Ahad, Disember 12, 2010

PowerDAT@ Graf Ayat Suci aL Quran


Saksikan satu keajaipan atau juga satu keistimewaan yang rahsianya masih belum terbongkar sepenuhnya...

PowerDAT@Pengurusan Remeh Temeh

Mungkin sesetengah orang menganggap semua urusan peribadi yang remeh-temeh yang melibatkan soal kehidupan sosial tidak perlu diurus seperti mengurus inventori sebuah kilang. Contohnya berapa bilangan tin sardin yang kita beli setiap bulan, jenisnya, dari mana kedai yang menawarkan harga termurah dan rekod pembelian yang lengkap beserta resitnya sekali, sama ada disimpan dalam fail atau ruang memori komputer.

Apabila Facebook mengambil alih sedikit kehidupan sosial kita sebenarnya idea ini perlu diperhatikan kembali dengan teliti. Kini semua yang mempunyai akaun facebook seolah-olah sangat teruja menulis di wall masing-masing yang melibatkan dirinya setiap hari bahkan ada yang sangat kritikal sehingga setiap saat. Tambahan pula capaian yang mudah kini dengan bantuan telefon pintar atau wifi yang menguasai ruang angkasa kita. Kedai-kedai mamak contohnya menawarkan serendah RM1.00 untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Dalam meneliti fenomena ini, apa salahnya kita menjadikan ruang kehidupan sosial kita lebih tersusun dengan mendokumentasikan segala perbelanjaan kita, rekod-rekod mudah, dan apa sahaja sebagai satu latihan untuk merencana satu idea yang lebih besar, untuk komuniti kita, dan seterusnya negara. Bukankah lebih menyeronokkan kerana kitalah Perdana Menteri dan barisan kabinet yang boleh sesuka hati menentukan dasar pengurusan sosial kita ini, bahkan untuk mengkaji aliran tunai, dan pembelian antara kehendak dan keperluan juga boleh dibuat dari masa ke semasa.

Boleh anda fikirkan idea ini?. Tepuk dada tanya selera...

Khamis, November 25, 2010

Dat@Pembangunan Organisasi

Dalam mendepani isu pembangunan organisasi kita tidak bo0leh lari dari menyebut tentang perancangan strategik, sesuatu yang agak sukar difahami oleh kebanyakkan orang biasa, tetapi dalam menghadapi hentaman globalisasi kita perlu sentiasa perfikiran strategik. Usah kita membuang masa berbincang tentang negara, kementerian, jabatan dan organisasi besar yang lain, mungkin semua perancangan organisasi tersebut melibatkan kita semua rakyat di negara ini dan mencukupi semua bidang kewangan, politik, pentadbiran dan juga sosioekonomi.

Mari kita menjengah sebuah desa yang tersepit di pinggir sebuah bandar yang pesat membangun, atau sebuah perkampungan nelayan yang rata-ratanya dihuni oleh pekerja-pekerja yang pendapatan utamanya dari laut, atau sebuah kampung yang bendangnya sejauh mata memandang. Adakah Pengerusi JKKK atau ketua kampungnya perlu mempunyai perancangan strategik bagi kampungnya?. Sedangkan beliau hanya tamat belajar di Darjah Enam sekolah melayu yang pernah dihantar berkursus komputer sebanyak dua kali oleh Pejabat Daerah.

Jawapannya ialah YA. Bagaimana Ketua Kampung itu hendak memulakannya? Adakah dengan berbincang dengan Penghulu mukim tersebut atau Pegawai Daerah? Kita akan cuba menghalusi situasi ini dengan lebih mendalam lagi...

Sabtu, Ogos 21, 2010

DAAT@Ramadhan Lagi...

Ramadhan datang lagi membawa bersama segala macam kerahmatan dan kelebihan, bersyukur kehadrat ilahi kerana kita masih mampu berada di dalamnya sekali lagi. Macm biasa ramadhan yg bertujuan untuk beramal ibadat dan bagi merasai keperitan golongan yang kurang bernasib baik menjadi satu pesta makan yang melampau, pergilah ke pasar ramadhan mana pun akan sentiasa penuh dengan manusia yang pelbagai rupa dan citarasa, macam juga aneka makanan dan minuman yang dijual... selera yang pelbagai!. Aku sengaja membiarkan blog ini sunyi agak lama bukan untuk benci menulis lagi tetapi bagi menilai kembali diri, apabila berada di tahap statik macam biasa aku kena mencari satu anjakan lagi bagi meneruskan titik kecemerlangan, apa lagi yer yang ingin dicapai ? semuanya sedang berjalan seperti yang dirancang, cuma aku kini perlu mengemaskini mana yang longgar dan rapuh untuk diperbaiki... insya allah.

