Khamis, Disember 27, 2007

TAHUN INI

2007 semakin melabuhkan diri... kemudian perlahan-lahan meninggalkan kita.. jauh dan semakin hilang dalam lipatan, yang tinggal hanya kenangan dan sejarah buat tatapan di hari kemudian...ataupun mungkin terus dilupakan.. begitulah masa meningglkan kita... Apa yang dirancang dan diazam pada awal tahun mungkin telah terlaksana atau mungkin masih dalam pelaksanaan, atau azam yang
tinggal azam sahaja...





Bagi semua agen DAAT masih begini, bersederhana dalam semua hal tetapi masih ghairah melaksanakan sesuatu untuk disumbangkan kepada negara, walau mungkin sekecil zarah atau debu-debu yang berterbangan di udara kemudian hilang begitu sahaja... Namun usaha kecil ini nampaknya berbaloi dengan ruang dan peluang yang diberikan.. selain sedikit sebanyak membantu dari sudut ekonomi, dasar semangat kepercayaan dan nilai yang sukar dimengerti oleh orang lain kecuali bagi yang merasinya sendiri... Mungkin dalam langkahan pada tahun ini kadangkala sumbang dan adalakanya juga ada yang tersungkur... namun kita harus kembali kepada yang hak... Rabbul Jalil.. Tuhan semesta alam... serta usaha dan doa yang berterusan, semoga tahun hadapan kita akan terus melangkah dan dengan harapan semua yang dicita-citakan menjadi kenyataan... dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2008 dan banyak juga kenangan di tahun 2007 yang boleh dibawa walaupun kadangkala penuh dengan kedukaan dan airmata...


Namun kegembiraan nampak seperti bersinar sentiasa seperti mentari yang tidak pernah jemu menonjolkan diri di pagi hari... Sehingga bila? Hanya yang hak Maha Mengetahui... dan marilah semua kita memuhasabah diri kita sepanjang perjalanan kita di tahun 2007 ini....