Balik dari opis, aku selalunya menghabiskan masa petang dengan membawa isteri dan anak-anak ke Tasik Darualaman... sebuah tasik tempat rekreasi yang boleh dikatakan happening jugaklah, ramai yang datang ke sini berpakaian sukan walaupun bukanlah semuanya berjogging pun sebenarnya. Selalunya anak aku yang sulung akan membeli makanan ikan yang dijual RM1.00... ikan-ikan itu pun meriahlah meloncat-meloncat jamuan free yang ditabur.
Sambil-sambil itu aku tinggalkan mereka sekejap untuk cuba menghabiskan larian dalam 4km itu, walaupun sering dipotong aku cuba untuk tidak berjalan sepanjang trek mengelilingi tasik itu. Sambil-sambil berlari pelbagai ragam manusia boleh kita lihat, ada yang datang membawa binatang jinak yang dibela, selalunya kucing dan arnab yang bulunya gebu-gebu belaka. Ada yang ghairah mengambil gambar dengan DCLR . Kalau angin kuat boleh juga penaik layang-layang.
Selepas km2 disebelah tasik itu ada kebun getah dan seorang nyonya dengan pakaian sukannya akan tekun menoreh walaupun banyak mata memandangnya... satu aktiviti senaman yang menguntungkan? Berapa ramai dari kita yang boleh berfikiran demikian? Berekreasi sambil menambah pendapatan... untung getah sekerap yang dijualnya sekarang mungkin lebih tinggi dari gaji seorang operator pengeluaran kilang. Mungkin kita perlu tiun otak kita untuk menjadikan hobi berekreasi itu juga sebagai sumber pendapatan?. Ada sesiapa yang ada idea...?