Rabu, Jun 09, 2010

DAAT@Pekerja Belia

Ketika ini dua peristiwa penting sedang berlangsung dalam dunia pekerja belia, pertamanya mesyuarat agung Majlis Belia Malaysia dan keduanya Program Pemimpin Belia Berkaliber yang wajib disertai oleh semua pimpinan Persatuan Belia Belia di semua peringkat. Siapakah pekerja belia?. Pekerja Belia adalah seseorang individu yang terlibat dengan kerja-kerja kebeliaan, termasuk dalam golongan ini ialah Pegawai Belia dan Sukan dari Gred S17 sehingga JUSA B. Golongan kedua ialah semua yang terlibat dengan Persatuan Belia dari ahli biasa sehinggalah Presiden Majlis Belia Malaysia. Beza antara keduanya ialah Pegawai Belia dan Sukan adalah pegawai kerajaan manakala manakala ahli persatuan belia ialah mereka pekerja sukarela yang tidak dibayar gaji dan bergerak atas nama NGO. Mereka juga mungkin pegawai kerajaan, guru, usahawan, pekebun, nelayan, pekerja sektor swasta, bekerja sendiri, pelajar atau mungkin penggangur. Hanya Pegawai Belia dan Sukan sahaja yang tidak boleh memegang jawatan dalam persatuan belia, ini kerana ia melibatkan implikasi kewangan, intergriti dan kepercayaan.

Keduanya saling melengkapi walaupun sesekali ada konflik timbul, tetapi itu mungkin kes-kes terpencil yang melibatkan personaliti dan bukannya dasar. Dalam memajukan pembangunan belia sewajarnya kedua pihak ini saling bekerjasama dan meninggalkan masalah remeh-temeh yang mungkin boleh diselesaikan dengan saling mengerti antara satu sama lain... namun demikian, adakalanya permaslahan yang wujud di antara kedua pihak ini berlanjutan sehingga melibatkan campurtangan dan tekanan dari 'orang-orang politik'... apabila ini terjadi yang rugi adalah golongan belia setempat... mereka mungkin agak terkeliru atau mungkin juga berpuak-puak...
Kini apabila Akta Belia dikuatkuasakan nampaknya golongan belia sendiri yang memimpin persatuan mereka, mungkin dari segi pengalaman, sumber kewangan dan kemahiran berkomunikasi mereka agak lemah tetapi dengan usaha berterusan yang dijalankan oleh pihak kerajaan terutama melalui Program Pemimpin Belia Berkaliber pada tahun ini dapat melahirkan sesuatu yang memberi kesan pada masa akan datang... sama-samalah kita tunggu...

Rabu, Jun 02, 2010

DAAT@Hari Belia Untuk Belia Yang 'Skema' Sahaja?

