Y.B Menteri Belia dan Sukan Datuk Sri Azalina Datuk Othman Said akan mengadakan sidang media sempena Program Sukarelawan Malaysia ke Cambodia pada 6 Disember 2007, jam 10.00 pagi di Ruang Legar Stesyen Sentral Kuala Lumpur.Kementerian Belia dan Sukan menerusi Bahagian Pembangunan Rakan Muda akan menghantar seramai 52 orang Sukarelawan Rakan Muda (berusia 15 hingga 25 tahun) ke Cambodia pada 7 hingga 13 Disember 2007 yang akan datang. Antara lain objektif program ini sebagai galakan kepada golongan Rakan Muda agar dapat berinteraksi dengan rakan sebaya diperingkat antarabangsa. Sepanjang program tersebut juga peserta didedahkan dengan fakta-fakta ekonomi, politik dan sosial negara berkenaan. Mereka juga akan turut memperkenalkan konsep Rakan Muda Malaysia ke peringkat antarabangsa. Program ini juga merupakan usaha kementeriann dalam mewujudkan rangkaian kerjasama diperingkat antarabangsa sebagai teras pembinaan keyakinan diri bagi membina persenaliti dan minda global.
copy dari http://www.kbs.gov.my