Rabu, Oktober 28, 2009

DAAT @ TRAGEDI

Tragedi ketika melaksanakan sesuatu aktiviti memang akan membuatkan kepala lutut penganjur lembik... tragedi Kuala Dipang yang berlaku malam isnin kelmarin sebenarnya bukanlah boleh dijangka oleh sesiapa pun... baik para guru, jurulatih, ibubapa yang membenarkan anak-anak mereka menyertai program tersebut hatta para peserta yang terlibat pun... tetapi tragedi tersebut telah berlaku dan menarik perhatian umum... ibubapa yang terlibat sudah pasti trauma... ibubapa yang sebelum ini yang tak berapa minat anak-anak mereka menyertai aktiviti kokurikulum pun bertambah-tambah fobia...
Sebagai satu team yang terlibat dengan banyak program pembangunan modal insan, risiko memang tetap ada walaupun pelaksanaan aktiviti di dalam hotel bertaraf 5 bintang sekalipun... tetapi pendekatan utama ialah setiap team yang terlibat perlu menilai kembali panduan yang diikuti dari A-Z. Untuk itu, aku cuba memperincikan sedikit mengikut kronologi yang memungkinkan kemalangan itu boleh berlaku mengikut kacamata DAAT...
A - Peruntukkan untuk pelaksanaan diperolehi... baik dari langit, sumbangan, atau kutipan yuran...
B- Jawatankuasa Induk dibentuk... memperincikan objektif, tarikh, tempat, keperluan logistik, peserta dan sebagainya.
C-Sasaran peserta dikenalpasti... segala bentuk borang akan dikeluarkan... butiran peribadi, kebenaran ibubapa, kontrak diri, kebenaran pihak berkuasa yang difikirkan perlu dan sebagainya. INSURANS JANGAN LUPA AMBIL!!!
D-Kem pun bermula... taklimat oleh Kem Komandan, Penganjur atau Urusetia terlibat... mungkin ada yang mencadangkan Perasmian Pembukaan... di sinilah kunci utama pelaksanaan kem ... keselamatan, keselesaan, pengisian dan plan kecemasan diambil kira.
E-Mesyuarat Team... DAAT sering mengamalkan mesyuarat ketika ini... mesyuarat ini kadangkala dapat mengatasi mesyuarat induk (seperti B) kerana keputusan ketika ini amat penting di kawasan aktiviti dilaksanakan. Peserta ketika ini mungkin baru hendak menyesuaikan diri dengan suasana tempat... arahan!!! jangan kemana-mana selain dari yang diarahkan oleh Kem Komandan.
F-Aktiviti berlangsung - ketika ini semua Urusetia, Jurulatih dan penganjur akan peka terutama jika aktiviti berisiko tinggi... kemalangan tetap boleh berlaku... tetapi boleh diminimumkan dengan semua prosedur keselamatan diambil kira... ketika ini satu arahan sahaja dari Ketua Urusetia atau Kem Komandan... Dzero Deffect! tak boleh ada satu cacat pun... terutama jika aktiviti tali tinggi, aktiviti air, merempuh halangan atau apa sahaja aktiviti yang berisiko... sebab itu bagi DAAT... kami selalu batalkan sahaja jika prosedur ini tidak dapat diikuti sepenuhnya.
G-waktu sengang- Dalam kes Kuala Dipang... kemalangan berlaku ketika ini... ketika pelajar hendak mengambil minum malam... dengan kata lain... team tak solid ketika ini.... longgar... ini tak boleh disalahkan kepada sesiapa pun... kerana kita tidak menjangka kemalangan akan berlaku ketika ini... satu pengajaran yang baik untuk semua... Kemalangan yang berlaku pada kelemahan cerucuk jambatan gantung di luar kemampuan pelaksana kem... kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku dari dalam tanah.
H- Kita andaikan perkhemahan ini tidak bermasalah sehingga tamat Majlis Perasmian Penutup.
I-Peserta kem balik ke rumah masing-masing... di sini satu lagi risiko kemalangan boleh berlaku... kerana semua Jurulatih akan luss ketika ini. Penganjur utama tetap senak perut ketika ini... aku mempunyai banyak jugak pengalaman peribadi menghadapi masalah ketika tahap ini... pengalaman, kemahiran, dan pengetahuan amat membantu untuk tidak panik.... di sini sewajarnya Kem Komandan, dan Penganjur utama perlu untuk terus bersedia.
J-Peserta di rumah masing-masing... Kem Komandan, urusetia, jurulatih yang rapat dengan sebahagian peserta perlu menghubungi beberapa orang peserta untuk mengetahui keberkesanan program... mungkin ada yang demam-demam, sakit-sakit ringan yang tak ketara ketika di kem tetapi melarat bila sampai di rumah... selalunya kita bawak buah limau atau epal sahaja ketika melawat dan nasihatkan ibubapa bawa peserta ke hospital untuk dapatkan rawatan...
K- Program tamat sepenuhnya.
Apapun kita tunggu keputusan siasatan yang terperinci yang akan dikeluarkan oleh kerajaan ... satu pesanan... jika anda berani... sahut cabaran DAAT... Dunia Penuh Cabaran....