Hari Belia hampir melabuhkan tirainya, selepas sambutan yang penuh warna-warni di Wilayah Persekutuan Putrajaya mulai 14-16 Mei yang lalu sambutan seterusnya adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan setiap Negeri beserta Majlis Belia Negeri pulak... bagi kami di utara ini sambutan juga agak meriah juga dengan pelbagai aktiviti... antaranya Seminar Pemantapan Aqidah Generasi Muda, Forum Perdana Ehwal Islam, Karnival Sukan permotoran, Karnival Sukan, Larian Rakyat dan kemuncaknya sudah tentulah Malam Anugerah Belia Peringkat Negeri. Pada tahun ini malam tersebut dihadiri oleh Dato' Ketua Pengarah mewakili Menteri Belia dan Sukan... Bagi negeri-negeri lain masih ada yang meneruskan sambutan pada bulan Jun ini...
Bagi seseorang individu yang menghabiskan masa dengan aktiviti berpersatuan... menghadiri Malam Kemuncak Anugerah Belia adalah salah satu aktiviti yang wajib dihadiri dalam kalendar seorang pekerja belia tegar... namun bagaimana pula bagi belia yang terkeluar dari 'arus perdana' ? masih ramai belia di luar sana yang menganggap sambutan Hari Belia hanyalah sambutan biasa yang tidak membawa makna apa-apa... inilah kesan daripada putusnya aktiviti berpersatuan apabila seseorang itu tamat zaman persekolahan... kadangkala mereka ini tidak didedahkan dengan aktiviti bepersatuan lagi selepas itu... di sinilah peranan pekerja belia untuk terus mendekati belia-belia yang sebegini... mungkin mereka tiada pendedahan atau kurang maklumat... ataupun tak berminat atau merasakan aktiviti begini kurang sesuai... kelompok yang berpersatuan dengan yang tidak berpersatuan juga bercampur... kita tidak boleh mengatakan belia bandar tidak berminat berpersatuan kerana ada juga belia bandar yang minat berpersatuan... begitu juga belia di luar bandar... bagi yang berada di IPT juga ada yang aktif berpersatuan tetapi dalam masa yang sama juga ramai yang tidak pernah terlibat pun... belia yang bekerja dan berumahtangga juga begitu... mungkin pihak kerajaan boleh mencari makanisme terbaik bagi mengatasi masalah ini...

Selasa, Mei 11, 2010

DAAT@Hari Belia

Mei memang banyak hari untuk diraikan, seawal 1 Mei warga pekerja akan bercuti sehari, diikuti Hari Ibu, Hari Guru dan macam-macam hari lagi... & Hari ini Hari Belia pula, ramai yang bertanya aku kenapa tak turun Putrajaya tahun ini... yaa sejak berada di sini aku jarang miss untuk hadir tetapi oleh kerana ada beberapa tugasan yang lebih penting aku terpaksa membuat kos lepas... Perhimpunan tahun ini nampaknya lebih meriah dari tahun-tahun lepas mungkin kerana ada Jom Heboh Edesi Khas Hari Belia... bagi yang tak pernah menyertai Persatuan Belia sambutan sebegini bukanlah menjadi acara wajib yang perlu disertai... tetapi bagi sesiapa yang ditakrifkan sebagai pekerja belia inilah masanya untuk hadir sebagai meraikan sesuatu dan lebih penting menghayati makna sebenar perjuangan Hari ini... seperti golongan artis yang akan melaram sakan apabila hadir di majlis-majlis anugerah lagu dan sebagainya samalah juga kepada ahli-ahli persatuan belia, pada hari ini mereka akan melaram dengan baju rasmi masing-masing, ada faktor saingan dan ada jalinan silaturrahim yang luas... apa pun Selamat Hari Belia... bagi yang faham sambutan ini sangat besar ertinya....

Jumaat, April 30, 2010

DAAT@1 Mei

Esok adalah cuti Hari Pekerja bagi seluruh warga pekerja di negara kita ini... bagi kami di utara dan sebelah pantai Timur terutama Kelantan dan Terengganu suasana cuti sudah bermula pada hari ini kerana hari ini juga adalah cuti umum. Aku pun sebenarnya tak berapa pasti cuti ini untuk apa sebenarnya. Adakah hanya untuk melepak di rumah atau membolehkan para majikan meraikan pekerjanya atau hanya cuti-cuti yang akan turus dibazirkan oleh warga kita sepanjang hidup... Bagi aku cuti tersebut hanyalah untuk berehat dari pergi ke pejabat tetapi tak bermakna boleh cuti dengan tidur di rumah. Semenjak bertugas di organisasi ini, hujung minggu hanyalah ilusi semata-mata kerana pada ketika itulah kami akan 'mula bertugas sebenarnya'. Hanya bagi kami sahaja yang memahami situasi ini. Esok aku akan bertugas menjalankan promosi 'Kayuhan Jelapang Padi. Isteri dan anak-anak aku sudah memahaminya... tetapi aku akan menyelitkan perjalanan aku dengan berkelah untuk menceraiakan anak-anak dan bershopping untuk menceriakan isteriku... sambil menyelam sambil minum air!!!. Selamat Hari Pekerja semua...

Selasa, April 27, 2010

DAAT@Befday

Umur hanyalah angka-angka yang akan terus bergerak selagi kita bernyawa. Mungkin ada yang akan menyambutnya dengan pelbagai sambutan... majlis-majlis harijadi sinonim dengan pencandu-pencandu yang teruja dengan sambutan sebegini... ada juga yang akan dikenakan oleh pasangan, ahli keluarga atau sahabat-handai... selalunya balingan telur dan tepung gandum menjadi acara sambutan yang agak meriah. Namun bagi aku... esok adalah ulangtahun keseterusnya... masih seperti tahun-tahun terdahulu, aku akan menyambutnya dengan menghadapi peperiksaan lagi... masih ada dua paper yang belum diselesaikan... aku berazam menangguhkan sambutan selagi belum berjaya menamatkan pelajaran... tapi keluarga perlu diraikan jugak... anak-anak yang seronok... itulah hadiah yang sangat istimewa bagi aku membesarkan anak-anak di depan mata...
Kerja juga semakin sibuk... tapi oleh kerana aku sering cuti waktu ambil periksa mungkin prestasi agak kurang cemerlang sedikit tetapi tidaklah di bawah aras negatif... masih berada di landasan sebenar... minggu hadapan mungkin semuanya akan kembali seperti biasa... tambahan pula aku mempunyai aktiviti-aktiviti sendiri sempena Hari Belia tahun ini, Program Pemimpin Belia Berkaliber 8 siri, Kayuhan Jelapang Padi dan uhhh banyak lagi.
Bagi aku selagi masih bernyawa tidak ada apa yang terlewat... cubalah sesuatu yang baru anda pasti menikmatinya... Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran... (bagi yang sama tarikhnya dengan aku)...

Selasa, April 06, 2010

DAAT @ Kursus

Aku baru balik kursus lagi... kali nie agak kurang lama bagi aku, bagi yang jarang berkursus mungkin senak perut mendengarnya... tapi bagi aku yang 'kaki pergi kursus' apalah sangat kursus dua minggu jika dibandingkan dengan dua bulan dulu... kursus paling lama yang pernah aku hadiri... mungkin orang lain ada pengalaman yang lebih lama lagi... setahu aku kawan aku dulu dalam tentera pernah kursus senjata berat 3 bulan... pegawai2 PTD kursus 6 bulan... nak naik ke JUSA pun kursus... lama jugak...
Apa kelebihan orang 'kaki kursus'?. Bagi aku macam-macam... kelebihan utama isteri dan anak-anak dah biasa... macam pergi kerja pagi balik petang sajer... Kak Long anak aku yang sulung hanya akan berkata 'Apalah babah nie keje pejabat tak balik-balik rumah..." huhuhu... sedihnya... tapi dia jugak dah biasa... Adik... anak lelaki aku pun dah biasa... paling-paling pun dia memeluk aku sekejap selepas itu semuanya akan kembali normal?. Umi mereka @ isteri aku? Pun dah biasa... cuma bekalan kena cukup... segala-galanya... hahahhaa... selepas balik jangan lupa bawak balik ole-ole... walaupun barangan paling cokia... aku pernah beli barang kedai runcit dekat simpang nak masuk ke rumah ajer selepas balik dari kursus... itu tak penting... yang penting ingatan... walaupun ingatan hanya selepas nampak bumbung rumah... tapi balasannya hujung minggu jangan kedekut nak labur apa-apa yang patut... bawaklah ke pasaraya... tak beli pun tak apa janji dapat tengok, belek-belek dan sengeh-sengeh... kalau kita terus bayar... itu lagi baik!
Ilmu ketika berkursus? Sememangnya amat banyak... semasa mendengar ceramah, latihan dalam kumpulan, ice breaking, pembentangan kumpulan, pengucapan awam, borak-borak kosong ketika makan minum dan banyak lagi... tetapi bila yer nak guna ilmu yang banyak tu?
Emmm... mungkin diperlukan ilmu itu akan keluar... walaupun di dengar lain yang dipraktik lain itu bukan menjadi soalnya...
Jadi selamat berkursus bagi yang sedang berkursus... yang takut-takut nak kursus ikut macam saya... layan ajer...

