Hari ini umpama tahun baru bagi semua agen-agen DAAT kerana ada beberapa sebab antaranya DAAT kembali mendapat mandat daripada beberapa organisasi untuk kekal menjadikan DAAT perunding untuk aktiviti mereka. Mungkin projek tersebut tidaklah terlalu besar hingga mencecah jutaan ringgit seperti projek-projek wilayah koridor yang dilancarkan oleh kerajaan tetapi tetap menguntungkan. Mr CEO telah menunjukkan jalan yang begitu teliti dan penuh perancangan dengan konsep 'up jadi' kurangkan bercakap dan yang penting bertindak... !!! Beliau yang terkenal dengan konsep pelaburan 100% telah terpaksa mengorbankan tugas hakiki untuk memastikan projek pelaburan di sebuah kawasan pelaburan di tempat paling strategik untuk memantapkan kedudukkan ekonomi tahun ini (lokasi terpaksa terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan). Maka dua hari berturut-turut beliau dengan mem besar beliau bertungkus-lumus menceburkan diri di projek pertama tahun ini. Mr Koordinator yang kesunyian dan kesepian pada awal-awal tahun disebabkan opisnya umpama diserang garuda telah menjebakkan dirinya ke lokasi yang paling ketat kawalannya itu untuk sama-sama memantau projek pelaburan tersebut sambil merasai keenakkan nasi lemak dan white coffea di sebuah Kopitiam berhampiran.
Agen -agen DAAT yang lain semacam sudah lama kekeringan darah di keris masing-masing seperti tidak sabar memulas trotal pada tahun ini untuk menunjukkan skil seperti tahun-tahun lepas dan seperti biasa strategi demi srategi telah disusun sambil disulami roti canai dan teh tarik, barli ais dan kopi 'o' mengikut selera masing-masing di kedai mamak yang terpaksa dirahsiakan lokasinya juga atas sebab penjimatan kos semangku(kot-kot ada yang nak tumpang semankuk). Resolusi yang terbesar dihasilkan dalam perbincangan tersebut ialah melancarkan 'MISI RM 2000.00' pada 19 & 20 Januari 2007 ini yang akan dilaksanakan oleh anak-anak seredin yang sedang ditarbiah untuk menjadi pelapis DAAT. Satu misi yang diketuai oleh Saudara Abrar yang berpeluh mendapatkan RM 1000.00 hadiah pertandingan Futsal hujung minggu ini di bandar Diraja dan satu misi lagi RM 1000.00 hadiah pertandingan Karnival Asyura yang dikepalai oleh Saudara Faez di Bandar Kedamaian abadi. Mr Koordinator dengan dibantu Agen Nizam dan Agen Chor akan menurunkan ilmu sepanjang bertugas untuk menjayakan misi RM 2000.00 pada hujung minggu ini. Sekiranya hanya berjaya memperolehi RM 1500.00 atau RM 1300.00 projek ini akan diistiharkan gagal dan pasti tindakan haragiri (seperti samuari Jepun yang membunuh diri jika gagal)akan diambil.
Mr Penasihat Kewangan yang kembali mengganas telah menceburkan diri di dalam projek pemasangan awning dan pelamin dengan rakan kongsi beliau saudara Atan yang masih dihantui kenangan dibaling telur mentah ketika sambutan harijadi beliau tahun lepas. Mr Penasihat Kewangan seperti biasa hanya dapat dihubungi ketika sakit kembali tidak lekat duduk rumah ketika sihat dan dipercayai menjadikan highway Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) susur keluar Jelapang - Kuala Kangsar - Changkat Jering sebagai laluan biasa bila beroperasi.
Mr Penasihat IT pula yang diam-diam memasuki era merah di negeri di hujung Negara ini pula telah ditembak oleh Mr CEO dan Mr Koordinator yang telah berjaya menghidu misi tersebut tetapi beliau akhirnya telah mengistiharkan misi tersebut ditangguhkan telah kembali berjinak-jinak dengan tugas hakiki setelah tahun lepas dipenuhi dengan aktiviti tidur disiang hari dan bekerja di malam hari.
Semoga tahun ini akan memberikan keceriaan dan kecemerlangan bagi semua agen DAAT yang terkenal dengan sikap tidak boleh duduk diam dan mungkin kepanasan bahang pilihanraya seperti yang war-warkan oleh parti-parti politik sekarang akan menjadikan pengalaman yang amat menterujakan bagi semua agen DAAT yang pertama kali menghadapi susana tersebut sejak ditubuhkan.
Jatidiri kanak-kanak... agenda DAAT 2008