Ahad, Mac 11, 2012

POWER DAT @ Balik Kampung

Lama sungguh aku tak balik ke kampung, rasanya hampir dekat-dekat empat bulan, tempoh biasa bagi orang-orang di perantauan, bagi sesetengah dari kita di kampung hanyalah untuk menjengok si ayah yang masih gagah macam dulu, berkebun dan tak tahu duduk diam sama seperti belum pencen dulu, bermesyuarat kadang-kadang lebih lagi dari anaknya di pejabat, si emak pula masih setia dengan dapurnya yang sudah berapa kali di modified, dari dapur kayu ke dapur minyak gas dan kini di pasang jubin hingga kebumbung. Ajaib! rasa masakannya masih tak berubah. Bagi yang sudah tidak ada kedua ibubapanya memadailah dengan menziarah pusaranya paling kurang di pagi aidilfitri atau aidiladha.




Kini yang ada di kampung hanya adik-beradik atau sanak-saudara yang semakin jarang dihubungi, mujurlah ada facebook. Ramai juga yang mencipta group keluarga masing-masing, Facebook berjaya menjadikan kita tiba-tiba mesra dengan sanak-saudara yang sebelum ini sangat jarang dapat ditemui. Anak-anak kita juga mula mengenal 2 @ 3 pupunya. Begitulah teknologi jika boleh dimanafaatkan.



Di kampung mempunyai group kampung kami sendiri, aku adalah pentadbirnya. Oleh kerana aku duhulu sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan di kampung untuk mengenali status ahli group di dalam tidaklah terlalu payah, sekali imbas sudah tahu anak siapa, dimana rumahnya atau parti apa dipangkah keluarganya pada hari mengundi... itu mungkin kelebihan yang ada. Kami juga ada selibriti dalam group kami. Mungkin juga kini menjadi seorang ikon. Tunggu kisah selanjutnya...