Khamis, Februari 25, 2010

DAAT @ Opis

Inilah Wisma Persekutuan Bandar Muad'zam Shah... Seumpama Mini Putrajaya yang menempatkan semua jabatan persekutuan di negeri ini. Di kelilingi sawah padi yang melapang sejauh mata memandang... dan Gunung Keriang yang sentiasa menunjukkan kegagahannya... Berhampiran Istana Anak Bukit dan laluan utama ke Lapangan Terbang Kepala Batas. Gambar ini diambil semasa Majlis Perasmian pada pertengahan tahun lepas...
Pintu Gerbang seberang jalan Bangunan Fasa 2

Diinspirasi dari Pokok Setar...

Pentas utama...

Ketibaan Tuanku Sultan...


Inilah Pokok Setar...


Seberang jalan bangunan kompleks KDN dan Mahkamah Syariah...

Bangunan Wsma Persekutuan Fasa 1... ada 3 Zon... A, B dan C

Selasa, Februari 23, 2010

DAAT @ Budak Sekolah

Malam semakin merangkak ke dinihari... suasana rumah makin sejuk di luar tetapi dalam rumah huuuh... panas sehingga ke ketiak... inilah bahana dok rumah batu simen... kalau batu merah boleh tahan jugak... selepas memusing ke Giant dan balik ke rumah aku dan Umi beserta anak-anak menyelongkar almari gambar lama... belek-belek... selak-selak... aduss anak-anak pun suka bab menyelongkar ni rupanya hehehe... umi belek gambar lama-lamanya... aku pun selak-selak gambar lama... anak-anak pun belek dan berterabur... umi jerekah anak-anak... aku menyengeh ajer... kejap-kejap kak long tunjuk muka yang dia kenal... adik lipat-lipat gambar buat kapal terbang patah sayap huhuhu... umi jerit lagi... aku bekibas lagi... panas lagi... akhirnya aku tengok gambar lama ni macam best jer... betapa skema nya aku dulu... sampai la kot hahaha...
Masa menjadi Ketua Rumah Sukan Syahbandar... '93...


Tengok gambar ni dah boleh tahu tahap aku dulu... skema gaban... xmerasa jadi jahat...
2 orang C/Inspektor, sorang PTD, 1 Korporat, 1 Jutawan dah... dan aku...

Isnin, Februari 22, 2010

DAAT @ Taman Naga

Aku dok di Taman Naga... sebuah taman perumahan di kawasan perkampungan yang agak terasing dari laluan kesibukkan kota walau pun jauhnya ke jalan utama hanya sepelaung... di kelilingi sawah bendang yang melapang nun sejauh mata memandang... sebuah taman perumahan yang terperusok di tengah-tengah desa yang di penuhi suasana damai yang begitu dekat rasanya dengan kampung halaman... subuh-subuh spiei ayam berkokok sahut-sahutan dari reban Pak Long kampung sebelah gamaknya.... dah lama nak hidup ayam ini rasanya... uiii enaknya daging ayam kampung dibandingkan daging anak ayam dipaksa jadi dewasa di pasar-pasar. Ketika bersiap hendak ke pejabat... terkukur dan merbok berlawan membunyikan suara emas... dua gud.. dan tiga gud... petang-petang kami sekeluarga memusing di Kampung Naga... aku suka melihat budaya mengail puyu di sini... abis kecik besar tua muda termasuk pak cik dan makcik mengusung tong dan joran buluh panjang menjulur nasib di tali air... di musim panas ini kadangkala daun getah luruh melayang jatuh di halaman yang sekangkang kera ini... oh yaa... selain membanting tulang empat kerat di tengah bendang mereka di sini pun motong getah jugak... mungkin kawasan tak ada saliran air gamaknya... emmm bab membanting tulang tak berapa tepat rasanya sebab semua kini guna mesin dan jentera... tapi aku bahgia di sini... walau keseorangan dan kesepian... meninggalkan dunia glamour di sana... walau pengaruh dah bercambah... meninggalkan kroni dan sanak saudara... untuk berada di sini membina keluarga yang menjadi teman setia melayari hidup untuk kembali dengan wajah baru... tunggu...

