Umur hanyalah angka-angka yang akan terus bergerak selagi kita bernyawa. Mungkin ada yang akan menyambutnya dengan pelbagai sambutan... majlis-majlis harijadi sinonim dengan pencandu-pencandu yang teruja dengan sambutan sebegini... ada juga yang akan dikenakan oleh pasangan, ahli keluarga atau sahabat-handai... selalunya balingan telur dan tepung gandum menjadi acara sambutan yang agak meriah. Namun bagi aku... esok adalah ulangtahun keseterusnya... masih seperti tahun-tahun terdahulu, aku akan menyambutnya dengan menghadapi peperiksaan lagi... masih ada dua paper yang belum diselesaikan... aku berazam menangguhkan sambutan selagi belum berjaya menamatkan pelajaran... tapi keluarga perlu diraikan jugak... anak-anak yang seronok... itulah hadiah yang sangat istimewa bagi aku membesarkan anak-anak di depan mata...
Kerja juga semakin sibuk... tapi oleh kerana aku sering cuti waktu ambil periksa mungkin prestasi agak kurang cemerlang sedikit tetapi tidaklah di bawah aras negatif... masih berada di landasan sebenar... minggu hadapan mungkin semuanya akan kembali seperti biasa... tambahan pula aku mempunyai aktiviti-aktiviti sendiri sempena Hari Belia tahun ini, Program Pemimpin Belia Berkaliber 8 siri, Kayuhan Jelapang Padi dan uhhh banyak lagi.
Bagi aku selagi masih bernyawa tidak ada apa yang terlewat... cubalah sesuatu yang baru anda pasti menikmatinya... Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran... (bagi yang sama tarikhnya dengan aku)...