Esok adalah cuti Hari Pekerja bagi seluruh warga pekerja di negara kita ini... bagi kami di utara dan sebelah pantai Timur terutama Kelantan dan Terengganu suasana cuti sudah bermula pada hari ini kerana hari ini juga adalah cuti umum. Aku pun sebenarnya tak berapa pasti cuti ini untuk apa sebenarnya. Adakah hanya untuk melepak di rumah atau membolehkan para majikan meraikan pekerjanya atau hanya cuti-cuti yang akan turus dibazirkan oleh warga kita sepanjang hidup... Bagi aku cuti tersebut hanyalah untuk berehat dari pergi ke pejabat tetapi tak bermakna boleh cuti dengan tidur di rumah. Semenjak bertugas di organisasi ini, hujung minggu hanyalah ilusi semata-mata kerana pada ketika itulah kami akan 'mula bertugas sebenarnya'. Hanya bagi kami sahaja yang memahami situasi ini. Esok aku akan bertugas menjalankan promosi 'Kayuhan Jelapang Padi. Isteri dan anak-anak aku sudah memahaminya... tetapi aku akan menyelitkan perjalanan aku dengan berkelah untuk menceraiakan anak-anak dan bershopping untuk menceriakan isteriku... sambil menyelam sambil minum air!!!. Selamat Hari Pekerja semua...