Rabu, Februari 03, 2010

DAAT @Srategi II

Orang-orang kanan aku banyak bertanya...? Srategi yang macam mana...? mereka semua blurrr... tak ada idea... baiklah aku perturunkan strategi untuk renungan yang lain jugak...
A-kenal pasti visi & misi anda...?
B-kehidupan anda kini... adakah anda selesa dengan keadaan anda kini...? dari segi kerjaya, keluarga, kewangan, kenderaan, aset dan sebagainya... jika masih tidak selesa... anda kena susun misi anda balik... bagi tempoh 5 tahun... xbrapa lama sangat... tapi jangka panjang boleh dilajak ke 10 tahun...
C-kenal pasti penyokong anda...? anda tak boleh berjaya tanpa orang-orang kepercayaan...
D- bagaimana tahap pendidikan anda kini...? jika sehingga Sarjana cukup baik... paling kurang Ijazah pertama... jika tidak baiklah sambung belajar... jika hendak menceburi bidang apapun paling lekeh mesti ada degree... apatah lagi nak jadi YB...
E-bagaimana sisi lain hidup anda...? adakah anda ada sesuatu perkara menarik yang boleh dijadikan hobi...? ia juga sebagai pelentur tekanan anda... memancing, menulis, melukis, memandu kenderaan lasak, berbasikal, berkebun, menyelam dan sebagainya antara bidang-bidang yang boleh diceburi...
F-Adakah anda nampak laluan anda untuk berjaya..? jika masih kabur anda ada masalah namun jika nampak teruskan tetapi jangan menggunakan taktik kotor atau menindas orang lain... anda akan terima balasannya kelak..
G-bagiamana fahaman politik anda...? satu peringatan cap apapun parti sokongan anda jangan mengata orang lain, politiklah dengan matang... dan hati yang terbuka
H-Bagaimana dengan perniagaan? Zaman kini perniagaan adalah sesuatu yang mesti diceburi sama ada pernigaan konvisional atau menggunakan IT...
I-tingkatkan kemahiran IT anda dari masa ke semasa... zaman mendatang akan dikuasai sepenuhnya oleh IT
J-percayalah ketika strategi ini berjalan.... anda akan dihimpit oleh ramai orang jadi berhati-hati...
K-Adakah anda ada medium lain untuk menjual produk diri anda... laman sesawang, blog, fb, myspace... dan sebagainya lagi... ini akan meningkatkan kredibiliti anda...
L-Masukkan diri anda dalam masyarakat setempat... percayalah anda akan jadi pemimpin dikalangan mereka....

DAAT @ Strategi

Ada seperkara yang menarik nak aku katakan pada beberapa minggu kebelakangan ini... aku mulakan tahun ini dengan 'membuka topeng' sejak berpindah di sini.. itu pun kerana jiran tetangga yang merupakan Presiden tempat aku tinggal buat kenduri doa selamat... sebabnya ada tiga katanya... masuk rumah baru, naik pangkat dan buat akikah anak sekali... aku yang sebelum ini hanya menjadi ahli taman yang agak 'kurang mesra' akhirnya terpaksa membuka topeng dengan menolong apa yang patut... dari menyiang daging kambing biri-biri, memasak dan sehinggalah memasang khemah... dan bercampurlah dengan jawatankuasa taman yang mula hidup bermasyarakat... dia orang nak duduk lama di situ jadi kenalah buat macam itu... jadi aku dah kenallah sapa setiausaha, sapa bendahari... sapa AJK... kalau tak tengok nama saja dalam surat-surat yang dihantar... apa yang aku fikirkan sama lah yang mereka juga fikirkan tentang penduduk yang tak bercampur ni... ada yang buat bodoh, ada yang sombong, ada yang buat deek.., ada yang bergaduh dengan jiran sebelah menyebelah dan macam2 lagi feel... tapi aku hanya merantau di sini... menyusun strategi untuk masa akan datang... insya allah... aku akan mengangkat kaki bila tiba masanya... sebelum2 ini aktiviti yang mereka anjurkan aku tetap sertai jika berkelapangan... bagaimanalah jika mereka tahu aku dulu pernah pegang 16 jawatan di tempat asal aku dulu hahaha... setakat kerja Setiausaha tuu dah memang kerja aku... bergelumang dengan kerja-kerja untuk masyarakat... mungkin aku terlampau muda untuk bermula dulu jadi umur 30an dah berenti... jenuh dah... tapi aku bukan bosan...aku masih ambil tahu perkembangan di kampung... aku masih ada kroni2 yang setia yang memasang impian yang sama... aku akan kumpul balik orang2 kanan aku untuk bersama macam dulu... bila tiba masanya... tengah susun strategi lagi ni....

