

TRAINING OF TRAINERS (TOT) PJKN MR CEO AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN BERIKUT
TARIKH : 13hb April 2007
MASA PENDAFTARAN : 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : Kompleks Rakan Muda Taiping
SEMUA EJEN AKAN DIHUBUNGI SECARA BERSURAT
SEDIA, MAKLUM.
NOTA : TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA....