Khamis, Disember 13, 2007

SUKA...RELA...

Pada 26-30 November 2007 yang lepas bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia agen DAAT kembali bertemu dalam rangka memenuhi agenda nasional. Kursus Asas Sukarelawan Rakan Muda. Bersama anak-anak seredin yang lambat siang nak jadi urusetia beberapa insiden kecil telah berlaku akibat ketidaksefahaman dan ketidak puashatian sesetengah individu yang berebut-rebut menjadi peserta. Pihak urusetia yang kurang pengalaman telah mengambil tindakan sewajarnya dengan nasihat dari Mr Koordinator yang tidak renti-renti 'menoup' RM 10.00 setiap kali ada aktiviti sebegini. Walaumanabagai pun agen-agen DAAT yang berpengalaman telah menyettlekan perkara tersebut dengan penuh gentleman dan umpama menarik rambut dalam tepung. Sepanjang program tersebut berlangsung terjadi jugak beberapa insiden lain serupa drama swasta dan inilah kredibiliti agen-agen tercabar. Mr Koordinator pulak telah dipanggil mengadap Big Boss 'Undertaker' APBM melibatkan insiden agensi profesional yang telah melakukan kesilapan prosedur.
Agen Nizam pulak telah terlibat dengan aksi 'amuk' seorang peserta yang telah 'hai' akibat pengaruh bahan kimia terlarang dan demi keselamatan peserta telah dihantar pulang bagi mengelakkan bencana yang lebih besar ketika program komuniti di sebuah kampung di sepanjang laluan Sungai Perak.
Mr Penasihat Kewangan pula seperti biasa dengan aksi ranjaunya tetapi masih terlibat secara tidak langsung dengan menjadi pembekal pakaian rasmi peserta dengan aktiviti percetakannnya di bandar yang sentiasa basah sepanjang tahun.
Agen Chor yang berseorangan tanpa saudara kembarnya Agen Lan bertungkus lumus menjerit pekik memecah kesyahduan disubuh hari memberi arahan kawad dengan ditemani agen Zahari yang masih dengan gaya coolnya.
Mr Penasihat IT dan Mr CEO telah diberi tugas makan tidur sahaja di kem kali ini kerana tugas-tugas mereka dilaksanakan dengan baik oleh agen-agen yang lain.
Agen Zahari dengan kisah tipunya...
Ramai jugak peserta yang sanggup didera
Ceramah pihak PDRM
Pakar rujuk Rakan Muda tengah menerima cenderahati kedai RM 2.00
dari Yus... SU Kerja MBD.