Khamis, Januari 21, 2010

DAAT @ Sibuk Giler

Aku masih menulis... dan pengunjung setia blog tertentu yang memberikan semangat dan idea bagi meneruskan perjuangan... menjengok blog-blog yang dihentam teruk kerana isu-isu tertentu... melihat blog-blog yang mempunyai pengunjung-pengunjung yang ramai... dan blog-blog team tertentu... semuanya yang dilinkkan di blog aku ini... tapi aku sangat sibuk... menyiapkan asinggment... menyiapkkan laporan yang panjang berjela-jela tentang kerja di opis... dan memerah kepala merangka plan strategik lima tahun jabatan aku... semuanya kena serentak dengan keterbatasan masa, tuntutan dan keupayaan... tapi kelebihan aku... aku lebih bernafas dengan tekanan yang melampau... aku umpama pucuk kayu yang pantas menerjah ke atas bila diasak cukup-cukup... aku tidak boleh berundur di tahap ini... kehidupan sisi lain yang dikendong tetap didokong... team gerek yang semakin tak henti-henti dengan offroad yang semakin mencabar... semuanya perlu terus serentak... kerana ini adalah tahun cemerlang bagi aku... anda bagaimana...? teruskan langkah, perkemaskan mana yang kurang... cahaya kegemilangan di hadapan... nampak?

Khamis, Januari 07, 2010

DAAT @ Star Rating

Kami di opis memulakan operasi tahun ini dengan sunyi sepi... tah kenapa tiba-tiba semua macam khusyuk, tawaduk dan payah nak tengok panggung kepala... azam apakah yang melanda mereka-mereka ini? Aku pun sama jugak tapi dari dulu lagi memang aku macam tu... aku jarang bercampur dengan team pengosip-pengosip liar yang ada di ruang hujung pentri... tak macam aku ditempat lama, itu yang dikatakan hijrah... tapi telinga tetap melebar panjang mendengar gosip-gosip terkini... jimat belanja beli majalah mangga hehehe... tapi bila ku jengok ke meja member-member cehhh! rupanya andaianku semuanya salah sebab semuanya layan fb, download movie, layan You tube, upload gambar dari hp ke blog dan seumpamanya hampeh...
Kerana menengok kami semuanya berehat panjang... selepas mesyuarat pengurusan pegawai-pegawai kanan, bos memanggil pula mesyuarat pegawai-pegawai kiri macam kami nie... Mesyuarat Star Rating... disebabkan kami agak ramai... mesyuarat pegawai kanan tak ada minum tapi kami mesyuarat pegawai-pegawai kiri emmm ada nasi lemak gan teh tarik nyum nyum nyum... Pak Lang Kafe di bawah nampaknya akan kehilangan pelanggan tegar hari ini... emmm nasi lemak lauk telur tapi teh tarik tak berapa masuk tapi abislah jugak sepinggan... sebab aku tengah berdiet konon-kononnya... kalau tak mau dua tiga pinggan hehehe...
Hasil mesyuarat berita kurang menarik... kerana aku telah terpilh untuk menduduki jawatankuasa Plan Perancangan Strategik Lima Tahun untuk jabatan aku nie... menatang apatah plan strategik ni... tapi disebabkan bos dah percaya atas kredibiliti aku maka amanah ini tetap dijalankan... kata kawan-kawan orang kepercayaan bos... tapi depa yang gelak panjang akhirnya terkedu bila bos lantik menduduki jawatankuasa yang lain pulak...
Bersama aku menduduki jawatankuasa ini adalah bunga ranum yang terlebih masak tapi belum nak gugur lagi iaitu Puan B... dia seorang yang komited, kerja mesti nak laju dan ide dia mencurah-curah termasuk yang tak kita mintak pun... ooo di senegeri gan aku, sebab suami dia orang belah sini maka berkampunglah dia kat sini...
Orang kedua Puan S... A... dia seorang yang terlebih happy... tengah mengaji gak minah nie... kalau orang tak biasa gan dia boleh gila dibuatnya... kelebihannya dia boleh mengendurkan tekanan... bagus orang macam nie... tapi bila aku teka kenapa dia suka minum coke semalam dia terkedu... orang pengalaman macam aku mesti tau sebabnya... p/s tq mem sebab dia pun macam tuu...
Orang ketiga Puan H... oh dia ketua geng pengosip... walaupun otaimer... pengalaman beribu batu dia memang diperlukan dalam team ini...
dan aku... tak payah nak puji diri sendiri... tapi bos bagi kat kami dateline lagi tiga minggu pas tuu dia tarik seminggu tinggal dua minggu... boleh ker... kami pun mula mengumpul bahan-bahan, repot-repot tahun terdahulu dan maneka mak nenek lagilah... setelah membahagikan tugas kami berjanji nak duduk discas balik pada hari rabu yang akan datang... dalam kesibukan itu tup-tup datang lagi sekeping surat 'Lantikan Jawatankuasa Penyusunan Semula Struktur Organisasi' aduss... apalak aku lagi nie... emmm mesyuarat bahagian aku pun minggu depan jugak untuk membentangkan kalender agenda tahun nie tapi nampaknya tahun ni budget PRE dah tak ada agak kuranglah aktiviti... tapi disebabkan tahun nie tahun cemerlang, aku gagahkan jugak... semangat nie beb!

