Selasa, Mei 22, 2007

MALAYSIA CERGAS

Muka ceria datang dari badan yang cergas...

Menanam bunga antara aktiviti sihat...

MALAYSIA CERGAS adalah satu idea dan konsep yang lahir untuk memberi penekanan kepada usaha meluaskan axkegiatan c sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan seberapa ramai rakyat Malaysia.Ia merupakan satu usaha mewujudkan kecergasan Nasional yang berteraskan kepada penyertaan aktif, kecergasan yang berterusan dan sikap positif dalam hidup.
Antara lain MALAYSIA CERGAS adalah juga:
Satu seruan ke arah hidup yang lebih aktif, lebih selesa dan lebih tinggi mutunya.
Satu idea yang mempunyai kemungkinan memberi jawapan kepada beberapa masalah sosial.
Satu tema, satu slogan dan satu lambang kepada kehidupan yang sihat.
Satu dinamisma dalam kepimpinan.
Satu proses pendidikan seumur hidup.
Satu keperluan yang disokong oleh kenyataan dan logik.

MALAYSIA CERGAS bertujuan menimbulkan KESEDARAN di kalangan masyarakat Malaysia - akan betapa pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekresai.
Kesedaran akan menimbulkan MINAT. Minat untuk mengetahui tentang jenis-jenis sukan dan kegiatan yang hendak disertai, supaya penyertaan manjadi lebig teratur dan berkekalan.
MALAYSIA CERGAS ingin MENDIDIK masyarakat mengenai sebab-sebab mustahaknya bersukan, tentang di mana dan bagaimana melakukan sesuatu kegiatan fizikal, tentang apa yang elok dilakukan , apa yang tidak bagi setengah golongan umur, tentang apa yangsesuai.
Lebih penting lagi, MALAYSIA CERGAS, menyeru mengajak tiap lapisan masyarakat supaya memberi respon dan MENYERTAI dalam kegiatan fizikal dan rekreasi. Penyertaan ini perlu dikekalkan dan dilakukan secara berterusan untuk menikmati kebaikan dan kebahagian melibatkan diri dalam kegiatan fizikal.


MALAYSIA CERGAS mengajak rakyat MALAYSIA keluar rumah – ke padang, ke taman, ke gelanggang, ke pusat sukan – untuk mengambil bahagian.
Ia ingin membentuk satu imej Nasional , ingin menjadikan masyarakat Malaysia suatau bangsa ‘peserta' bukan suatu bangsa ‘penonton' dalam kegiatan fizikal dan sukan.