Isnin, Februari 10, 2014

PowerDAT@ Impian 39 Tahun

Alhamdulillh... segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Kini apa yang dinanti sudah semakin hampir. Pada tahun ini impian untuk melunaskan apa yang dihajat di hati 20 tahun dahulu akan disimpul dan diterjemah sebaik mungkin... Ya kehidupan bermula selepas 40 tahun. Aku pun tak pasti siapa mencipta konsep tersebut. Apa yang ada ketika umur 40 tahun? Malah Rasulullah saw pun diturunkan wahyu ketika berusia 40 tahun. Entahlah apa yang ada pada ketika usia 40 tahun itu. Aku belum pun melaluinya. Abaikan!. Aku bukan hendak bercerita tentang 40 tahun itu. Aku cuma hendak menerbitkan buku kisah Hidup lelaki yang berusia 30an sahaja. Kisah keluarganya, kisah kerjayanya, kisah kehidupan sosialnya, kisah bagaimana dia membentuk ekonominya, prestasi kesihatannya dan banyak lagi dalam ruang lingkup itu sebelum dia menempuh melangkah usia 40 tahun. Jika anda mempunyai idea dan pangan silakan emel pada saya daat3036@yahoo.com.my. Pastinya perkongsian ini amat di hargai. Blog ini akan digerakkan kembali seperti matlamat fungsi kewujudannya dahulu. Banyak yang perlu dikupas direnungi dan diperhalusi. Moga impian ini dipermudahkan-Nya.
.