Isnin, Januari 04, 2010

DAAT@2010

Salam 2010... aku mulakan nukilan di tahun baru ini dengan satu kisah perbualan aku dengan dua orang rakan lama, kami bertiga sahaja termasuk aku di pejabat salah sorang kawan aku nun di hujung semenanjung Malaysia ini... kawan yang aku maksudkan ini agak veteran dan merupakan fasilitator aku masa memulakan tugas dulu kira macam cikgu jugaklah jadi perasaan hormat masih ada walau rangking aku lagi tinggi dari dia konon-kononyelah hehehe... dia merungut bos ditempatnya bertugas telah memetisejukkan dia, peranannya terhad dan lebih rendah dari pekerja-pekerja kontrak yang ada walaupun dia memang seorang senior yang betul-betul otaimer... dan merangkap orang nombor dua di opisnya itu.. jiwanya memberontak kerana sebagai seorang workaholic dia memerlukan ruang untuk dia bertindak lebih dari yang diarahkan untuk melontarkan ide-ide dan bertindak dengan lebih efisyen... sewajarnya begitulah.. tapi bos ini telah mencengkam dengan kuku besi... mungkin kerana takut dibayangi... mungkin.... itu hanya andaian aku...
Aku dan seorang lagi teman hanya mendengar rintihan jiwa tersebut... dan kerana perut pun keruk kerik kami pun melanjutkan perbualan kami di kedai makan kerana mataharipun dah mula condong ke barat... kami memutuskan perbualan di situ dan disambung dengan rancangan aku dengan temanku yang sorang lagi ini... dia seorang teman baikku di daerah terasing ini... tanpanya aku hampir tak ada sahabat karib di sini... kami merangcang beberapa aktiviti peningkatan diri pada tahun ini setelah berjaya mencapai beberapa kejayaan pada tahun lepas... aku terpaksa merahsiakan apa bendenya kerana aku masih dalm proses petapaan... bila lengkap barulah pakejnya lengkap dan aku akan melangkah kaki balik ke halaman aku dengan sempurna cewaahh... pada tahun ini kami bercadang memulakan main golf walaupun set dah lama ada, beli motosikal berkuasa besar dan bla-bla-bla macam-macam lagilah... kawan yang masih bersedih dengan tindakan bosnya menyampuk....
"wah seronoknya... bagaimana koa orang boleh telibat dengan benda-benda ni semua dan membahagikan masa dengan keluarga dan kerja".
Aku hanya berkata 'Kerja adalah sebahagian dari kehidupan... kita boleh mencapai banyak benda dalam masa yang sama walaupun masa kita memang banyak dihabiskan untuk kerja, kerja dan kerja..."
Kesimpulan yang aku nak katakan ialah di tahun di 2010 ini kita bukan sahaja lagi perlu setakat menanam azam di bulan Januari, dan membiarkan ia berlalu di bulan Febuari, dilupakan terus di Bulan Mac dan bulan-bulan seterusnya kita terus kosong...
Ambil sehelai kertas tuliskan impian anda pada tahun ini beserta strategi dan implikasi kewangan jika ada... nahhh kita sekarang perlu bertindak bukan lagi bermimpi... impian anda? Anda sendiri yang bermimpi dan laksanakan sekarang!!!